Tajuk:Persepsi Guru-guru Ekonomi Rumah Tangga terhadap Mata Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga di Sekolah Menengah
Akademik
Tahun dihasilkan: 1999
Maktab: Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur
Penyelidik: Semua pensyarah JabatanEkonomi Rumah Tangga
Ketua Penyelidik : Kamsiah Ab Rashid
 
ABSTRAK 2

Kajian telah dijalankan ke atas 30 orang guru Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di 16 buah Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan.Tujuan kajian adalah untuk meninjau persepsi guru ERT terhadap mata pelajaran ERT elektif di peringkat menengah atas. Instrumen kajian menggunakan soal selidik yang terdiri daripada aspek Latar belakang, persepsi terhadap ERT, dan pendapat atau cadangan mengenai hala tuju mata pelajaran ERT. Dapatan menunjukkan sebanyak 40% guru ERT berkelulusan Sijil Perguruan tetapi berpengalaman mengajar lebih 20 tahun. Sebanyak 67% responden menyatakan kurikulum ERT kini memberi tekanan kerja kerana terlalu banyak bidang atau kemahiran yang perlu dikuasai. Pihak pentadbir (68%) telah menetapkan pelajar yang lemah mengikuti mata pelajaran ini, keadaan ini menjadikan pencapaian ERT sangat tidak memberansangkan. Responden juga menyatakan kaedah penaksiran amali ERT membebankan guru dan pelajar. Sebanyak 50% responden mengatakan soalan teori ERTdi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia tidak sesuai dengan tahap kebolehan pelajar. Kebanyakan guru ERT mencadangkan penggubalan semula kurikulum ERT sangat perlu bagi meningkatkan imej ERT sebagai mata pelajaran yang berupaya memberi banyak kemahiran dan landasan meningkatkan kerjaya dalam bidang ini.