Pengajaran Quran Berbantukan Komputer di Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur

 

Zakaria Ahmad

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral

 

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar-pelajar, pensyarah yang  menyampaikan pengajaran dan pensyarah-pensyarah  yang memerhati pengajaran terhadap pengajaran Quran berbantukan komputer; sama ada mendatangkan kebaikan kepada pelajar-pelajar dan pensyarah atau sebaliknya. Penggunaan CD komputer untuk pengajaran sebutan  makhraj huruf, mim mati/nun mati, hukum mad, makna ayat dan lagu dikaji. Pengajaran dalam bilik kuliah  sebanyak  dua sesi dalam tempoh dua minggu  melibatkan 40 orang pelajar bidang sains dan bidang teknologi maklumat. Metodologi pengajaran yang digunakan penggunaan CD komputer untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat sokongan adalah daripada maklum balas guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah pemerhati. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga pihak  bersetuju pengajaran Quran berbantukan komputer memberi kebaikan kepada pelajar dan pensyarah.  Sekiranya dibandingkan dengan kaedah tradisional   pelajar bersetuju bahawa kaedah pengajaran berbantukan komputer adalah lebih baik untuk pengajaran mim mati/nun mati, hukum mad, makna ayat dan lagu. Manakala  kajian mendapati kaedah tradisional lebih sesuai digunakan untuk mengajarkan makhraj.

 

Pendahuluan

Maktab perguruan merupakan institusi pendidikan yang bertanggung jawab  melatih bakal guru dan guru-guru yang sedang berkhidmat. Salah satu program yang terdapat di maktab perguruan ialah Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) khusus untuk para siswazah.  Mata-mata pelajaran untuk kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian:  Asas Dinamika Guru dan mata pelajaran pengkhususun. Dalam komponen Asas Dinamika Guru terdapat mata pelajaran Pendidikan Islam yang diwajibkan kepada semua pelajar beragama Islam. Mata pelajaran ini mengandungi empat bahagian: Aqidah, ibadah, akhlak dan tilawah Quran.

 

Pernyataan  masalah

Strategi pengajaran Quran yang selalu diamalkan ialah  pelajar  membaca, guru mendengar dan membuat teguran (talaqqi musyafahah), pelajar dan guru membuat ulangan (tikrar), dan hafazan.  Dengan perkembangan teknologi, kualiti kaedah pengajaran telah meningkat. Dalam hal ini  komputer merupakan  antara alat yang boleh digunakan untuk  memperdengarkan bacaan melalui peralatan compact disc (CD) dan Compact Disk Read-Only-Memory (CD-ROM). Walau bagaimanapun penggunaan kaedah ini perlu dikaji untuk memastikan kelebihannya kepada pensyarah dan pelajar. Kajian ini perlu dijalankan dalam bilik kuliah semasa proses pengajaran dan maklum balas daripada pelajar dan pengajar  serta pensyarah pemerhati  dapat memastikan kelebihan kaedah ini.

 

Objektif kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapat:

1. maklum balas daripada pelajar, pensyarah-pensyarah pemerhati dan pengajar (pensyarah) tentang kelebihan  penggunaan CD komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran;

2. maklum balas daripada pelajar terhadap  terhadap kelebihan penggunaan CD komputer berbanding  kaedah tradisional. 

 

Kepentingan kajian

Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada para pensyarah dan pelajar untuk mengajarkan Quran menggunakan CD komputer. Di samping itu kajian ini memberi keyakinan bahawa komputer ialah  alat bantu yang sesuai untuk meningkatkan kualiti pengajaran Quran.

 

Tinjauan literatur

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994. Sebanyak 15 buah sekolah rendah di negeri Selangor  telah terpilih untuk dijadikan projek rintis. Kementerian Pendidikan juga melaksanakan latihan sekolah bestari  untuk memperluas   penggunaan teknologi komputer.

Dengan penggunaan komputer  pelajar dapat  belajar sendiri dengan maklum balas yang cepat. Selain menjimatkan masa, maklum balas yang cepat juga dapat memberi peneguhan  positif kepada pelajar. Masalah kerenah guru juga dapat diatasi. Hal ini kerana komputer tidak mengenal jemu, penat, sakit hati dan sentiasa sabar. Justeru, penggunaan komputer sangat sesuai untuk pelajar yang kurang cerdas kerana mereka berpeluang melakukan pengulangan tanpa had.

