Penggunaan Internet Dalam
Penyelidikan
Azriy Hj
Abdullah
Ketua Jabatan Teknologi
Pendidikan
Maktab Perguruan Teknik, K.L.
(Kertas kerja ini telah
dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan MPT 2001)
Kertas kerja ini membincangkan
isu utama iaitu bagaimana seseorang penyelidik dapat menggunakan internet dalam
melaksanakan sesuatu penyelidikan. Melalui kertas kerja ini para penyelidik
didedahkan kepada aspek kemahiran mencari maklumat, kemahiran menilai maklumat
dan kaedah yang tepat bagaimana merujuk sumber maklumat yang diperolehi melalui
internet.
Kebelakangan ini banyak terdapat maklumat di internet. Ada yang berguna dan
ada yang tidak berguna. Kemahiran para penyelidik untuk mencari dan
mengasingkan maklumat adalah penting. Kemahiran menggunakan direktori dan enjin
carian dibincangkan dalam kertas kerja ini.
Selepas maklumat ini diperolehi, ianya perlu dinilai dengan teliti
supaya apa yang tersenarai akhirnya hanya maklumat yang baik dan berguna untuk
penyelidikan yang dicadangkan. Para penyelidik sudah maklum dengan kaedah
menilai bahan rujukan bercetak yang diperolehi melalui perpustakaan. Maka.
kaedah yang sama digunakan bagi bahan elektronik yang diperolehi melalui
internet dengan beberapa ciri tambahan yang penting. Akhir sekali, para
penyelidik didedahkan kepad kaedah menyediakan senarai bibliografi atau
“webliografi” mengikut format APA. Maklumat berkenaan kaedah-kaedah lain juga
disediakan
Internet memberi
kemudahan kepada pelajar, guru dan penyelidik memperoleh maklumat dari seluruh
dunia. Malahan internet merupakan media yang paling mudah untuk
mengedarkan maklumat secara digital. Memandangkan kebelakangan ini begitu
banyak maklumat yang mempunyai nilai ilmiah dan juga yang tidak ternilai boleh
diperoleh melalui internet, maka tibalah
masanya satu bentuk kemahiran baru diperkenalkan kepada pelajar, guru, dan
penyelidik. Kemahiran yang dimaksudkan ialah “Kemahiran Maklumat Internet” atau “Internet Information Skills”.
Melalui perpustakaan, kita akan peroleh
buku-buku, jurnal, dan pelbagai sumber lain yang sudah dinilai oleh penerbit
buku, pustakawan serta cerdik pandai lain sebelum kita dapat menatapnya.
Keadaan ini berbeza dengan sumber maklumat yang terdapat di internet. Anda mungkin menatap satu laman
yang baru sahaja dimuat-naik oleh pemiliknya. Maka tiada penapisan dan tiada
penilai sebelum anda. Andalah yang perlu membuat keputusan sama ada sumber yang
anda peroleh itu satu sumber ilmiah yang berguna atau sebaliknya. Justeru, anda
mesti sentiasa ingat bahawa di internet sumber maklumat yang baik dan yang
sebaliknya berada dalam satu longgokan yang belum dikelaskan.
Bagi menangani masalah kemahiran maklumat dan
kemahiran penggunaan internet dalam penyelidikan, maka kertas kerja ini akan
membincangkan perkara-perkara berikut:
Apakah
Internet ?
Internet ialah satu rangkaian
berjuta komputer seluruh dunia. Komputer yang dimiliki peribadi, sekolah,
organisasi, tentera dan sebagainya yang disambung secara talian tetap atau pun
secara dail. Di Malaysia, TM Net, Time.net, Celcom.net dan Jaring merupakah
pengantara bagi seluruh rakyat menyambung komputer masing-masing ke dalam
rangkaian ini. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa bila disambung sahaja
komputer ke rangkaian internet, semua fail dalam komputer milik kita akan dapat
dicapai oleh pengguna lain. Ia tidak semudah itu kerana pencapaian maklumat
dari satu komputer ke komputer lain perlu melalui protokol dan deklarasi. Namun
sekiranya seseorang mempunyai maklumat yang ingin dikongsi dengan orang lain
melalui internet, maka sumber ini perlu diletakkan di satu laman web melalui
hos yang mana komputernya bersambung
secara terus 24 jam sehari dengan internet.
Protokol utama yang digunakan oleh internet
ialah protokol World Wide Web (WWW) atau dikenali sebagai hypertext transfer
protocol (http). Http membolehkan dokumen yang mengandungi teks, grafik, audio
dan video dipindahkan melalui internet. Laman web yang diletakkan pada sesuatu
hos menggunakan protokol ini. Protokol
lain yang terdapat di internet ialah File Transfer Protokol (FTP), telnet dan
mel elektronik (e-mel). Protokol-protokol ini juga sering digunakan oleh
pengguna internet, misalnya,
pemilik-pemilik laman web yang akan selalu menggunakan FTP bagi
memindah-naik fail dari komputer peribadi ke komputer hos pengendali laman web.
