Punca Kelemahan Dalam Pengajaran Daripada Perspektif Guru1
Lee Ley Hua
Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Dr. Yee Sye Foong
Unit Penyelidikan dan Pembangunan
Kajian ini meneliti pendapat guru tentang punca kelemahan
dalam pengajaran mereka sendiri. Satu soal selidik yang mengkaji tiga aspek pengajaran digunakan.
Aspek-aspek pengajaran tersebut ialah persediaan pengajaran,
penyampaian pengajaran, serta pendekatan dan strategi pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pada amnya sedar yang
persediaan mengajar mereka dapat dibaiki lagi jika mereka mengubah sikap
daripada segi minat dan usaha.
Pemerhatian Guru Besar terhadap guru-guru di sekolahnya2 mendapati bahawa mereka menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan inovatif. Guru Besar ingin tahu punca kelemahan ini.
Soal selidik digunakan untuk mengkaji tiga aspek pengajaran: persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran serta pendekatan dan strategi pengajaran. Setiap aspek tersebut dikaji daripada segi seperti yang berikut:
Cronbach Alpha dihitungkan untuk mengukur kekonsistenan dalaman atau repeatability bagi item-item dalam instrumen. Kekonsistenan dalaman ini adalah berdasarkan korelasi antara satu item dengan item yang lain dalam instrumen tersebut. Nilai yang diperoleh bagi komponen persediaan, penyampaian, dan pendekatan serta strategi pengajaran masing-masing ialah 0.69, 0.81, dan 0.87. Nilai Cronbach Alpha bagi keseluruhan instrumen ialah 0.88. Ini bermakna terdapat korelasi sebanyak 0.88 antara ukuran yang dibuat dengan menggunakan instrumen ini dengan ukuran yang dibuat dengan menggunakan semua instrumen lain yang mungkin yang mengandungi bilangan item yang sama yang digubal daripada suatu hypothetical universe bagi item-item yang mengukur komponen-komponen pengajaran yang dinyatakan.
Dapatan kajian
Penilaian kendiri guru terhadap pengajarannya.
Guru diminta menilai diri sendiri tentang kualiti pengajarannya berdasarkan skala 1(sangat lemah) hingga 5(sangat baik). Min bagi ketiga-tiga aspek pengajaran yang dikaji adalah kurang daripada 4(baik). Hal ini bermakna guru sekolah A merasa persediaan, penyampaian serta pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan adalah di bawah tahap baik. Dapatan kajian menunjukkan persetujuan antara persepsi guru besar tentang kualiti pengajaran guru-gurunya dengan persepsi guru-guru sendiri tentang kualiti pengajaran mereka.
Jadual 1
Penilaian kendiri guru tentang pengajarannya
Statistik |
M |
SD |
Persediaan pengajaran |
3.71 |
0.64 |
Penyampaian pengajaran |
3.78 |
0.51 |
Pendekatan dan strategi pengajaran |
3.64 |
0.48 |
Nota: N = 51
Pendapat guru tentang bagaimaan persediaan pengajaran dapat dibaiki.
Pendapat guru tentang punca kelemahan persediaan pengajarannya dikaji daripada segi faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan pengetahuan guru. Guru diminta menunjukkan tahap persetujuannya berdasarkan skala 1(tidak bersetuju) hingga 5(sangat bersetuju).
Nilai purata min menunjukkan bahawa guru pada amnya bersetuju bahawa persediaan pengajaran dapat dibaiki lagi jika faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan pengetahuan guru dapat dimajukan daripada beberapa segi seperti yang disenaraikan dalam Jadual 2. Perbandingan secara kualitatif antara nilai-nilai purata min menunjukkan bahawa guru merasa sikap guru (M=4.28; SD=0.46) dan pengetahuannya (M=4.26; SD=0.50) lebih merupakan kelemahan daripada pentadbiran sekolah (M=3.84; SD=0.81) dan faktor peribadi guru (M=3.98; SD=0.54).
Guru sekolah A sedar dan bersetuju bahawa pengajaran mereka dapat dibaiki lagi jika mereka mengubah sikap daripada segi minat dan usaha. Mereka juga sedar pengetahuan mereka dalam mata pelajaran yang diajar perlu ditingkatkan. Barang kali mata pelajaran yang diajar bukan mata pelajaran opsyen mereka.
Punca kelemahan |
NΕ |
M |
SD |
A.