Zoraini Wati Abas (1993)  menerangkan bahawa PBK memberi faedah kepada  guru  yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan kesuntukan masa untuk memberi perhatian kepada setiap pelajar. Pelajar yang terlalu pandai atau terlalu lemah memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Dalam hal ini, komputer dianggap alternatif utama yang  dapat membantu mengatasi masalah ini. Multimedia yang berasaskan komputer  mempunyai teks, grafik, bunyi, video, animasi, warna dan maklum balas. Secara tidak langsung hal ini memberi peluang kepada pelajar untuk memilih maklumat yang sesuai dengan topik.

                Tidak ada kajian yang berkaitan pengajaran Quran menggunakan komputer  setakat ini. Walau bagaimanapun terdapat kajian dalam bidang-bidang lain yang berkaitan PBK. Zoraini (1993) melaporkan bahawa terdapat kajian yang mendapati PBK berkesan untuk pembelajaran.

Vanhunted (1995) membuat kajian terhadap 63 orang pelajar  tahun pertama dalam bidang elektronik peringkat diploma. Mereka telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mempunyai kebolehan yang sama. Kumpulan pertama diberi kuliah dan tutorial dangan PBK. Kumpulan kedua diberi kuliah secara tradisional dan tutorial dengan teks yang diprogramkan, manakala kumpulan ketiga diberi kuliah secara tradisional sahaja. Kesemua kumpulan ini kemudiannya diberi ujian pencapaian. Pencapaian kumpulan pertama dan kedua adalah sama tetapi kumpulan ketiga adalah lebih rendah.

Kajian-kajian ini boleh dijadikan panduan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Justeru diharapkan pengajaran Quran menggunakan komputer memberi kesan yang lebih baik  berbanding kaedah pengajaran secara tradisional.

 

Metodologi kajian

Kedua-dua teknik kualitatif dan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini.

Pengajaran dijalankan menggunakan komputer sebagai alat bantu. Isi pengajaran tersebut terdapat dalam CD. Komputer disambungkan kepada Liquid Crystal Display (LCD) dan pembesar suara supaya dapat dilihat dan didengar oleh semua pelajar. CD tersebut  mengandungi ayat-ayat Quran surah-surah lazim dan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Kandungannya sesuai dengan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru (ADG) KPLI. Pengajaran dijalankan  selama dua minggu sebanyak dua kali  mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

      Keadah pengajaran yang digunakan untuk kedua-dua kali pengajaran adalah sama sahaja. Dengan bantuan CD komputer pensyarah memperdengarkan bacaan Quran Surah wa-Dhuha  untuk pengajaran kali pertama, surah al-Tin dan al-Qadar untuk pengajaran kali kedua. Apabila terdapat kesalahan pensyarah membuat teguran dan bimbingan secara lisan dan  menggunakan  CD. 

Semasa pengajaran dijalankan dua orang pensyarah Pendidikan Islam bertindak sebagai pemerhati.  Pensyarah-pensyarah dan pelajar akan memberi maklum balas terhadap penggunaan kaedah ini.  Pensyarah yang mengajarkan subjek ini pula akan membuat  refleksi tentang senario pembelajaran yang wujud di bilik kuliah.

 Respons daripada pelajar diperoleh melalui borang soal  selidik yang diedarkan selepas setiap kali pengajaran. Soalan-soalan ini dibina sendiri oleh  penyelidik dan diterangkan terlebih dahulu kepada mereka sebelum mereka menjawab supaya tidak timbul salah faham terhadap ayat.  Sementara itu  statistik Cronbach Alpha digunakan untuk  mengukur ketekalan dalaman bagi item-item dalam instrumen. Ketekalan dalaman ini adalah berdasarkan korelasi antara satu item dengan item yang lain dalam instrumen tersebut. Nilai Cronbach Alpha bagi keseluruhan instrumen ialah 0.93.

        Borang soal selidik bagi pelajar mengandungi 12 soalan. Soalan  1 hingga 10 bertujuan untuk mendapat  jawapan daripada pelajar terhadap pengajaran Quran berbantukan CD yang mereka baru alami  sama ada memudahkan mereka untuk mengikuti proses pembelajaran atau pun sebaliknya.  Soalan 1, 2, 3, 4 dan 10 adalah soalan umum mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran Quran manakala soalan 5, 6, 7, 8  dan  9 adalah khusus mengenai tajwid, makna ayat dan lagu  Quran. Soalan 11 adalah bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada pelajar tentang pengajaran menggunakan kaedah CD dibandingkan dengan kaedah biasa. Soalan ini  dipecahkan kepada lima bahagian dan jawapan adalah sekadar menandakan pada bahagian yang dipersetujui. Soalan 12  ialah soalan terbuka yang memerlukan pelajar menjawab sekurang-kurangnya  satu ayat.

