Tajuk :PERSEPSI
GURU PELATIH TERHADAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBINGSEKOLAH DAN PENSYARAH MAKTAB
SEMASA PRAKTIKUM : SATU.KAJIAN KES
Tahun dihasilkan
: 1999
Maktab: Maktab
Perguruan Teknik, Kuala Lumpur
Penyelidik: Kalwant
Kaur (Ketua)
Zainon
Bt. Esa
Khalip
B.Hamzah
Rashidah
Bt. Abdul Rahim
Nihayahtul
Husna Bt. Mohd. Salleh
ABSTRAK 3
Kajian
ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana bimbingan yang diberi oleh guru
pembimbing sekolah dan pensyarah maktab semasa praktikum mencukupi bagi
membolehkan guru pelatih memperoleh dan menguasai kemahiran mengajar. Kajian
ini merupakan satu kajian kes jenis deskriptif. Kaedah yang digunakan ialah
kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang berdasarkan Borang
Penilaian Praktikum keluaran Bahagian Pendidikan Guru. Jumlah responden
yang digunakan ialah seramai 60 orang guru pelatih yang mengikuti Kursus
Perguruan Lepas Ijazah di Maktab Penguruan Teknik. Data dianalisis dengan
menggunakan statistik diskriptif .Secara umum keputusan kajian telah memberikan
kesimpulan-kesimpulan berikut; kebanyakan daripada guru pelatih mendapati
bimbingan yang diberikan oleh guru pembimbing sekolah dan pensyarah maktab
adalah mencukupi;
Sebahagian
besar daripada guru pelatih juga mendapati pembimbing sekolah kurang memberi
bimbingan dalam aspek menyebatikan unsur-unsur kemahiran berfikir, memilih
dan mengendalikan bahan bantu mengajar serta melaksanakan set induksi;
dan
Sebahagian
besar daripada guru pelatih mendapati pensyarah maktab kurang memberi bimbingan
dalam aspek menggunakan bahasa dan suara, menilai kekuatan dan kelemahan
diri serta melaksanakan set induksi.Kajian ini diharapkan dapat membantu
pensyarah maktab untuk meningkatkan lagi mutu program praktikum di maktab.