Tajuk
:Persepsi Staf Akademik Maktab Perguruan Teknik Terhadap Pelaksanaan Penilaian
Prestasi di bawah Skim Saraan Baru
Tahun dihasilkan : 1999
Maktab: Maktab Perguruan
Teknik, Kuala Lumpur
Penyelidik: Faizah bt.
Md. Ghazali(Ketua)
Fakir
Mohd. b. Omar Din
Khir
Johari b.Mohd. Ali
Rusmina
bt. Ismail
Zubedah
Hanam bt. Mohd. Thani
Ketua
Penyelidik : Pn. Faizah bt. Md. Ghazali
ABSTRAK 4
Sistem Saraan Baru (SSB) telah
diperkenalkan kepada kakitangan awam hasil dari Laporan Jawatankuasa Khas
Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam (JKK-MGSA) 1991.Dua unsur utama yang
diberi penekanan dalam SSB adalah fleksibiliti dan galakan untuk meningkatkan
lagi produktiviti dan kualiti perkhidmatan bagi mempercepatkan proses pembangunan
negara.
Objektif kajian adalah untuk
menganalisis persepsi pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan Teknik terhadap
pelaksanaan penilaian prestasi di bawah SSB. Kajian ini adalah kajian tindakan
(action research) dengan teknik soal selidik.Responden kajian terdiri daripada
pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Sebanyak lapan
puluh lima sampel telah diperolehi.
Hasil kajian mendapati bahawa
pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan Teknik mempunyai sikap yang positif
terhadap Sistem Penilaian Prestasi (SSB).Namun begitu, bentuk pelaksanaannya
perlu lebih telus dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan agar rasa
tidak puas hati pensyarah terhadap penilaian yang diberi dapat diminimumkan.
Sebagai contoh, temu bual di antara pegawai penilai dan pegawai yang dinilai
tidak harus diambil ringan dan perlu diadakan dalam proses penilaian prestasi.
Pegawai dinilai juga memerlukan maklum balas mengenai prestasi mereka dari
semasa ke semasa, bimbingan dan nasihat dalam melaksanakan tugas harian