Kesan Program Latihan Kecergasan Fizikal Terhadap Kecergasan Pelajar Kursus Diploma Perguruan Malaysia Minor Pendidikan Jasmani
Oleh: Lee Ley Hua, Unit Pendidikan Jasmani,
Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada Program
Latihan Kecergasan Fizikal (PLKF) dapat membantu dalam peningkatan tahap kecergasan
pelajar Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)minor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(PJK). Kajian juga bertujuan menentukan sama ada jantina merupakan faktor dalam
peningkatan tahap kecergasan melalui PLKF. Peserta kajian terdiri daripada 19 orang
pelajar KDPM minor PJK, iaitu 11 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan.
Peserta kajian telah menjalani PLKF selama 3 bulan. Satu Ujian Kecergasan Jasmani
Kebangsaan telah dijalankan sebelum dan selepas PLKF. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
PLKF dapat membantu dalam peningkatan tahap kecergasan fizikal pelajar KDPM minor PJK,
mana kala jantina bukan faktor yang mempengaruhi peningkatan tahap kecergasan fizikal
pelajar. Cadangan untuk kajian lanjut juga dihuraikan.
Bersenam merupakan suatu amalan yang baik untuk diri
dan perlu dijadikan salah satu daripada aktiviti hidup yang berterusan. Dengan senaman
atau latihan fizikal yang sistematik lagi teratur, kecergasan fizikal dapat dikekalkan dan
dipertingkatkan, seterusnya dapat membantu individu untuk mengurangkan tekanan hidup dalam
pengurusan kehidupan seharian.
Sikap yang baik berhubung dengan keperluan untuk
memperoleh dan mengekalkan kecergasan fizikal dapat dibina dengan berkesan melalui program
pembangunan pendidikan jasmani yang sistematik.
Tingkah laku individu yang sempurna adalah berdasarkan
perhubungan antara pergerakan, emosi dan sosial serta inteleknya. Morgan (1987), menyatakan bahawa perkaitan
faktor-faktor di atas saling bergantung antara satu dengan yang lain. Salah satu faktor
boleh mempengaruhi faktor-faktor yang lain secara positif atau disebaliknya. Banyak kajian
dan pemerhatian telah melaporkan tentang hubungan yang positif antara tret motor dengan
pencapaian akademik, tetapi terdapat sedikit sahaja bukti bahawa intelek dan psikomotor
mempunyai korelasi. Walau bagaimana pun bukti ada menunjukkan bahawa potensi pembelajaran
individu boleh diperkukuhkan atau dilenyapkan oleh tahap kecergasan mereka. Ini bermakna
seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik juga akan mempunyai tahap pencapaian
akademik yang tinggi berbanding dengan seseorang yang mempunyai tahap kecergasan yang
rendah (Clarke, 1979)
Daripada dapatan kajian-kajian yang lepas, sangatlah
penting untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat umumnya dan pelajar di maktab khususnya tentang kepentingan kecergasan
fizikal. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kecergasan fizikal guru pelatih dan
menentukan sama ada tahap ini boleh ditingkatkan melalui Program Latihan Kecergasan
Fizikal di maktab.
Soalan Kajian
·
Apakah taburan skor tahap
kecergasan pelajar KDPM minor PJK seperti yang
diukur oleh Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ?
·
Adakah Program Latihan Kecergasan
Fizikal membawa kesan yang signifikan kepada peningkatan tahap kecergasan pelajar KDPM
minor Pendidikan Jasmani seperti yang diukur oleh UKJK ?
·
Adakah terdapat perbezaan yang
signifikan dalam peningkatan tahap kecergasan antara pelajar KDPM lelaki dan perempuan
minor PJK seperti yang diukur oleh UKJK ?
Limitasi
Kajian
Bilangan peserta kajian ini adalah sedikit sahaja iaitu
hanya seramai 19 orang yang terdiri daripada 11 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Ini
adalah kerana ambilan pelajar KDPM minor PJK pada tahun itu hanya satu unit sahaja.
