Pengajaran Quran Berbantukan Komputer di Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur
Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar-pelajar, pensyarah yang menyampaikan pengajaran dan pensyarah-pensyarah yang memerhati pengajaran terhadap pengajaran Quran berbantukan komputer; sama ada mendatangkan kebaikan kepada pelajar-pelajar dan pensyarah atau sebaliknya. Penggunaan CD komputer untuk pengajaran sebutan makhraj huruf, mim mati/nun mati, hukum mad, makna ayat dan lagu dikaji. Pengajaran dalam bilik kuliah sebanyak dua sesi dalam tempoh dua minggu melibatkan 40 orang pelajar bidang sains dan bidang teknologi maklumat. Metodologi pengajaran yang digunakan penggunaan CD komputer untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat sokongan adalah daripada maklum balas guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah pemerhati. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga pihak bersetuju pengajaran Quran berbantukan komputer memberi kebaikan kepada pelajar dan pensyarah. Sekiranya dibandingkan dengan kaedah tradisional pelajar bersetuju bahawa kaedah pengajaran berbantukan komputer adalah lebih baik untuk pengajaran mim mati/nun mati, hukum mad, makna ayat dan lagu. Manakala kajian mendapati kaedah tradisional lebih sesuai digunakan untuk mengajarkan makhraj.
Maktab perguruan merupakan institusi pendidikan yang bertanggung jawab melatih bakal guru dan guru-guru yang sedang berkhidmat. Salah satu program yang terdapat di maktab perguruan ialah Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) khusus untuk para siswazah. Mata-mata pelajaran untuk kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian: Asas Dinamika Guru dan mata pelajaran pengkhususun. Dalam komponen Asas Dinamika Guru terdapat mata pelajaran Pendidikan Islam yang diwajibkan kepada semua pelajar beragama Islam. Mata pelajaran ini mengandungi empat bahagian: Aqidah, ibadah, akhlak dan tilawah Quran.
Kajian ini bertujuan untuk mendapat:
1. maklum balas daripada pelajar, pensyarah-pensyarah pemerhati dan pengajar (pensyarah) tentang kelebihan penggunaan CD komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
2. maklum balas daripada pelajar terhadap terhadap kelebihan penggunaan CD komputer berbanding kaedah tradisional.
Kepentingan kajian
Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada para pensyarah dan pelajar untuk mengajarkan Quran menggunakan CD komputer. Di samping itu kajian ini memberi keyakinan bahawa komputer ialah alat bantu yang sesuai untuk meningkatkan kualiti pengajaran Quran.
Pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan
Dengan penggunaan komputer pelajar dapat belajar sendiri dengan maklum balas yang cepat. Selain menjimatkan masa, maklum balas yang cepat juga dapat memberi peneguhan positif kepada pelajar. Masalah kerenah guru juga dapat diatasi. Hal ini kerana komputer tidak mengenal jemu, penat, sakit hati dan sentiasa sabar. Justeru, penggunaan komputer sangat sesuai untuk pelajar yang kurang cerdas kerana mereka berpeluang melakukan pengulangan tanpa had.
Zoraini Wati Abas (1993) menerangkan bahawa PBK memberi faedah kepada guru yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan kesuntukan masa untuk memberi perhatian kepada setiap pelajar. Pelajar yang terlalu pandai atau terlalu lemah memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Dalam hal ini, komputer dianggap alternatif utama yang dapat membantu mengatasi masalah ini. Multimedia yang berasaskan komputer mempunyai teks, grafik, bunyi, video, animasi, warna dan maklum balas. Secara tidak langsung hal ini memberi peluang kepada pelajar untuk memilih maklumat yang sesuai dengan topik.
Vanhunted (1995) membuat kajian terhadap 63 orang pelajar tahun pertama dalam bidang elektronik peringkat diploma. Mereka telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mempunyai kebolehan yang sama. Kumpulan pertama diberi kuliah dan tutorial dangan PBK. Kumpulan kedua diberi kuliah secara tradisional dan tutorial dengan teks yang diprogramkan, manakala kumpulan ketiga diberi kuliah secara tradisional sahaja. Kesemua kumpulan ini kemudiannya diberi ujian pencapaian. Pencapaian kumpulan pertama dan kedua adalah sama tetapi kumpulan ketiga adalah lebih rendah.
Kajian-kajian ini boleh dijadikan panduan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Justeru diharapkan pengajaran Quran menggunakan komputer memberi kesan yang lebih baik berbanding kaedah pengajaran secara tradisional.