Begitu juga pelajar, pekerja, guru-guru, penyelidik dan ramai lagi yang kerap
menggunakan e-mel dalam perhubungan setiap hari.
Internet merupakan gedung resos yang
menakjubkan untuk para penyelidik.
Namun, seperti mana alat penyelidikan lain, penggunaan internet dalam penyelidikan
memerlukan penyelidik mempelajari kemahiran bagaimana dan bila internet boleh
digunakan. Di sinilah terletak keperluan
perancangan penyelidikan yang teliti dilakukan.
Ø Apakah persoalan kajian anda dan
apakah sebenarnya yang anda cari ?
Ø Apakah jenis maklumat yang anda
perlukan?
Sebagai penyelidik anda
perlu buat keputusan sama ada ingin mencari maklumat melalui perpustakaan,
internet atau gabungan perpustakaan dan internet. Sekiranya keputusan dibuat
untuk menggunakan internet, maka perlu dibuat satu tinjauan. Adakah maklumat
yang ingin dicari terdapat di internet ?
Ø Berapa banyak masa anda akan gunakan?
Begitulah
kata-kata ingatan kepada penyelidik yang sering ditemui di laman-laman web yang memberi
panduan penggunaan internet dalam penyelidikan sedikit masa lalu. Tetapi
mungkin kata-kata ini pun sudah tidak tepat lagi sekarang kerana jarum dan
rumput kering (hay) sama-sama berguna kepada petani dan ternakannya.
Pada hari ini, mungkin lebih tepat dikatakan penyelidik yang menggunakan
internet untuk tujuan penyelidikan adalah sama seperti scavangers yang bergelumang dengan longgokan sampah sarap
di tempat-tempat pelupusan sampah dalam mencari rezeki harian mereka. Apakah
mungkin para penyelidik mampu menemui maklumat yang berguna ini?
Direktori
Yahooligans pula adalah direktori
khas untuk kegunaan remaja. Ia boleh diakses melalui
http://www.yahooligans.com/
Bagi membolehkan carian maklumat menggunakan
enjin carian, kata kunci (keywords) yang tepat hendaklah disediakan
terlebih dahulu. Tanpa kata kunci yang tepat proses mencari maklumat akan
menjadi sukar. Di samping itu, pengetahuan asas berkenaan kaedah dan karenah
setiap enjin carian juga amat perlu difahami bagi memastikan carian dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Berikut disenaraikan beberapa panduan semasa
menggunakan enjin carian.
Simpson AND NOT (Homer OR Marge
OR Lisa OR Bart OR Maggie) - carian ini
pula adalah untuk mencari maklumat berkaitan mana-mana Simpson yang tidak
berkaitan dengan Homer, Marge, Lisa, Bart atau Maggie.
Perbandingan Enjin Caraian / Direktori
Sepertimana yang telah disebutkan
di atas, enjin carian mempunyai banyak karenah. Segala tips atau panduan
menggunakan kata kunci di atas tidak boleh digunakan ke atas semua enjin
carian. Daripada jadual perbandingan di bawah, hanya Alta Vista yang merupakan
enjin carian tulen. Open Text dikategorikan sebagai enjin carian tetapi cirinya
terhad. Excite dan Info Seek pula merupakan gabungan enjin carian dan
direktori. Yahoo dan Lycos pula ialah direktori tulen.
|
Alta Vista
|
Excite
|
Web Crawler
|
Lycos
|
Open Text
|
Info Seek
|
Yahoo
|
Case Sensitivity
|
YA
|
TIDAK
|
TIDAK
|
TIDAK
|
TIDAK
|
YA
|
TIDAK
|
Phrases
|
YA
|
TIDAK
|
YA
|
TIDAK
|
YA
|
YA
|
TIDAK
|
Required Terms
|
+
|
+
|
TIDAK
|
TIDAK
|
TIDAK
|
+
|
TIDAK
|
Prohibited Terms
|
-
|
-
|
TIDAK
|
TIDAK
|
TIDAK
|
-
|
TIDAK
|
Boleans
|
YA
|
YA
|
YA
|
TIDAK
|
YA
|
TIDAK
|
TIDAK
|
Directory Search
|
TIDAK
|
YA
|
YA
|
YA
|
TIDAK
|
YA
|
YA
|
Kemahiran menilai
maklumat yang diperoleh
Semasa menggunakan enjin carian
atau direktori, anda akan memperoleh senarai indeks laman-laman web dengan
sedikit keterangan. Keupayaan dan kemahiran anda selaku pengguna web untuk menghadkan
carian serta menggunakan kata kunci yang tepat akan menghasilkan senarai indeks
yang tepat dan paling berguna. Namun begitu, indeks ini akan hanya menemukan
anda kepada dokumen yang diperlukan. Satu lagi tugas yang berat ialah untuk
menilai resos atau dokumen yang telah ditemui.
