Kesan Program Latihan Kecergasan Fizikal Terhadap Kecergasan Pelajar Kursus Diploma Perguruan Malaysia Minor Pendidikan Jasmani

 Oleh: Lee Ley Hua, Unit Pendidikan Jasmani,


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada Program Latihan Kecergasan Fizikal (PLKF) dapat membantu dalam peningkatan tahap kecergasan pelajar Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)minor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kajian juga bertujuan menentukan sama ada jantina merupakan faktor dalam peningkatan tahap kecergasan melalui PLKF. Peserta kajian terdiri daripada 19 orang pelajar KDPM minor PJK, iaitu 11 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan. Peserta kajian telah menjalani PLKF selama 3 bulan. Satu Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan telah dijalankan sebelum dan selepas PLKF. Keputusan kajian menunjukkan bahawa PLKF dapat membantu dalam peningkatan tahap kecergasan fizikal pelajar KDPM minor PJK, mana kala jantina bukan faktor yang mempengaruhi peningkatan tahap kecergasan fizikal pelajar. Cadangan untuk kajian lanjut juga dihuraikan.

Bersenam merupakan suatu amalan yang baik untuk diri dan perlu dijadikan salah satu daripada aktiviti hidup yang berterusan. Dengan senaman atau latihan fizikal yang sistematik lagi teratur, kecergasan fizikal dapat dikekalkan dan dipertingkatkan, seterusnya dapat membantu individu untuk mengurangkan tekanan hidup dalam pengurusan kehidupan seharian.

Sikap yang baik berhubung dengan keperluan untuk memperoleh dan mengekalkan kecergasan fizikal dapat dibina dengan berkesan melalui program pembangunan pendidikan jasmani yang sistematik.

Tingkah laku individu yang sempurna adalah berdasarkan perhubungan antara pergerakan, emosi dan sosial serta inteleknya. Morgan (1987), menyatakan bahawa perkaitan faktor-faktor di atas saling bergantung antara satu dengan yang lain. Salah satu faktor boleh mempengaruhi faktor-faktor yang lain secara positif atau disebaliknya. Banyak kajian dan pemerhatian telah melaporkan tentang hubungan yang positif antara tret motor dengan pencapaian akademik, tetapi terdapat sedikit sahaja bukti bahawa intelek dan psikomotor mempunyai korelasi. Walau bagaimana pun bukti ada menunjukkan bahawa potensi pembelajaran individu boleh diperkukuhkan atau dilenyapkan oleh tahap kecergasan mereka. Ini bermakna seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik juga akan mempunyai tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding dengan seseorang yang mempunyai tahap kecergasan yang rendah (Clarke, 1979)

Daripada dapatan kajian-kajian yang lepas, sangatlah penting untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat umumnya dan pelajar  di maktab khususnya tentang kepentingan kecergasan fizikal. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kecergasan fizikal guru pelatih dan menentukan sama ada tahap ini boleh ditingkatkan melalui Program Latihan Kecergasan Fizikal di maktab.

Objektif Kajian

 Soalan Kajian

·        Apakah taburan skor tahap kecergasan pelajar KDPM minor PJK seperti  yang diukur oleh Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ?

·        Adakah Program Latihan Kecergasan Fizikal membawa kesan yang signifikan kepada peningkatan tahap kecergasan pelajar KDPM minor Pendidikan Jasmani seperti yang diukur oleh UKJK ?

·        Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan tahap kecergasan antara pelajar KDPM lelaki dan perempuan minor PJK seperti yang diukur oleh UKJK ?

 Limitasi Kajian

Bilangan peserta kajian ini adalah sedikit sahaja iaitu hanya seramai 19 orang yang terdiri daripada 11 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Ini adalah kerana ambilan pelajar KDPM minor PJK pada tahun itu hanya satu unit sahaja. Peserta kajian hanya terdiri daripada kalangan pelajar     maktab sahaja. Oleh itu dapatan kajian tidak boleh menginferenkan populasi secara umum.

 Kepentingan Kajian

Tahap kecergasan yang baik dapat membantu meningkatan perlakuan kemahiran dalam sukan serta pengurusan diri yang lebih baik dalam kehidupan harian. Oleh itu, tahap kecergasan fizikal amat penting bagi pelajar KDPM minor PJK. Kajian ini membantu memperkukuhkan pendapat bahawa PLKF yang terancang dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal secara umumnya. 