Kedua-dua teknik kualitatif dan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini.
Pengajaran dijalankan menggunakan komputer sebagai alat bantu. Isi pengajaran tersebut terdapat dalam CD. Komputer disambungkan kepada Liquid Crystal Display (LCD) dan pembesar suara supaya dapat dilihat dan didengar oleh semua pelajar. CD tersebut mengandungi ayat-ayat Quran surah-surah lazim dan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Kandungannya sesuai dengan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru (ADG) KPLI. Pengajaran dijalankan selama dua minggu sebanyak dua kali mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.
Keadah pengajaran yang digunakan untuk kedua-dua kali pengajaran adalah sama sahaja. Dengan bantuan CD komputer pensyarah memperdengarkan bacaan Quran Surah wa-Dhuha untuk pengajaran kali pertama, surah al-Tin dan al-Qadar untuk pengajaran kali kedua. Apabila terdapat kesalahan pensyarah membuat teguran dan bimbingan secara lisan dan menggunakan CD.
Semasa pengajaran dijalankan dua orang pensyarah Pendidikan Islam bertindak sebagai pemerhati. Pensyarah-pensyarah dan pelajar akan memberi maklum balas terhadap penggunaan kaedah ini. Pensyarah yang mengajarkan subjek ini pula akan membuat refleksi tentang senario pembelajaran yang wujud di bilik kuliah.
Respons daripada pelajar diperoleh melalui borang soal selidik yang diedarkan selepas setiap kali pengajaran. Soalan-soalan ini dibina sendiri oleh penyelidik dan diterangkan terlebih dahulu kepada mereka sebelum mereka menjawab supaya tidak timbul salah faham terhadap ayat. Sementara itu statistik Cronbach Alpha digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman bagi item-item dalam instrumen. Ketekalan dalaman ini adalah berdasarkan korelasi antara satu item dengan item yang lain dalam instrumen tersebut. Nilai Cronbach Alpha bagi keseluruhan instrumen ialah 0.93.
Borang soal selidik bagi pelajar mengandungi 12 soalan.
Soalan 1 hingga 10 bertujuan untuk
mendapat jawapan daripada pelajar terhadap pengajaran Quran berbantukan
CD yang mereka baru alami sama ada memudahkan mereka untuk mengikuti
proses pembelajaran atau pun sebaliknya. Soalan 1, 2, 3, 4 dan 10 adalah
soalan umum mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran Quran manakala soalan
5, 6, 7, 8 dan 9 adalah khusus mengenai tajwid, makna ayat dan
lagu Quran. Soalan 11 adalah bertujuan untuk mendapat
maklum balas daripada pelajar tentang pengajaran menggunakan kaedah CD
dibandingkan dengan kaedah biasa. Soalan ini
dipecahkan kepada
Jawapan daripada pensyarah-pensyarah pemerhati diperoleh melalui borang soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Borang ini mengandungi enam soalan dalam bentuk skala Likert . Soalan 1 hingga 3 mengenai kebaikan pengajaran Quran berbantukan CD komputer secara am, soalan 4 mengenai faedah kepada pensyarah, soalan 5 mengenai faedah yang diperoleh oleh pelatih manakala soalan 6 berkenaan faedah kaedah ini untuk membuat ulang kaji. Selepas selesai pengajaran, temu duga diadakan antara penyelidik dengan pensyarah pemerhati untuk mendapatkan penjelasan terhadap setiap jawapan yang dipilh daripda enma soalan yang dikemukakan. Refleksi daripada pensyarah yang mengajar subjek ini diperoleh melalui catatannya untuk menyokong maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan soal selidik.
Dapatan kajian
Pelajar-pelajar diminta memberi maklum balas terhadap pengajaran berbantukan komputer sama ada memberi kemudahan kepada mereka dalam proses pembelajaran ataupun sebaliknya. Mereka dikehendaki memberi maklum balas berdasarkan skala 1 (tidak bersetuju) hingga 4 (sangat setuju).