Peserta kajian hanya terdiri daripada kalangan pelajar
maktab sahaja. Oleh itu dapatan kajian tidak boleh menginferenkan populasi secara
umum.
Kepentingan
Kajian
Tahap kecergasan yang baik dapat membantu meningkatan
perlakuan kemahiran dalam sukan serta pengurusan diri yang lebih baik dalam kehidupan
harian. Oleh itu, tahap kecergasan fizikal amat penting bagi pelajar KDPM minor PJK.
Kajian ini membantu memperkukuhkan pendapat bahawa PLKF yang terancang dapat meningkatkan
tahap kecergasan fizikal secara umumnya.
1. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Ujian yang digunakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menilai aspek-aspek penting dalam kecergasan fizikal.
2. Program
Latihan Kecergasan Fizikal (PLKF) Program latihan yang diubahsuai daripada Sports
Medicine, Exercise and Fitness (1988).
3. Tahap
kecergasan fizikal pangkat emas Mencapai skor 21 ke atas dalam UKJK.
4. Tahap
kecergasan fizikal pangkat perak Mencapai
skor daripada 15 hingga 20 dalam UKJK.
5. Tahap
kecergasan fizikal pangkat gangsa Mencapai
skor daripada 6 hingga 14 dalam UKJK
Metodologi
Kajian
ini menggunakan suatu ujian fizikal yang dipanggil Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan
(UKJK) untuk memperoleh data dan suatu PLKF yang terancang. Pengumpulan data dalam
penyelidikan ini tertumpu kepada data tentang tahap kecergasan dan kesan PLKF terhadap
pelajar Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur.
Reka Bentuk Kajian
Di peringkat awal, UKJK ditadbirkan untuk memperoleh
skor pra bagi tahap kecergasan. Ini diikuti dengan PLKF yang terancang selama 3
bulan.(Rujuk Jadual 1) Selepas itu UKJK ditadbirkan sekali lagi untuk memperoleh skor
pasca bagi tahap kecergasan.
Persampelan
Peserta kajian ini terdiri daripada 19 orang pelajar KDPM semester 3 ambilan Jun
1999 minor PJK di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 11 orang
pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan.
Instrumen
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan
Enam aktiviti kecergasan yang diuji dalam ujian ini
adalah :
·
Bangun tubi
·
Duduk dan jangkau
·
Lompat jauh berdiri
·
x 10M Lari ulang alik
·
Mendagu (L) dan Inclined
flexed-arm hang (P)
·
Lari 2.4 KM
Instrumen ini diambil dari Kementerian Belia dan Sukan
(1987) yang digunakan untuk program kecergasan jasmani kebangsaan. Berikut adalah
penerangan mengenai setiap aktiviti yang diuji dalam UKJK.
Program
Latihan Kecergasan Fizikal
Program latihan ini dirancang untuk meningkatkan tahap kecergasan keseluruhan peserta kajian. Latihan
aerobik dalam program ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular.
Latihan litar bertujuan untuk meningkatkan tahap kelenturan, ketangkasan, koordinasi,
kekuatan dan kelajuan. Manakala latihan jeda adalah untuk meningkatkan dayatahan anerobik,
dayatahan otot, kelajuan dan keupayaan bagi menampung darah laktik. Aktiviti dan jumlah masa bagi setiap latihan dalam
PLKF disenaraikan dalam Jadual 1.
