Tajuk:
Penguasaan Komunikasi Lisan di kalangan Guru-Guru
Pelatih KPLD. Satu Tinjauan di maktab Perguruan Teknik.
Oleh
Rahmah bt. Idris
Jabatan Pendidikan, Maktab Perguruan Teknik
ABSTRAK
Kumpulan pelatih KPLD
dipilih dalam kajian ini kerana mereka dianggap berminat dengan profesion
perguruan setelah menceburi bidang pekerjaaan lain dengan mendapat gaji
yang lebih tinggi. Pengalaman pekerjaan sebelum ini menunjukkan mereka
mempunyai keyakinan diri yang kuat, tetapi pada masa yang sama mengaku
mempunyai tahap komunikasi lisan yang rendah. Tujuan kajian adalah untuk
mengetahui sama ada terdapat faktor lain yang mendorong mereka memilih
bidang perguruan, dan di manakah kelemahan komunikasi lisan mereka. Dapatan
menunjukkan minat merupakan faktor utama (72.0%) di samping megatakan menjadi
guru sentiasa membuka minda (88.1%). Dalam menguji kemampuan komunikasi
lisan mereka, semua andaian tentang tahap yang rendah mendapat jawapan
positif, bermakna mereka mengakui ada kelemahan, tetapi sangat menyangkal
andaian tentang tidak ada keyakinan diri. Bahkan 19.2 % telah tidak menjawab
soalan ini. Segala persoalan yang terjawab dalam kajian ringkas ini telah
menunjukkan kumpulan pelatih ini berbeza dengan pelatih-pelatih lain dari
segi minat dan latar belakang komunikasi mereka.