Nilai min dalam Jadual 1 menunjukkan pelajar bersetuju bahawa penggunaan CD komputer memberi kebaikan kepada mereka dalam proses pembelajaran. Pelajar-pelajar mempunyai persetujuan yang tinggi tentang keistimewaan CD komputer yang dapat memberi sebutan yang sama pada setiap kali ulangan. (M= 3.51; SD=0.51) Mereka juga menunjukkan persetujuan yang tinggi terhadap penggunaan CD komputer yang dapat membantu penghuraian ayat. (M=3.50; SD=0.49)
Jadual 1
Maklum Balas Pelajar-pelajar Tentang Pengajaran Quran
Berbantukan Komputer
BIL. |
PERKARA |
N* |
M |
SD |
1 |
Penggunaan CD Komputer menyenangkan pelajar-pelajar mempelajari Quran |
|
3.35 |
|
2 |
Penggunaan CD Komputer membuat ulangan menyenangkan pelajar-pelajar
menyebut semula |
|
|
|
3 |
Keistimewaan CD Komputer ialah sebutannya sama setiap kali ulangan |
|
|
|
4 |
Saya dapati pengajar kurang penat dengan menggunakan kaedah ini |
34 |
3.38 |
0.51 |
5 |
Sebutan makhraj huruf dalam CD memudahkan saya menyebut semula |
34 |
3.32 |
0.53 |
6 |
Sebutan nun mati/mim mati dalam CD memudahkan saya menyebut semula. |
34 |
3.41 |
0.48 |
7 |
Makna ayat yang dibentangkan menggunakan CD dapat membantu pelajar-pelajar
menyeneraikan pengajaran ayat |
34 |
3.50 |
0.49 |
8 |
Sebutan huruf mad dalam CD yang sama pada setiap kali ulangan memudahkan
pelajar-pelajar menyeburt semula. |
34 |
3.37 |
0.41 |
9 |
Bacaan lagu Quran dalam CD memudahkan saya menyebut semula |
34 |
|
|
10 |
Pengajaran Quran menggunakan CD menyenangkan pelajar-pelajar mengulangkaji
bacaan Quran. |
34 |
3.53 |
0.58 |
1
* NOTA: N tidak tetap kerana ada pelajar-pelajar yang tidak menjawab.
Jadual 2 menerangkan tentang maklum balas pelajar-pelajar terhadap pengajaran Quran berbantukan komputer untuk perkara khusus dan am. Perkara khusus yang dimaksudkan ialah penggunaan CD komputer untuk pengajaran makhraj huruf, hukum mim mati/nun mati, hukum mad, makna ayat dalam bahasa Melayu dan lagu Quran. Perkara am pula ialah mengenai faedah pengajaran berbantukan CD komputer secara umum.
Maklum Balas Guru-Guru Pelatih terhadap Pengajaran Quran Berbantukan Komputer
untuk
Perkara Umum dan Khusus
BIL |
PERKARA
|
N* |
M |
SD |
1. |
Perkara khusus
mengenai hukum tajwid, lagu dan terjemahan ayat. (Soalan 5, 6, 7, 8 dan 9) |
34 |
3.28 |
|
2. |
Perkara umum mengenai penggunaan komputer dalam
pengajaran. (soalan 1, 2, 3, 4 dan 10) |
32 |
3.29 |
· NOTA: N tidak tetap kerana ada guru-guru pelatih yang tidak menjawab.
Nilai min menunjukkan pelajar-pelajar bersetuju bahawa pengajaran berbantukan CD komputer memudahkan pembelajaran Quran secara umum dan khusus. Nilai min untuk perkara khusus ialah 3.28 dan perkara umum ialah 3.29.
Jadual 3 menerangkan tentang perbandingan maklum balas daripada pelajar terhadap pengajaran berbantukan komputer dengan kaedah biasa. Kaedah biasa ialah pengajaran dengan menggunakan mulut dan lidah pengajar tanpa alat bantu mengajar. Kaedah berbantukan komputer adalah seperti yang telah dijelaskan. Jadual 3 menunjukkan bahawa kaedah berbantukan komputer yang mendapat pilihan tertiggi ialah pembentangan makna ayat dengan peratusan 61% manakala bahagian yang mendapat pilihan paling rendah ialah makhraj huruf dengan mendapat peratusan 37.5%.