Jadual 1
Program
Latihan Kecergasan Fizikal
Hari |
Aktiviti |
Masa
Diperlukan (Min) |
Jumlah
Masa (Min) |
1 |
Warm up jogging dan regangan Latihan aerobik jog / lari
(3-5Km) Latihan Litar Gerak kendur |
5 10 30 45 15 30 10 15 |
5 10 35 55 50 85 60 100 |
2 |
Warm up jogging dan regangan Latihan Jeda dan latihan litar Gerak kendur |
5 10 30 60 10 15 |
5 10 35 70
45 85 |
3 |
Ulang aktiviti hari pertama |
60 - 100 |
60 100 |
4 |
Ulang aktiviti hari kedua |
45 - 85 |
45 85 |
5 |
Ulang aktiviti hari pertama |
60 - 100 |
60100 |
Jumlah
masa latihan 5 hari seminggu = 4 jam 30 minit hingga 7 jam 50 minit.
Sumber:
diubahsuai dari Sports Medicine, Exercise and Fitness (1988)
Pentadbiran
Instrumen
UKJK dijalankan sebanyak 2 kali sebagai ujian pra dan
ujian pasca. Kedua-dua ujian pra dan ujian pasca dijalankan pada waktu pagi untuk
mengurangkan kesan pembolehubah yang mungkin berlaku. Peserta kajian dikehendaki menjalani
aktiviti memanaskan badan selama lima belas minit sebelum ujian dan menjalani aktiviti
menyejukkan badan selepas ujian. Keputusan ujian akan ditukar kepada skor mentah
berdasarkan norma UKJK seperti dalam lampiran A dan B.
Masa di antara ujian pra dan ujian pasca ialah 3 bulan.
Dalam tempoh 3 bulan ini peserta kajian
mengikuti PLKF yang terancang seperti dalam Jadual
1. Penyelidik akan memantau latihan yang diberi kepada peserta kajian sekali seminggu.
Semua aktiviti ujian dijalankan berterusan secara
berpasangan. Di mana pasangan peserta akan mengira dan mencatatkan skor yang diperoleh
oleh rakan mereka dan sebaliknya.
Tafsiran data dan perbincangan
Peratus digunakan untuk
menggambarkan taburan skor tahap kecergasan pelajar dalam UKJK. Data yang diperoleh dari
ujian pra dan pasca dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa 36.8% peserta mencapai gred emas
pada ujian pra di awal semester iaitu bulan Julai. 21.1% memperolehi gred Perak dan 36.8%
mendapat gred gangsa. Seorang lagi tidak
mencapai tahap yang dikehendaki.
Jadual 2
Analisis
Ujian Pra dan Pasca untuk Lelaki dan Perempuan
Jumlah
mata |
Pangkat |
Ujian
Pra |
Ujian
Pasca |
||
Bilangan |
Peratus % |
Bilangan |
Peratus % |
||
21 ke atas |
Emas |
7 |
36.8 |
9 |
47.4 |
15 20 |
Perak |
4 |
21.1 |
8 |
42.1 |
6
14 |
Gangsa |
7 |
36.8 |
2 |
10.5 |
6 ke
bawah |
- |
1 |
5.3 |
- |
- |
Jumlah |
19 |
100 |
19 |
100 |
Ujian pasca yang dijalankan pada akhir semester, iaitu
bulan Oktober tahun yang sama menunjukkan bahawa tahap kecergasan peserta lelaki dan
perempuan telah meningkat. Bilangan peserta yang mencapai pangkat emas meningkat daripada
36.8% kepada 47.4% iaitu daripada 7 orang kepada 9 orang. Bagi pangkat perak pula,
terdapat seramai 4 orang telah menunjukkan peningkatan. Ini bermakna pada ujian pasca
42.1% pelajar telah mencapai pangkat perak. Bilangan peserta yang mencapai pangkat gangsa telah menurun daripada 36.8% kepada 10.5% dan
tiada peserta yang berada di bawah tahap yang dikehendaki. Ini menunjukkan bahawa peserta
lelaki dan perempuan KDPM minor PJK telah menunjukkan peningkatan selepas PLKF yang
terancang.