 Definisi Operasi Istilah

1.   Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) – Ujian yang digunakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menilai aspek-aspek penting dalam kecergasan fizikal.

2.   Program Latihan Kecergasan Fizikal (PLKF) – Program latihan yang diubahsuai daripada Sports Medicine, Exercise and Fitness (1988).           

3.   Tahap kecergasan fizikal pangkat emas –   Mencapai   skor 21 ke atas dalam UKJK.

4.   Tahap kecergasan fizikal pangkat perak –   Mencapai skor daripada 15 hingga 20 dalam UKJK.

5.   Tahap kecergasan fizikal pangkat gangsa – Mencapai   skor   daripada 6 hingga   14 dalam UKJK

 Metodologi

 Kajian ini menggunakan suatu ujian fizikal yang dipanggil Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk memperoleh data dan suatu PLKF yang terancang. Pengumpulan data dalam penyelidikan ini tertumpu kepada data tentang tahap kecergasan dan kesan PLKF terhadap pelajar Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur.

 Reka Bentuk Kajian

Di peringkat awal, UKJK ditadbirkan untuk memperoleh skor pra bagi tahap kecergasan. Ini diikuti dengan PLKF yang terancang selama 3 bulan.(Rujuk Jadual 1) Selepas itu UKJK ditadbirkan sekali lagi untuk memperoleh skor pasca bagi tahap kecergasan.

 Persampelan

                Peserta kajian ini terdiri daripada 19 orang pelajar KDPM semester 3 ambilan Jun 1999 minor PJK di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan.

Instrumen

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan

Enam aktiviti kecergasan yang diuji dalam ujian ini adalah :

·         Bangun tubi

·         Duduk dan jangkau

·         Lompat jauh berdiri

·         x 10M Lari ulang alik

·         Mendagu (L) dan ‘Inclined flexed-arm hang’ (P)

·         Lari 2.4 KM

Instrumen ini diambil dari Kementerian Belia dan Sukan (1987) yang digunakan untuk program kecergasan jasmani kebangsaan. Berikut adalah penerangan mengenai setiap aktiviti yang diuji dalam UKJK.

Program Latihan Kecergasan Fizikal

Program latihan ini dirancang untuk meningkatkan tahap  kecergasan keseluruhan peserta kajian. Latihan aerobik dalam program ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular. Latihan litar bertujuan untuk meningkatkan tahap kelenturan, ketangkasan, koordinasi, kekuatan dan kelajuan. Manakala latihan jeda adalah untuk meningkatkan dayatahan anerobik, dayatahan otot, kelajuan dan keupayaan bagi menampung darah laktik.  Aktiviti dan jumlah masa bagi setiap latihan dalam PLKF disenaraikan dalam Jadual 1.

 Jadual 1

Program Latihan Kecergasan Fizikal 

 

Hari

 

Aktiviti

Masa Diperlukan (Min)

Jumlah Masa

(Min)

1

‘Warm up jogging’ dan regangan

Latihan aerobik – jog / lari 

      (3-5Km)

Latihan Litar

Gerak kendur

5 – 10

 

30 – 45

15 – 30

10 – 15

5 – 10

 

35 – 55

50 – 85

60 – 100

2

‘Warm up jogging’ dan regangan

Latihan Jeda dan latihan litar

Gerak kendur

5 – 10

30 – 60

10 – 15

5 – 10

35 – 70

     45 – 85

3

Ulang aktiviti hari pertama

 

60 - 100

60 – 100

 

4

Ulang aktiviti hari kedua

45 - 85

45 – 85

 

5

Ulang aktiviti hari pertama

 

60 - 100

60–100

Jumlah masa latihan 5 hari seminggu = 4 jam 30 minit hingga 7 jam 50 minit.

Sumber: diubahsuai dari Sports Medicine, Exercise and Fitness (1988)

Pentadbiran Instrumen

UKJK dijalankan sebanyak 2 kali sebagai ujian pra dan ujian pasca. Kedua-dua ujian pra dan ujian pasca dijalankan pada waktu pagi untuk mengurangkan kesan pembolehubah yang mungkin berlaku. Peserta kajian dikehendaki menjalani aktiviti memanaskan badan selama lima belas minit sebelum ujian dan menjalani aktiviti menyejukkan badan selepas ujian. Keputusan ujian akan ditukar kepada skor mentah berdasarkan norma UKJK seperti dalam lampiran A dan B.