Faktor peribadi guru
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Penempatan sekolah saya lebih sesuai |
51 |
4.02 |
0.68 |
2. Guru-guru lain bekerja sama |
51 |
4.12 |
0.62 |
3. Masalah peribadi saya dapat dikurangkan |
51 |
3.80 |
0.85 |
Purata
M |
51* |
3.98 |
0.54 |
B. Pentadbiran sekolah
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Jadual waktu mengajar saya kurang membebankan |
51 |
4.04 |
1.02 |
2. |
49 |
3.51 |
1.34 |
3. Penglibatan saya dalam aktiviti sekolah selain
mengajar dapat dikurangkan |
51 |
3.94 |
1.03 |
Purata M |
49* |
3.84 |
0.81 |
C. Sikap guru
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Saya lebih minat mengajar |
50 |
4.36 |
0.69 |
2. Saya lebih rajin berusaha |
50 |
4.38 |
0.53 |
3.
melanjutkan pelajaran |
51 |
4.02 |
0.81 |
Purata M |
49* |
4.28 |
0.46 |
D. Pengetahuan guru
|
|
|
|
1. Pengetahuan saya tentang isi kandungan mata
pelajaran yang diajar dapat dipertingkatkan |
51 |
4.18 |
0.48 |
2. Mata pelajaran yang saya ajar ialah mata
pelajaran opsyen saya |
50 |
4.46 |
0.81 |
3. Saya mempunyai buku rujukan yang mencukupi |
50 |
4.08 |
0.92 |
Purata M |
49* |
4.26 |
0.50 |
Nota:
Ε N tidak tetap kerana ada guru yang tidak menjawab
* Bilangan kes yang valid.
Pendapat guru tentang bagaimana kelemahan penyampaian pengajaran dapat baiki.
Pendapat guru tentang punca kelemahan dalam penyampaian pengajarannya dikaji daripada segi faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan sistem pendidikan. Guru diminta menunjukkan tahap persetujuannya berdasarkan skala 1(tidak bersetuju) hingga 5(sangat bersetuju).
Punca kelemahan
|
NΕ |
M |
SD |
A. Faktor
peribadi guru
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Saya dapat mengawal disiplin murid |
51 |
4.27 |
0.72 |
2. Pengurusan bilik darjah saya lebih baik |
51 |
4.24 |
0.71 |
3. Saya dapat menyediakan bahan bantu mengajar |
51 |
4.25 |
0.69 |
Purata M |
51* |
4.25 |
0.53 |
B. Pentadbiran sekolah
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Bilangan murid dalam kelas dapat dikurangkan |
50 |
4.24 |
1.06 |
2. Bahan bantu mengajar dari sekolah mudah diperoleh |
48 |
4.15 |
0.95 |
3. Bahan bantu mengajar dari sekolah lebih sesuai
dan mencukupi |
51 |
4.22 |
0.90 |
Purata M |
47* |
4.24 |
0.70 |
C. Sikap guru
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Respon murid terhadap penyampaian saya
lebih menggalakkan |
51 |
4.39 |
0.63 |
2. Pihak sekolah dan ibu bapa tidak mendesak saya |
50 |
4.22 |
0.77 |
3. Saya dapat mengajar kelas yang lebih baik |
51 |
3.47 |
1.12 |
Purata M |
50* |
4.04 |
0.59 |
D. Sistem pendidikan
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Sukatan pelajaran lebih relevan |
50 |
4.26 |
0.66 |
2. Saya tidak perlu berkejar-kejar
menghabiskan sukatan pelajaran |
51 |
4.31 |
0.71 |
3. Fokus terhadap peperiksaan dapat dikurangkan |
51 |
3.65 |
1.11 |
Purata M |
50* |
4.07 |
0.59 |
Nota:
Ε N tidak tetap kerana ada guru yang tidak menjawa
* Bilangan kes yang valid.
Nilai purata min yang melebihi 4 menunjukkan bahawa guru pada amnya bersetuju bahawa penyampaian pengajaran dapat dibaiki. Perbandingan secara kualitatif antara nilai-nilai purata min menunjukkan guru bersetuju bahawa punca kelemahan penyampaian pengajarannya ialah faktor peribadi guru seperti kawalan disiplin(M=4.27; SD=0.72), pengurusan bilik darjah(M=4.24; SD=0.71), dan kebolehan menyediakan bahan bantu mengajar(M=4.25; SD=0.69). Guru juga menunjukkan persetujuan mereka dengan beberapa aspek pentadbiran sekolah seperti bilangan murid dalam kelas(M=4.24; SD=1.06) dan kesesuaian serta kekurangan bahan bantu mengajar(M=4.22; SD=0.90).