        Jawapan daripada pensyarah-pensyarah pemerhati diperoleh melalui borang soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Borang ini mengandungi  enam soalan  dalam bentuk skala Likert . Soalan 1 hingga 3 mengenai kebaikan pengajaran Quran berbantukan CD komputer secara am, soalan 4 mengenai faedah kepada pensyarah, soalan 5 mengenai faedah yang diperoleh oleh pelatih manakala soalan 6 berkenaan faedah kaedah ini untuk membuat ulang kaji. Selepas selesai pengajaran, temu duga diadakan antara penyelidik dengan pensyarah pemerhati untuk mendapatkan  penjelasan terhadap setiap jawapan yang dipilh daripda enma soalan yang dikemukakan. Refleksi daripada pensyarah yang mengajar subjek ini  diperoleh melalui catatannya untuk menyokong maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan soal selidik.

 

Dapatan kajian

Pelajar-pelajar diminta memberi maklum  balas  terhadap pengajaran  berbantukan komputer  sama ada memberi kemudahan kepada mereka dalam proses pembelajaran ataupun sebaliknya. Mereka dikehendaki memberi maklum balas  berdasarkan skala 1 (tidak bersetuju) hingga 4 (sangat setuju).

Nilai min dalam Jadual 1 menunjukkan pelajar bersetuju bahawa penggunaan CD komputer memberi kebaikan kepada mereka dalam proses pembelajaran.  Pelajar-pelajar mempunyai persetujuan yang tinggi tentang keistimewaan CD komputer yang dapat memberi sebutan yang sama pada setiap kali ulangan. (M= 3.51; SD=0.51)  Mereka juga menunjukkan persetujuan yang tinggi terhadap  penggunaan CD komputer yang dapat  membantu penghuraian  ayat. (M=3.50; SD=0.49)

 

 

 

Jadual 1

Maklum Balas Pelajar-pelajar Tentang Pengajaran Quran Berbantukan Komputer

 

 

 

           BIL.

 

PERKARA

 

    N*

 

M

 

SD

 

 

  1

          Penggunaan CD Komputer menyenangkan pelajar-pelajar mempelajari Quran

 

33

 

  3.35

 

    0.46

 

  2

          Penggunaan CD Komputer membuat ulangan menyenangkan   pelajar-pelajar menyebut semula

 

33

 

  3.45

 

   0.44

 

  3

         Keistimewaan CD Komputer ialah sebutannya sama setiap kali  ulangan

 

34

 

  3.51

 

   0.51

 

  4

          Saya dapati pengajar kurang penat dengan menggunakan kaedah ini

 

34

 

  3.38

 

   0.51

 

  5

          Sebutan makhraj huruf dalam CD memudahkan saya menyebut semula

 

34

 

  3.32

 

   0.53

 

  6

          Sebutan nun mati/mim mati dalam CD memudahkan saya menyebut semula.

 

34

 

  3.41

 

   0.48

 

  7

          Makna ayat yang dibentangkan menggunakan CD dapat membantu pelajar-pelajar menyeneraikan pengajaran ayat

 

34

 

  3.50

 

   0.49

 

  8

          Sebutan huruf mad dalam CD yang sama pada setiap kali ulangan memudahkan pelajar-pelajar menyeburt semula.

 

34

 

  3.37

 

   0.41

 

  9

          Bacaan lagu Quran dalam CD memudahkan saya menyebut semula

 

34

 

  3.35

 

   0.49

 

 10

          Pengajaran Quran menggunakan CD menyenangkan pelajar-pelajar mengulangkaji bacaan Quran.

 

34

 

  3.53

 

   0.58

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

* NOTA: N tidak tetap kerana ada pelajar-pelajar yang  tidak menjawab.

 

        Jadual 2 menerangkan tentang maklum balas pelajar-pelajar terhadap pengajaran Quran berbantukan komputer untuk perkara khusus dan am. Perkara khusus yang dimaksudkan ialah penggunaan CD komputer untuk pengajaran makhraj huruf, hukum mim mati/nun mati, hukum mad, makna ayat dalam bahasa Melayu dan lagu Quran. Perkara am pula ialah mengenai faedah pengajaran berbantukan  CD komputer secara umum.