Beberapa aspek penilaian dokumen perlu
diteliti. Yang paling penting ialah aspek kandungannya. Sebagai panduan,
berikut adalah penilaian yang perlu dilakukan ke atas kandungan sesuatu dokumen
sebelum ia digunakan untuk tujuan penyelidikan:
Maklumat Penulisnya (Authorship)
Authorship merupakan salah satu kriteria utama dalam
menilai sesuatu bahan penulisan - siapa yang menulis ? Sebagai seorang
penyelidik, anda seharusnya menilai dan menentukan siapa sebenar penulis ini.
Cuba dapatkan jawapan-jawapan kepada persoalan berikut:
Adakah penulis ini terkenal dalam bidang yang diselidiki
?
Adakah penulis ini diperkenalkan oleh penulis terkenal
lain ?
Adakah bahan penulisan ini anda temui melalui laman lain
yang anda percaya ?
Adakah maklumat atau biodata penulis dinyatakan termasuk
jawatannya, institusi tempat kerja beliau, nombor telefon, e-mel serta alamat ?
Adakah maklumat atau biodata penulis boleh diperolehi
melalui pautan pada laman yang dinilai ?
Maklumat Penerbitnya atau Pihak yang Bertanggungjawab (Authority)
Bagi bahan-bahan yang bukan
merupakan dokumen web, adalah amat mudah bagi para penyelidik mengetahui akan
pihak yang bertanggungjawab terhadap penerbitan bahan berkenaan kerana sedia
ada nama atau syarikat penerbitnya. Tetapi bagi bahan yang merupakan bahan web,
penyelidik sendiri perlu menentukan pihak yang bertanggungjawab. Kadang kala
penyelidik dapat memastikan perkara seperti yang berikut :
Ê
Adakah dokumen diperolehi daripada laman web resmi
sesebuah organisasi?
Ê
Adakah penulis merupakan majikan kepada sesuatu
organisasi?
Ê
Adakah punca maklumat dinyatakan dengan jelas?
Ê
Adakah penulisnya boleh dihubungi untuk penjelasan?
Menyemak
URL sesebuah laman dapat memberikan gambaran sama ada laman web itu
sebuah laman web resmi atau laman web peribadi. Laman yang beralamat seperti
http://www.sesuatunama.com atau http://www.sesuatunama.orang atau
http://www.sesuatunama.gov adalah contoh laman-laman resmi. Sekiranya laman
berkenaan mempunyai alamat yang panjang dengan beberapa penggunaan “/” serta
“~” maka ini sudah pasti hanya satu laman peribadi.
Ketepatan Fakta (Accuracy)
Ketepatan
fakta merupakan satu lagi kriteria utama penilaian bahan penulisan. Penyelidik seharusnya tidak menerima 100%
maklumat yang diperoleh daripada sesuatu dokumen. Penyelidik seharusnya
menyemak rujukan lain berkaitan fakta yang sama dan memastikan maklumat berkenaan
tidak mempunyai kecenderungan politik atau ideologi ? Kebelakangan ini internet
sudah menjadi media longgokan maklumat yang bias, maklumat untuk pemasaran dan
juga pengiklanan. Oleh itu, maklumat yang diterima seharusnya diteliti tahap
kecenderungannya.
Para penyelidik seharusnya
meneliti perkara berikut :
Ê
Sekiranya dokumen yang dinilai merupakan satu
penyelidikan, pastikan kaedah memungut dan menganalisis data dinyatakan.
Ê
Metodologi yang dinyatakan bersesuaian dengan topik dan
membolehkan kajian diduplikasi bagi tujuan pengesahan.
Ê
Dokumen bergantung kepada maklumat dari dokumen lain dan
bibliografinya disenaraikan.
Ê
Dokumen tidak cenderung ke sesuatu pihak dan bukan untuk
tujuan pemasaran atau pengiklanan.
Kemaskini (Currency)
Bagaimana
boleh pengguna web mengetahui adakah maklumat yang diperoleh itu terkini? Ini
kadang kala sukar untuk ditentukan. Pengguna hanya bergantung kepada kenyataan
bila dikemas kini dokumen berkenaan oleh penulisnya. Tetapi terdapat juga para
penulis yang baru berjinak dengan laman web yang tidak langsung menyatakan bila
tarikh dokumen disediakan dan dikemas kini.
Oleh itu bagi memastikan maklumat
terkini yang diperoleh , perhatikan perkara-perkara seperti yang berikut:
Ê
Dokumen menyatakan tarikh asal sesuatu data diperoleh.