Daripada data yang dipaparkan dalam Jadual 3 mengenai
tahap kecergasan peserta lelaki yang seramai 11 orang, didapati seramai 36% sememangnya
sudah mempunyai tahap kecergasan yang baik di awal semester. Mereka telah memperolehi
jumlah mata sebanyak 21 ke atas dan mencapai pangkat Emas. Peserta yang memperolehi jumlah
mata 15 ke atas iaitu pangkat Perak hanya 18% sahaja, manakala seramai 46% memperolehi
jumlah mata 6 ke atas iaitu pangkat Gangsa.
Jadual 3
Analisis
Ujian Pra dan Pasca untuk Lelaki
Jumlah
mata |
Pangkat |
Ujian
Pra |
Ujian
Pasca |
||
Bilangan |
Peratus % |
Bilangan |
Peratus % |
||
21 ke atas |
Emas |
4 |
36 |
6 |
55 |
15 20 |
Perak |
2 |
18 |
4 |
36 |
6
14 |
Gangsa |
5 |
46 |
1 |
9 |
Jumlah |
11 |
100 |
11 |
100 |
Pada ujian pasca yang dijalankan pada akhir semester,
didapati 55% telah berjaya mendapat pangkat Emas berbanding dengan 36% pada awal semester.
Bagi jumlah mata 15 ke atas pula, didapati seramai 2 orang telah menunjukkan peningkatan.
Ini bermakna selepas program latihan, seramai 36% telah mencapai pangkat Perak, manakala
bagi jumlah mata 6 ke atas telah menurun kepada seorang sahaja. Ini menunjukkan bahawa
hanya seorang sahaja yang tidak menunjukkan
peningkatan selepas latihan..
Berdasarkan Jadual 4, Bagi 8 orang peserta perempuan,
terdapat 38% yang telah mempunyai tahap kecergasan yang baik iaitu memperolehi jumlah mata
21 ke atas dan mencapai pangkat Emas. Hanya 25% iaitu 2 orang yang memperolehi jumlah mata
15 ke atas dan mencapai pangkat Perak, manakala terdapat 25% yang memperolehi jumlah mata
6 ke atas dan mencapai pangkat Gangsa. Walau bagaimana pun terdapat seorang peserta 12%
yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Keputusan ini diperolehi semasa ujian pra pada
awal semester.
Jadual 4
Analisis Ujian Pra dan Pasca Untuk Perempuan
Jumlah
mata |
Pangkat |
Ujian
Pra |
Ujian
Pasca |
||
Bilangan |
Peratus % |
Bilangan |
Peratus % |
||
21 ke atas |
Emas |
3 |
38 |
3 |
38 |
15 20 |
Perak |
2 |
25 |
4 |
50 |
6
14 |
Gangsa |
2 |
25 |
1 |
12 |
6 ke bawah |
|
1 |
12 |
- |
- |
Jumlah |
8 |
100 |
8 |
100 |
Ujian
pasca yang dijalankan pada bulan Oktober tahun yang sama telah menunjukkan bahawa bilangan
peserta yang mencapai pangkat Emas tidak berubah iaitu kekal 38%, manakala 50% telah
memperolehi jumlah mata 15 ke atas dan mencapai pangkat Perak. Hanya seorang sahaja yang
masih memperolehi pangkat Gangsa pada ujian pasca. Rajah
3 menunjukkan perbandingan skor ujian pra dan pasca peserta perempuan secara grafik.
Peratus yang meningkat menunjukkan bahawa terdapat kesan yang positif ke atas tahap
kecergasan pelajar selepas PLKF.
Ujian t digunakan untuk
menentukan sama ada PLKF membawa kesan yang signifikan kepada peningkatan tahap kecergasan
pelajar. Analisis ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada p
< 0.01 antara skor pra dan pasca UKJK. Dapatan ini menunjukkan bahawa PLKF memberi
kesan yang signifikan kepada tahap kecergasan peserta kajian pada keseluruhannya. Sungguh
pun demikian, perbezaan yang signifikan pada p < 0.05 antara skor pra dan pasca UKJK
diperoleh oleh peserta lelaki sahaja.