Maklum Balas pelajar-pelajar terhadap Pengajaran Berbantukan Komputer CD
dibandingkan dengan Kaedah Biasa
Bil |
Perkara |
N |
Kaedah biasa |
Kaedah CD |
Tiada
perbezaan
|
1. |
Sebutan makhraj huruf |
36 |
18 (50%) |
13.5 (37.5%) |
4.5 (12.5%) |
2. |
Sebutan nun mati/mim mati |
12.5 (34.7%) |
17.5 (48.6%) |
6 (16.7%) |
|
3. |
Sebutan mad |
36 |
12 (33%) |
16.5 (45.8%) |
7 (19.4%) |
4. |
Pembentangan makna ayat |
9 (25%) |
22 (61%) |
5 (13.9%) |
|
5. |
Sebutan lagu ayat |
36 |
8.5 (23.6%) |
20 (55.5%) |
7.5 (20.8%) |
Kesimpulannya ialah majoriti pelajar-pelajar memilih kaedah komputer lebih baik daripada kaedah biasa untuk pengajaran nun mati/mim mati, mad, makna ayat dan lagu ayat atau sekurang-kurangnya tiada perbezaan tetapi bahagian mahkraj huruf sebahagian besar memilih kaedah biasa.
Kedua-dua pensyarah pemerhati bersetuju bahawa penggunaan komputer menyenangkan pensyarah untuk menjalankan pengajaran Quran kerana sebutan dalam CD komputer sama setiap kali ulangan dan penggunaan komputer mengurangkan kepenatan pensyarah. Walau bagaimanapun ada pensyarah yang mengatakan kelemahan komputer ialah gangguan terhadap tugas pensyarah untuk membuat ulangan.
Kedua-dua pensyarah bersetuju bahawa penggunaan komputer menyenangkan pensyarah untuk menerangkan makhraj huruf, mim mati, nun mati, hukum mad, lagu Quran dan makna ayat. Mereka juga bersetuju bahawa penggunaan komputer menyenangkan pelajar-pelajar untuk menyebut semula makhraj huruf, mim mati, nun mati, hukum mad, lagu Quran dan makna ayat. Mereka berdua juga bersetuju bahawa penggunaan komputer menyenangkan pelajar-pelajar untuk membuat ulangkaji. Mereka menyebut bahawa masalah-masalah teknikal komputer dan CD komputer menyusahkan pensyarah untuk menjalankan pengajaran.
Penggunaan CD secara khususnya menyenangkan pensyarah menerangkan makhraj huruf, hukum nun mati, mim mati, hukum mad, lagu Quran dan makna-makna ayat. Pensyarah tidak perlu menulis makna ayat serta menjimatkan masa dan tenaga pensyarah. Lagu Quran juga dapat diterangkan dengan mudah walaupun pengajar tidak mempunyai suara yang sedap.
Pensyarah berpendapat kaedah ini amat memudahkan pelajar membuat ulangkaji kerana mereka boleh melakukannya pada bila-bila masa tanpa perlu meminta bantuan daripada pensyarah dengan syarat mereka mengetahui cara komputer beroperasi dan mempunyai kemudahan untuk menggunakan komputer seperti memiliki komputer sendiri atau berhampiran makmal komputer .
Penggunaan komputer dalam pengajaran Quran mendatangkan kebaikan kepada guru-guru pelatih. Kebaikan penggunaan komputer dibuktikan juga oleh Vanhunted (1995) dan Koenigs (tanpa tarikh) seperti diterangkan dalam bab yang lepas. Kajian Vanhanted (1995) mendapati pencapaian pelajar lebih baik apabila pengajaran eletronik dibantukan dengan komputer. Kajian Koenigs pula mendapati pengajaran senibena lanskap yang dibantukan dengan komputer menghasilkan perubahan yang baik kepada pelajar. Sementara itu T. Zawawi (tanpa tarikh) berpendapat pengajaran matematik berbantukan komputer menyenangkan pelajar untuk memahami konsep matematik.
Penggunaan komputer sebagai alat bantuan pengajaran Quran dalam bidang tajwid, mad, makna ayat dan lagu Quran yang telah dibuktikan baik sepatutnya dipertimbangkan oleh pensyarah-pensyarah dan guru-guru sebagai satu alat bantuan pengajaran pilihan. Selain daripada berfaedah kepada guru-guru ianya juga dapat digunakan oleh pelajar-pelajar untuk mengulangkaji bacaan di rumah tanpa perlu bantuan guru atau terpaksa ke kelas tambahan.
Pengajaran lagu secara tradisional bergantung kepada keupayaan pensyarah. Walau bagaimanapun bukan semua pensyarah mempunyai bakat semula jadi yang boleh membaca Quran dengan lagu-lagu yang menarik. Oleh itu bantuan komputer sangat diperlukan kerana mereka dapat memperdengarkan lagu serta tulisannya. Mereka juga dapat mengulangkan bacaan tanpa diganggu kepenatan fizikal dan suara yang serak.