 

Jadual 2

Maklum Balas Guru-Guru Pelatih terhadap Pengajaran Quran Berbantukan Komputer

untuk Perkara Umum dan Khusus

 

 BIL

PERKARA

N*

M

 SD 

    1.

 Perkara khusus mengenai hukum tajwid, lagu dan terjemahan ayat. (Soalan 5, 6, 7, 8 dan 9)

 

34

3.28

0.57

   2.

         Perkara umum mengenai penggunaan komputer dalam  pengajaran. (soalan 1, 2, 3, 4 dan 10)

32

3.29

0.54

 

 

 

 

 

  

 

·         NOTA: N  tidak tetap kerana ada guru-guru pelatih  yang  tidak menjawab.

 Nilai min menunjukkan pelajar-pelajar bersetuju bahawa pengajaran berbantukan CD komputer memudahkan pembelajaran Quran secara umum dan khusus. Nilai min untuk perkara khusus ialah 3.28 dan perkara umum ialah 3.29.

Jadual 3 menerangkan tentang perbandingan maklum balas daripada pelajar terhadap pengajaran berbantukan komputer dengan kaedah biasa. Kaedah biasa ialah pengajaran  dengan menggunakan mulut dan lidah  pengajar tanpa alat bantu mengajar. Kaedah berbantukan komputer adalah seperti yang telah dijelaskan. Jadual 3 menunjukkan bahawa kaedah berbantukan komputer yang mendapat pilihan tertiggi ialah pembentangan makna ayat dengan peratusan 61% manakala bahagian yang mendapat pilihan paling rendah ialah makhraj huruf dengan mendapat peratusan 37.5%.

 

Jadual 3

Maklum Balas pelajar-pelajar terhadap Pengajaran Berbantukan Komputer CD

dibandingkan dengan Kaedah Biasa

  

 

    Bil

 

Perkara

 

 

N

 

 

Kaedah

biasa

 

Kaedah

CD

Tiada

      perbezaan

     1.

          Sebutan makhraj huruf

36

18

(50%)

13.5

(37.5%)

4.5

(12.5%)

    2.

          Sebutan nun mati/mim mati

  36

12.5

(34.7%)

17.5

(48.6%)

6

(16.7%)

    3.

          Sebutan mad

36

12

(33%)

16.5

(45.8%)

7

(19.4%)

   4.

          Pembentangan makna ayat

  36

9

(25%)

22

(61%)

5

(13.9%)

   5.

          Sebutan lagu ayat

36

8.5

(23.6%)

20

(55.5%)

7.5

(20.8%)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesimpulannya ialah majoriti pelajar-pelajar memilih kaedah komputer lebih baik daripada kaedah biasa untuk pengajaran nun mati/mim mati, mad, makna ayat dan lagu ayat atau sekurang-kurangnya tiada perbezaan tetapi bahagian mahkraj huruf sebahagian besar memilih kaedah biasa.

       Catatan pelajar menunjukkan bahawa mereka mendapati penggunaan komputer menjimatkan masa dan kos dan juga adalah lebih anjal. Ramai yang menyatakan penggunaan  komputer lebih menarik dan mudah difahami. Ada pula yang berpandangan gabungan daripada kedua-dua kaedah ini adalah lebih baik.

Ramai yang berpendapat  kaedah penggunaan komputer memerlukan inisiatif dan motivasi yang kuat daripada pelajar-pelajar  dan  sesuai untuk orang yang mempunyai pengetahuan asas dalam bidang komputer. Ada juga pelajar yang berpendapat bahawa kaedah  CD tidak dapat membuat teguran apabila mereka melakukan kesalahan. Secara perbandingan penggunaan kaedah biasa membolehkan kesalahan boleh ditegur dengan serta merta.

Kedua-dua pensyarah pemerhati bersetuju bahawa penggunaan komputer menyenangkan pensyarah untuk menjalankan pengajaran Quran kerana sebutan dalam CD komputer sama setiap kali ulangan dan  penggunaan komputer  mengurangkan kepenatan pensyarah. Walau bagaimanapun ada pensyarah yang mengatakan kelemahan komputer ialah gangguan terhadap tugas pensyarah untuk membuat ulangan.