Jadual 5
Keputusan
Ujian-t Antara Skor Pra Dan Pasca UKJK
Jantina |
n |
Skor
Pra UKJK |
Skor
Pasca UKJK |
t |
||
min |
Sisihan
piawai |
min |
Sisihan
piawai |
|||
Lelaki & Perempuan |
19 |
16.63 |
6.46 |
18.95 |
4.64 |
3.027* |
Lelaki |
11 |
17.18 |
5.88 |
19.18 |
4.12 |
2.75ø |
Perempuan |
8 |
15.88 |
7.53 |
18.63 |
5.55 |
1.74 |
Nota :
Skor mentah digunakan untuk ujian t
* P < 0.01 øP < 0.05
Ini bermakna PLKF yang
dirancangkan itu hanya dapat meningkatkan tahap kecergasan peserta lelaki sahaja. Keadaan
ini berlaku mungkin disebabkan peserta perempuan tidak mengikuti program latihan dengan
sepenuhnya selepas ujian pra. Pemerhatian ini mungkin juga disebabkan oleh keadaan
fisiologi mereka semasa mereka menjalani ujian pasca.
Perbandingan peratus digunakan untuk menentukan sama
ada jantina merupakan faktor dalam peningkatan tahap kecergasan melalui PLKF. Jadual 6
menunjukan bahawa tahap kecergasan peserta lelaki dan perempuan semasa ujian pra adalah
lebih kurang sama sahaja, iaitu di antara 36% dan 38% mencapai pangkat Emas; 18% dan 25%
mencapai pangkat Perak; manakala 46% dan 25% mencapai pangkat Gangsa. Keputusan ujian pra telah menunjukkan bahawa tahap kecergasan
kedua-dua peserta lelaki dan perempuan cenderong kepada pangkat Perak dan Gangsa. Sebagai
seorang guru pendidikan jasmani yang cergas mereka sepatutnya memperolehi pangkat Perak
atau pangkat Emas dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan.
Jadual 6
Perbandingan
Peratus Ujian Pra Antara Lelaki dan Perempuan
Jumlah
mata |
Pangkat |
Ujian
Pra |
Perbezaan
% |
|
Lelaki % |
Perempuan % |
|||
21ke atas |
Emas |
36 |
38 |
2 |
15 20 |
Perak |
18 |
25 |
7 |
6 14 |
Gangsa |
46 |
25 |
19 |
6 ke bawah |
- |
- |
12 |
12 |
|
|
100 |
100 |
|
Selepas mengikuti PLKF yang dirancangkan selama 3
bulan, ujian pasca dijalankan. Keputusan ujian pasca dalam Jadual 7 menunjukkan bahawa
peserta lelaki yang mencapai pangkat Emas telah meningkat ke 55% berbanding dengan 36%
semasa ujian pra. Manakala 38% peserta perempuan mencapai pangkat Emas. Bagi pangkat Perak
pula, peratus tahap kecergasan peserta lelaki telah meningkat 2 kali ganda iaitu dari 18%
kepada 36%. Peserta perempuan juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 25% kepada 50%.
Manakala peratus kedua-dua peserta lelaki dan perempuan yang mencapai pangkat Gangsa telah
menurun dari 46% kepada 9% dan 25% kepada 12%.
Jadual
7
Perbandingan
Peratus Ujian Pasca Antara Lelaki dan Perempuan
Jumlah
mata |
Pangkat |
Ujian
Pasca |
Perbezaan
% |
|
Lelaki % |
Perempuan
% |
|||
21ke atas |
Emas |
55 |
38 |
17 |
15 20 |
Perak |
36 |
50 |
14 |
6 14 |
Gangsa |
9 |
12 |
3 |
6 ke bawah |
- |
- |
- |
- |
|
|
100 |
100 |
|
Keputusan yang meningkat ini telah
menunjukkan bahawa PLKF yang dirancangkan telah membawa kesan ke atas tahap kecergasan
kedua-dua jantina peserta kajian. Di sini
boleh dirumuskan bahawa tahap kecergasan peserta kajian sama ada lelaki atau perempuan
dapat dipertingkatkan melalui program latihan kecergasan yang terancang.