Ê
Dokumen merujuk dengan tepat tarikh dan dokumen
rujukannya.
Ê
Dokumen mempunyai tarikh disediakan.
Ê
Dokumen mempunyai tarikh kali terakhir dikemaskinikan.
Skop
Penyelidik juga seharusnya
menilai skop sesuatu penulisan itu. Adakah cukup luas dan mendalam dan adakah
sesuai dengan skop penulisan penyelidik sendiri?
Kaedah merujuk sumber
maklumat yang diperolehi melalui internet.
Untuk tujuan kertas kerja ini,
saya akan hanya membincangkan bagaimana ditulis bibliografi bagi sumber
maklumat yang diperoleh daripada internet.
Sepertimana penulisan bibliografi sumber maklumat bercetak, satu format
perlu ditetapkan. Dalam kertas ini saya akan hanya membincangkan format APA (APA
Style).
Laman Profesional WWW
Ø Keperluan Asas
Tajuk laman. (Tarikh copyright / disediakan / disemak, jika ada). [Media penerbitan]. Penerbit laman. <URL> [Tarikh dicapai].
Ø Contoh
APA Styles Citations. [Online]. APA Online. <http://www.apastyle.org/electext.html>
Laman Peribadi WWW
Ø Keperluan Asas
Nama pemilik laman. (Tarikh copyright / disediakan / disemak, jika ada). Tajuk laman, jika ada. Jika tiada, catatkan “Home page”. [Media penerbitan]. Penerbit laman. <URL> [Tarikh dicapai].
Ø Contoh
Smith, Alastair. (2 Mac 1997). Criteria for Evaluation Internet Information Resources. [Online]. VUW Department of Library and Information Studies, New Zealand. <http://www.vuw.ac.nz/~agsmith/evall> [14 Ogos 2001].
E-mel Peribadi
Ø Keperluan Asas
Nama pengirim. (alamat e-mel pengirim). (Tarikh). Tajuk mesej. E-mel kepada penerima (alamat e-mel penerima).
Ø Contoh
Jaring Network Operations. (register@jaring.my). (5 Sept. 2001). Acknowledgement For Supplementary Account Registration. E-mel kepada Azriy Abdullah (azriy@pc.jaring.my).
Apa yang diterangkan di atas hanyalah
sebahagian daripada aspek penulisan bibliografi sumber dari internet (sekarang
ada disebut webliography) menggunakan format APA. Panduan penuh aspek
ini boleh di capai melalui laman:
Ê
APA Styles Electronic Formats oleh Dr. Mary Ellen Guffey
melalui laman http://www.westwords.com/guffey/apa.html.
Maklumat lanjut bagi aspek-aspek lain seperti
bagimana merujuk sumber dari internet dalam penulisan boleh dicapai melalui
laman-laman web berikut:
Ê
Citing Electronic Sources Guide milik The American
Psychological Association melalui laman http://www.apastyle.org/elecref.html
Ê
Frequently Asked Questions about APA Style milik The
American Psychological Association melalaui laman http://www.apa.org/journals/faq.html
Ê
Using APA format
milik OWL Purdue University melalui laman
http://owl.english.purdue.edu/handouts/research/r_apa.html
Webliografi
Edwards, J. ( July 15
1998) The Good, the Bad and the Useless: Evaluating Internet Resources.
Ariadne [retrieve from]
<http://www.ariadne.ac.uk/issue16/ digital/> [18 Ogos 2001] |
Evaluating Web Sites: Criteria and Tools. (July
12 2001) [retrieve from] Reference Division, Olin Kroch Uris Libraries, |
Grassian, Esther. (6 September 200) Thinking
Critically about World Wide Web Resources [retrieve from] UCLA College
Library. <http://www.library.ucla.edu/
libraries/college/help/critical/index.htm>
[18 Ogos 2000] |
Gray, Terry A. How to Search the Web - A Guide To Search
Tools [retrieve from] |
Information Retrieval and the Internet. (31 Okt. 1997)
[retrieve from] |
ISO 690-2
Information and Documentation - Bibliographic References - Part
2: Electronic Documents or Parts Thereof. (20 Apr.2001) [retrieve
from] National
Library
|
Practical Steps in Evaluating Internet
Resources. (7 Mei. 1997) [retrieve from] |
Resources for Documenting Electronic Resources
(Jun 2001) [retrieve from] |
Smith, Alastair. (2
Mac 1997). Criteria for Evaluation Internet Information Resources. [retrieve from]. VUW Department of Library and Information
Studies, |
Ten C's For Evaluating Internet Sources (2001,
July 24) [retrieve from] McIntyre Library, University of Wisconsin-Eu Claire. <http://www.uwec.edu/library/ Guides/tencs.html> [18 Ogos 2001] |
Zhang, Xiwen. (April 1996) Doing Research Using Internet Resources-
Presentations in Paris and |