        Kedua-dua pensyarah bersetuju bahawa penggunaan  komputer  menyenangkan pensyarah untuk menerangkan makhraj huruf, mim mati, nun mati, hukum mad, lagu Quran dan makna ayat. Mereka juga bersetuju bahawa penggunaan komputer menyenangkan pelajar-pelajar untuk menyebut semula makhraj huruf, mim mati, nun mati, hukum mad, lagu Quran dan makna ayat. Mereka berdua juga bersetuju bahawa penggunaan  komputer  menyenangkan  pelajar-pelajar  untuk membuat ulangkaji. Mereka menyebut bahawa masalah-masalah teknikal  komputer dan CD komputer  menyusahkan pensyarah untuk menjalankan pengajaran.

  

Catatan pensyarah menunjukkan penggunaan CD komputer secara amnya sangat menyenangkan pensyarah untuk menjalankan pengajaran Quran kerana dapat mengulangi bacaan tanpa menggunakan suara sendiri dan sebutan CD pula adalah sama setiap kali ulangan tanpa berlaku perubahan suara seperti serak, gagap dan tidak bermaya. Penggunaan CD juga mengurangkan kepenatan suara dan fizikal.

   Penggunaan CD secara khususnya menyenangkan pensyarah  menerangkan makhraj huruf, hukum nun mati, mim mati, hukum mad, lagu Quran dan makna-makna ayat. Pensyarah tidak perlu menulis makna ayat serta menjimatkan masa dan tenaga pensyarah. Lagu Quran juga dapat diterangkan dengan mudah walaupun pengajar tidak mempunyai suara yang sedap.

   Pensyarah berpendapat kaedah ini amat memudahkan pelajar membuat ulangkaji kerana mereka boleh melakukannya pada bila-bila masa tanpa perlu meminta bantuan daripada pensyarah dengan syarat mereka mengetahui cara komputer beroperasi dan mempunyai kemudahan untuk menggunakan komputer seperti  memiliki komputer sendiri atau berhampiran   makmal komputer .

  Pensyarah  mendapati  masaalah-masalah  teknikal  komputer menyusahkan pelaksanaan pengajaran iaitu  kesukaran memasang alat LCD kepada komputer, alat LCD yang terhad  yang kadang-kadang penggunaannya bertembung dengan aktiviti lain, masalah bilik yang tidak sesuai dengan LCD dan masalah kesesuaian komputer dengan cakera padat.

 
Perbincangan

Penggunaan komputer dalam pengajaran Quran mendatangkan kebaikan kepada guru-guru pelatih. Kebaikan penggunaan komputer dibuktikan juga oleh Vanhunted (1995) dan  Koenigs (tanpa tarikh) seperti diterangkan dalam bab yang lepas. Kajian Vanhanted (1995) mendapati pencapaian pelajar lebih baik apabila pengajaran eletronik  dibantukan dengan komputer. Kajian Koenigs pula  mendapati  pengajaran senibena lanskap yang dibantukan dengan komputer menghasilkan perubahan yang baik kepada pelajar. Sementara itu T. Zawawi  (tanpa tarikh) berpendapat pengajaran  matematik berbantukan komputer  menyenangkan pelajar untuk memahami konsep matematik.

 Penggunaan komputer sebagai alat bantuan pengajaran Quran dalam bidang tajwid, mad,  makna ayat dan lagu Quran  yang telah dibuktikan baik sepatutnya dipertimbangkan oleh pensyarah-pensyarah dan guru-guru  sebagai  satu  alat bantuan pengajaran  pilihan. Selain daripada berfaedah kepada guru-guru  ianya juga dapat digunakan oleh pelajar-pelajar untuk mengulangkaji  bacaan  di rumah tanpa perlu bantuan guru atau terpaksa ke kelas tambahan. 

Pengajaran lagu secara tradisional bergantung kepada keupayaan pensyarah. Walau bagaimanapun bukan semua pensyarah mempunyai bakat semula jadi yang boleh membaca Quran dengan  lagu-lagu yang menarik. Oleh itu bantuan komputer sangat diperlukan kerana mereka dapat memperdengarkan lagu serta tulisannya. Mereka juga dapat mengulangkan bacaan tanpa diganggu kepenatan fizikal dan suara yang  serak.

Kajian ini mendapati bahawa bahagian makhraj huruf lebih baik menggunakan kaedah biasa/tradisional.  Namun begitu saya berpendapat gabungan kaedah biasa dengan kaedah komputer  lebih baik. Ini kerana kaedah biasa dapat menunjukkan cara-cara sebutan yang betul  hasil  daripada gerakan lidah dan mulut tetapi untuk mengulangi  sebutannya acapkali  akan  memenatkan. Ketika inilah   bantuan komputer diperlukan.