Ujian t sekali lagi digunakan untuk menentukan sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan tahap kecergasan antara perlajar
lelaki dan perempuan. Daripada Jadual 8, didapati semua nilai statistik F adalah tidak
signifikan. Ini bermakna kedua-dua peserta lelaki dan perempuan mempunyai varians yang
homogen iaitu skor peserta lelaki mempunyai serakan yang hampir sama dengan skor peserta perempuan. Oleh itu,
ujian t boleh dijalankan. Kedua-dua statistik t bagi skor pra dan pasca UKJK didapati
tidak signifikan pada p<0.05 atau p<0.01. Ini menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan dalam peningkatan tahap kecergasan
antara peserta lelaki dan perempuan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa jantina
bukan faktor yang mempengaruhi dalam peningkatan tahap kecergasan peserta kajian.
Jadual 8
Min, Varians & Keputusan Ujian-ujian
Kesignifikan Antara Min dan Varians Skor Pra & Pasca UKJK Lelaki dan Perempuan.
Skor |
Lelaki n = 11 |
Perempuan n = 8 |
Ujian Kesignifikan |
|||
Min |
Varians |
Min |
Varians |
F |
t |
|
Pra UKJK |
17.18 |
34.57 |
15.88 |
56.70 |
0.186 |
0.43* |
Pasca UKJK |
19.18 |
16.97 |
18.63 |
30.80 |
0.424 |
0.25* |
Nota:
* Semua nilai t adalah tidak signifikan pada p <0.05 atau p <0.01
Ujian F menguji Kehomogenan Varians
Ujian t menguji kesignifikan perbezaan
antara min.
Bagi pelajar yang mengikuti program pendidikan jasmani,
kalau dibandingkan dengan pelajar pengkhususan lain, mereka perlu menunjukkan kebolehan
fizikalnya untuk mencapai objektif sukatan KDPM minor PJK yang disediakan. Oleh itu,
mereka perlu menjaga, mengekal dan meningkatkan tahap kecergasan mereka melalui PLKF. Ini
dapat membantu mereka mencapai prestasi yang lebih baik di sepanjang pengajian mereka di
maktab dan diharap akan berterusan apabila mereka keluar dari maktab nanti.
Charles, B. C., & Ruth, L. (1990) Concepts
of Physical Fitness with Laboratories,. California; Wm.C. Brown Publisher.
Clarke, H. H. (1979) Applikcation
of Measurement to Health and Physical Education. New Jersey:
Prentice-Hall, Inc.
Dick, F. W. [1980] Sports
Training Principles. London: Lepus Books.
Giam, C. K., & Teh, K. C. (1988)
Sports Medicine. Exercise and Fitness A Guide For
Everyone.
Singapore; PG Publishing.
Kementerian Belia dan Sukan (1988) Buku
Panduan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan.
Kuala Lumpur.
Morgan, W.P., & Goldston, S.E. (1987) Exercise
and Mental Health. New York: Hemisphere.
Montoye, H. J. (1978) An
Introduction to Meassurement in Physical Education. Boston: Allyn and Bacon, Inc.
Rousseau, P. (1989) Exercise in the Elderly.
Postgraduate Medicine 85 (1989):113
Salmah, A. (1994)
Pergerakan Kreatif Dan Pendidikan. Petaling Jaya; Flo Enterprise.
Sarjit Singh, B., & Sheikh
Kamaruddin S. A. (1987)
Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1.
Petaling Jaya; Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia.
Sarjit Singh, B., & Sheikh
Kamaruddin S. A. (1987)
Buku Sumber Kecergasan