Pendapat guru tentang bagaimaan pendekatan dan strategi pengajaran dapat dibaiki.
Pendapat guru tentang punca kelemahan dalam pendekatan dan strategi pengajarannya dikaji daripada segi faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan latihan keguruan. Guru diminta menunjukkan tahap persetujuannya berdasarkan skala 1(tidak bersetuju) hingga 5(sangat bersetuju).
Nilai purata min yang hampir sama menunjukkan bahawa guru bersetuju bahawa faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan latihan keguruan merupakan punca kelemahan pendekatan dan strategi pengajaran. Antara empat aspek ini, latihan keguruan nampaknya kurang dilihat sebagai punca kelemahan yang dipersepsikan oleh guru dengan min 4.19 dan sisihan piawai 0.59. Guru merasa pendekatan dan strategi pengajarannya dapat dibaiki jika dia dapat mengajar mata pelajaran opsyennya(M=4.49; SD=0.73).
Batasan kajian
Punca kelemahan dalam kajian ini merujuk kepada sebab kelemahan pengajaran
seperti yang dipersepsikan oleh guru sendiri. Punca kelemahan hanya dikaji daripada empat aspek bagi setiap komponen pengajaran. Contohnya, persediaan pengajaran hanya mengkaji faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan pengetahuan guru. Setiap aspek pula hanya dikaji daripada tiga segi seperti yang disenaraikan dalam Jadual 2, 3, dan 4. Hal ini bermakna ada aspek-aspek lain yang wujud tetapi tidak dikaji oleh penyelidik.
Kajian lanjut
Punca kelemahan seperti yang dipersepsikan oleh guru sendiri mungkin merupakan sebab mereka tidak dapat mengajar secara lebih berkesan. Menangani punca kelemahan ini mungkin dapat meningkatkan prestasi guru dalam pengajaran. Sebagai contohnya, bahan bantu mengajar dari sekolah (rujuk jadual 3) dipersepsikan oleh guru sebagai salah satu sebab penyampaian pengajaran kurang baik. Tindakan yang sewajarnya boleh diambil untuk menentukan sama ada penyampaian betul-betul menjadi lebih baik. Kajian berbentuk eksperimen dicadangkan.
Punca kelemahan |
NΕ |
M |
SD |
A. Faktor
peribadi guru
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Saya dapat menghadiri kursus-kursus yang
berkenaan |
51 |
4.33 |
0.71 |
2. Pengetahuan saya tentang strategi dan pendekatan
yang terbaru dapat dipertingkatkan |
50 |
4.56 |
0.51 |
3. Saya masih ingat apa yang disampaikan semasa
latihan perguruan |
51 |
4.00 |
0.80 |
Purata M |
50* |
4.22 |
0.60 |
B. Pentadbiran sekolah
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Tahap kemahiran murid dalam setiap kelas dapat
diselaraskan |
50 |
3.94 |
0.91 |
2. Bilangan murid dalam setiap kelas adalah lebih
sesuai |
51 |
4.31 |
0.76 |
3. Saya diberi kebebasan mencuba teknik pengajaran
yang saya rasa adalah sesuai |
51 |
4.41 |
0.64 |
Purata M |
50* |
4.22 |
0.60 |
C. Sikap guru
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Saya dapat menerima perubahan yang baru
dalam pendekatan dan strategi pengajaran |
50 |
4.26 |
0.69 |
2. Saya tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur
negatif daripada guru lain |
50 |
4.36 |
0.74 |
3. Usaha saya dihargai oleh pihak-pihak yang berkenaan |
49 |
4.10 |
0.85 |
Purata M |
47* |
4.21 |
0.64 |
D. Latihan keguruan
Saya dapat membaiki lagi jika
.. |
|
|
|
1. Pendedahan kepada strategi dan pendekatan
pengajaran semasa menjalani latihan perguruan adalah mencukupi |
51 |
4.08 |
0.80 |
2. Senario sekolah membolehkan saya mengaplikasikan
apa yang telah disampaikan semasa latihan keguruan |
51 |
4.00 |
0.92 |
3. Saya dapat mengajar mata pelajaran opsyen saya |
51 |
4.49 |
0.73 |
Purata M |
51* |
4.19 |
0.59 |
* Bilangan kes yang valid.
Nota kaki:
1. Program Khidmat Komuniti ialah salah satu program yang
dikelolakan oleh Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Maktab Perguruan Teknik,
2. Nama sekolah dirahsiakan kerana sebab-sebab tertentu. Sekolah yang berkenaan akan dirujuk sebagai sekolah A dalam laporan ini.