Masa di antara ujian pra dan ujian pasca ialah 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan ini peserta  kajian mengikuti PLKF yang terancang seperti dalam  Jadual 1. Penyelidik akan memantau latihan yang diberi kepada peserta kajian sekali seminggu.

Semua aktiviti ujian dijalankan berterusan secara berpasangan. Di mana pasangan peserta akan mengira dan mencatatkan skor yang diperoleh oleh rakan mereka dan sebaliknya.

Tafsiran data dan perbincangan

Peratus digunakan untuk menggambarkan taburan skor tahap kecergasan pelajar dalam UKJK. Data yang diperoleh dari ujian pra dan pasca dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa 36.8% peserta mencapai gred emas pada ujian pra di awal semester iaitu bulan Julai. 21.1% memperolehi gred Perak dan 36.8% mendapat gred  gangsa. Seorang lagi tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Jadual 2

Analisis Ujian Pra dan Pasca untuk Lelaki dan Perempuan

Jumlah mata

Pangkat

Ujian Pra

Ujian Pasca

Bilangan

Peratus  %

Bilangan

Peratus  %

21 ke atas

Emas

7

36.8

9

47.4

15 – 20

Perak

4

21.1

8

42.1

 6 – 14

Gangsa

7

36.8

2

10.5

 6  ke bawah

-

1

5.3

-

-

Jumlah

19

100

19

100

Ujian pasca yang dijalankan pada akhir semester, iaitu bulan Oktober tahun yang sama menunjukkan bahawa tahap kecergasan peserta lelaki dan perempuan telah meningkat. Bilangan peserta yang mencapai pangkat emas meningkat daripada 36.8% kepada 47.4% iaitu daripada 7 orang kepada 9 orang. Bagi pangkat perak pula, terdapat seramai 4 orang telah menunjukkan peningkatan. Ini bermakna pada ujian pasca 42.1% pelajar telah mencapai pangkat perak. Bilangan peserta yang mencapai pangkat gangsa  telah menurun daripada 36.8% kepada 10.5% dan tiada peserta yang berada di bawah tahap yang dikehendaki. Ini menunjukkan bahawa peserta lelaki dan perempuan KDPM minor PJK telah menunjukkan peningkatan selepas PLKF yang terancang. 

Daripada data yang dipaparkan dalam Jadual 3 mengenai tahap kecergasan peserta lelaki yang seramai 11 orang, didapati seramai 36% sememangnya sudah mempunyai tahap kecergasan yang baik di awal semester. Mereka telah memperolehi jumlah mata sebanyak 21 ke atas dan mencapai pangkat Emas. Peserta yang memperolehi jumlah mata 15 ke atas iaitu pangkat Perak hanya 18% sahaja, manakala seramai 46% memperolehi jumlah mata 6 ke atas iaitu pangkat Gangsa.

Jadual 3

Analisis Ujian Pra dan Pasca untuk Lelaki

Jumlah mata

Pangkat

Ujian Pra

Ujian Pasca

Bilangan

Peratus  %

Bilangan

Peratus  %

21 ke atas

Emas

4

36

6

55

15 – 20

Perak

2

18

4

36

 6 – 14

Gangsa

5

46

1

9

Jumlah

11

100

11

100

Pada ujian pasca yang dijalankan pada akhir semester, didapati 55% telah berjaya mendapat pangkat Emas berbanding dengan 36% pada awal semester. Bagi jumlah mata 15 ke atas pula, didapati seramai 2 orang telah menunjukkan peningkatan. Ini bermakna selepas program latihan, seramai 36% telah mencapai pangkat Perak, manakala bagi jumlah mata 6 ke atas telah menurun kepada seorang sahaja. Ini menunjukkan bahawa hanya seorang  sahaja yang tidak menunjukkan peningkatan selepas latihan..     

Berdasarkan Jadual 4, Bagi 8 orang peserta perempuan, terdapat 38% yang telah mempunyai tahap kecergasan yang baik iaitu memperolehi jumlah mata 21 ke atas dan mencapai pangkat Emas. Hanya 25% iaitu 2 orang yang memperolehi jumlah mata 15 ke atas dan mencapai pangkat Perak, manakala terdapat 25% yang memperolehi jumlah mata 6 ke atas dan mencapai pangkat Gangsa. Walau bagaimana pun terdapat seorang peserta 12% yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Keputusan ini diperolehi semasa ujian pra pada awal semester.