Masalah-masalah teknikal komputer dan LCD  yang menyusahkan pensyarah untuk menjalankan pengajaran (seperti disebutkan dalam dapatan kajian ini) bukanlah masalah yang besar sehingga menghalang penggunan komputer dalam pengajaran. Masalah ini dapat diatasi dengan persediaan lebih awal sebelum kelas dimulakan.

Pensyarah-pensyarah  khususnya pensyarah pendidikan Islam perlu mengubah sikap  terhadap  keperluan  kemahiran komputer.  Mereka  sepatutnya  mendalami aspek-aspek teknikal komputer, LCD, dan  yang lebih penting  menguasai kemahiran  perisian pengarangan komputer. Mereka juga perlu berkorban wang ringgit untuk memiliki komputer jenis laptop dan LCD supaya penggunaannya dapat dilakukan pada  bila-bila masa.

 

Pihak maktab dan Bahagian Pendidikan Guru perlu memberi kursus kepada pensyarah-pensyarah dalam bidang kemahiran komputer  yang terkini  supaya mereka  dapat menerapkannya  dalam pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu LCD dan bilik-bilik tayangan  yang sesuai dengan LCD perlu difikirkan penambahan sekiranya mempunyai kewangan yang mencukupi.

Kajian lanjutan perlu dijalankan di sekolah-sekolah rendah dan menengah supaya dapatan kajian dapat  menggambarkan  kesesuaian  penggunaan  komputer  dalam  pengajaran dan pembelajaran Quran  di peringkat sekolah.  Item-item  kajian perlu diperincikan supaya hasil kajian dapat menggambarkan keseluruhan  aspek bacaan Quran.

 

Kesimpulan dan cadangan 

Dapatan-dapatan kajian ini dapat dirumuskan seperti yang berikut:

1.  Ketiga-tiga pihak iaitu  pelajar, pensyarah pemerhati dan pengajar bersetuju bahawa pengunaan CD kompter untuk pengajaran Quran memudahkan pelajar-pelajar mempelajari makhraj huruf, hukum mim mati/nun mati, hukum mad, makna ayat dalam bahasa Melayu dan lagu Quran.

2.  Ketiga-tiga pihak tersebut bersetuju bahawa penggunaan CD komputer secara amnya menyenangkan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran Quran kerana sebutan CD komputer sama setiap kali ulangan dan memudahkan ulangkaji.

3.  Ketiga-tiga pihak tersebut bersetuju bahawa penggunaan CD komputer dapat mengurangkan  kepenatan pensyarah.

4.  Majoriti pelajar-pelajar memilih kaedah komputer untuk pengajaran sebutan mim mati/nun mati,  sebutan mad, makna ayat, dan lagu Quran daripada kaedah biasa. Walau bagaimanapun bagi bahagian

     makhraj huruf majoriti memilih kaedah biasa sebagai lebih baik  daripada  kaedah komputer.

5Pengajar dan pensyarah  pemerhati  berpendapat bahawa  masalah-masalah teknikal komputedan pemasangan LCD  menyusahkan pensyarah untuk menyampaikan  pengajaran.

 

BIBLIOGRAFI

Koenigs, D. M. (tanpa tarikh). Computer assisted instruction as an effective addition  to classroom teaching of run off modeling. Retrieved August 1, 2002, from http://http://uk.google.yahoo.com/bin/queryuk.google.yahoo.com/bin/query uk?p=computer +assisted +instruction.

Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. (tanpa tarikh). Retrieved July 20, 2002 from http://uk.google.yahoo.com/bin/query uk?p= pengajaran+berbantukan+ komputer.

Pengajaran pembelajaran berbantukan Komputer (PPBK). (tanpa tarikh). Retrieved July 1, 2002 from http://uk.google.yahoo.com/bin/query uk?p= pengajaran+berbantukan+ komputer. 

Somsin Vangkhuntod (1995). A comparative study of learning achievement on  combination circuits in digital techniques by means of computer assisted instruction and programmed text of the student with and without tutoriol lessonsRetrieved June 30, 2002 from http://uk. Google. Yahoo.com/bin/query uk?p= computer +assisted+instruction.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan pelajaran kursus perguruan lepas ijazah: Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.

Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (tanpa tarikh).  Peranan komputer dalam

pendidikan Matematik.  Retrieved June 15, 2002 from Http://uk.google.yahoo.com/bin/query uk?p= pengajaran+ Berbantukan+ komputer.      

Zoraini Wati Abas (1993).  Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.