Kajian ini mendapati bahawa bahagian makhraj huruf lebih baik menggunakan kaedah biasa/tradisional. Namun begitu saya berpendapat gabungan kaedah biasa dengan kaedah komputer lebih baik. Ini kerana kaedah biasa dapat menunjukkan cara-cara sebutan yang betul hasil daripada gerakan lidah dan mulut tetapi untuk mengulangi sebutannya acapkali akan memenatkan. Ketika inilah bantuan komputer diperlukan.
Masalah-masalah teknikal komputer dan LCD yang menyusahkan pensyarah untuk menjalankan pengajaran (seperti disebutkan dalam dapatan kajian ini) bukanlah masalah yang besar sehingga menghalang penggunan komputer dalam pengajaran. Masalah ini dapat diatasi dengan persediaan lebih awal sebelum kelas dimulakan.
Pensyarah-pensyarah khususnya pensyarah pendidikan Islam perlu mengubah sikap terhadap keperluan kemahiran komputer. Mereka sepatutnya mendalami aspek-aspek teknikal komputer, LCD, dan yang lebih penting menguasai kemahiran perisian pengarangan komputer. Mereka juga perlu berkorban wang ringgit untuk memiliki komputer jenis laptop dan LCD supaya penggunaannya dapat dilakukan pada bila-bila masa.
Pihak maktab dan Bahagian Pendidikan Guru perlu memberi kursus kepada pensyarah-pensyarah dalam bidang kemahiran komputer yang terkini supaya mereka dapat menerapkannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu LCD dan bilik-bilik tayangan yang sesuai dengan LCD perlu difikirkan penambahan sekiranya mempunyai kewangan yang mencukupi.
Kajian lanjutan perlu dijalankan di sekolah-sekolah rendah dan menengah supaya dapatan kajian dapat menggambarkan kesesuaian penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Quran di peringkat sekolah. Item-item kajian perlu diperincikan supaya hasil kajian dapat menggambarkan keseluruhan aspek bacaan Quran.
Dapatan-dapatan kajian ini dapat dirumuskan seperti yang berikut:
1. Ketiga-tiga pihak iaitu pelajar, pensyarah pemerhati dan pengajar bersetuju bahawa pengunaan CD kompter untuk pengajaran Quran memudahkan pelajar-pelajar mempelajari makhraj huruf, hukum mim mati/nun mati, hukum mad, makna ayat dalam bahasa Melayu dan lagu Quran.
2. Ketiga-tiga pihak tersebut bersetuju bahawa penggunaan CD komputer secara amnya menyenangkan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran Quran kerana sebutan CD komputer sama setiap kali ulangan dan memudahkan ulangkaji.
3. Ketiga-tiga pihak tersebut bersetuju bahawa penggunaan CD komputer dapat mengurangkan kepenatan pensyarah.
4. Majoriti pelajar-pelajar memilih kaedah komputer untuk pengajaran sebutan mim mati/nun mati, sebutan mad, makna ayat, dan lagu Quran daripada kaedah biasa. Walau bagaimanapun bagi bahagian
makhraj huruf majoriti memilih kaedah biasa sebagai lebih baik daripada kaedah komputer.
5. Pengajar dan pensyarah pemerhati berpendapat bahawa masalah-masalah teknikal komputedan pemasangan LCD menyusahkan pensyarah untuk menyampaikan pengajaran.
Koenigs, D. M. (tanpa tarikh). Computer
assisted instruction as an effective addition to
classroom teaching of run off modeling. Retrieved August 1, 2002, from http://http://uk.google.yahoo.com/bin/queryuk.google.yahoo.com/bin/query
Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
(tanpa tarikh). Retrieved July 20, 2002 from
http://uk.google.yahoo.com/bin/query
Pengajaran pembelajaran berbantukan Komputer
(PPBK). (tanpa tarikh). Retrieved July 1,
2002 from http://uk.google.yahoo.com/bin/query
Somsin Vangkhuntod (1995). A comparative study of learning
achievement on combination circuits in digital
techniques by means of computer assisted instruction and programmed text of the
student with and without tutoriol lessons. Retrieved
June 30, 2002 from http://uk. Google. Yahoo.com/bin/query
Kementerian Pendidikan
Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (tanpa tarikh). Peranan komputer dalam
pendidikan Matematik. Retrieved June 15,
2002 from Http://uk.google.yahoo.com/bin/query
Zoraini Wati
Abas (1993). Komputer dalam
pendidikan.