Tajuk:
Penguasaan Komunikasi Lisan di kalangan Guru-Guru Pelatih KPLD. Satu Tinjauan di maktab Perguruan Teknik.
Oleh
Rahmah bt. Idris
Jabatan Pendidikan, Maktab Perguruan Teknik
 
ABSTRAK


Kumpulan pelatih KPLD dipilih dalam kajian ini kerana mereka dianggap berminat dengan profesion perguruan setelah menceburi bidang pekerjaaan lain dengan mendapat gaji yang lebih tinggi. Pengalaman pekerjaan sebelum ini menunjukkan mereka mempunyai keyakinan diri yang kuat, tetapi pada masa yang sama mengaku mempunyai tahap komunikasi lisan yang rendah. Tujuan kajian adalah untuk mengetahui sama ada terdapat faktor lain yang mendorong mereka memilih bidang perguruan, dan di manakah kelemahan komunikasi lisan mereka. Dapatan menunjukkan minat merupakan faktor utama (72.0%) di samping megatakan menjadi guru sentiasa membuka minda (88.1%). Dalam menguji kemampuan komunikasi lisan mereka, semua andaian tentang tahap yang rendah mendapat jawapan positif, bermakna mereka mengakui ada kelemahan, tetapi sangat menyangkal andaian tentang tidak ada keyakinan diri. Bahkan 19.2 % telah tidak menjawab soalan ini. Segala persoalan yang terjawab dalam kajian ringkas ini telah menunjukkan kumpulan pelatih ini berbeza dengan pelatih-pelatih lain dari segi minat dan latar belakang komunikasi mereka.