 Jadual 4               

Analisis Ujian Pra dan Pasca Untuk Perempuan 

Jumlah mata

Pangkat

Ujian Pra

Ujian Pasca

Bilangan

Peratus  %

Bilangan

Peratus  %

21 ke atas

Emas

3

38

3

38

15 – 20

Perak

2

25

4

50

 6 – 14

Gangsa

2

25

1

12

6 ke bawah

 

1

12

-

-

Jumlah

8

100

8

100

 Ujian pasca yang dijalankan pada bulan Oktober tahun yang sama telah menunjukkan bahawa bilangan peserta yang mencapai pangkat Emas tidak berubah iaitu kekal 38%, manakala 50% telah memperolehi jumlah mata 15 ke atas dan mencapai pangkat Perak. Hanya seorang sahaja yang masih memperolehi pangkat Gangsa pada ujian pasca.  Rajah 3 menunjukkan perbandingan skor ujian pra dan pasca peserta perempuan secara grafik. Peratus yang meningkat menunjukkan bahawa terdapat kesan yang positif ke atas tahap kecergasan pelajar selepas PLKF.

Ujian t digunakan untuk menentukan sama ada PLKF membawa kesan yang signifikan kepada peningkatan tahap kecergasan pelajar. Analisis ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada p < 0.01 antara skor pra dan pasca UKJK. Dapatan ini menunjukkan bahawa PLKF memberi kesan yang signifikan kepada tahap kecergasan peserta kajian pada keseluruhannya. Sungguh pun demikian, perbezaan yang signifikan pada p < 0.05 antara skor pra dan pasca UKJK diperoleh oleh peserta lelaki sahaja.

 Jadual 5

Keputusan Ujian-t  Antara Skor Pra Dan Pasca UKJK

 

Jantina

 

n

Skor Pra UKJK

Skor Pasca UKJK

 

t

min

Sisihan piawai

min

Sisihan piawai

Lelaki  & Perempuan

19

16.63

6.46

18.95

4.64

3.027*

Lelaki

11

17.18

5.88

19.18

4.12

2.75ø

Perempuan

8

15.88

7.53

18.63

5.55

1.74

Nota :                      Skor mentah digunakan untuk ujian t       * P < 0.01            øP < 0.05

Ini bermakna PLKF yang dirancangkan itu hanya dapat meningkatkan tahap kecergasan peserta lelaki sahaja. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan peserta perempuan tidak mengikuti program latihan dengan sepenuhnya selepas ujian pra. Pemerhatian ini mungkin juga disebabkan oleh keadaan fisiologi mereka semasa mereka menjalani ujian pasca.

Perbandingan peratus digunakan untuk menentukan sama ada jantina merupakan faktor dalam peningkatan tahap kecergasan melalui PLKF. Jadual 6 menunjukan bahawa tahap kecergasan peserta lelaki dan perempuan semasa ujian pra adalah lebih kurang sama sahaja, iaitu di antara 36% dan 38% mencapai pangkat Emas; 18% dan 25% mencapai pangkat Perak; manakala 46% dan 25% mencapai pangkat Gangsa. Keputusan ujian pra  telah menunjukkan bahawa tahap kecergasan kedua-dua peserta lelaki dan perempuan cenderong kepada pangkat Perak dan Gangsa. Sebagai seorang guru pendidikan jasmani yang cergas mereka sepatutnya memperolehi pangkat Perak atau pangkat Emas dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan.

Jadual 6

Perbandingan Peratus Ujian Pra Antara Lelaki dan Perempuan

Jumlah mata

Pangkat

Ujian Pra

Perbezaan %

Lelaki %

Perempuan %

21ke atas

Emas

36

38

2

15 – 20

Perak

18

25

7

6 – 14

Gangsa

46

25

19

6 ke bawah

-

-

12

12

 

 

100

100

 

Selepas mengikuti PLKF yang dirancangkan selama 3 bulan, ujian pasca dijalankan. Keputusan ujian pasca dalam Jadual 7 menunjukkan bahawa peserta lelaki yang mencapai pangkat Emas telah meningkat ke 55% berbanding dengan 36% semasa ujian pra. Manakala 38% peserta perempuan mencapai pangkat Emas. Bagi pangkat Perak pula, peratus tahap kecergasan peserta lelaki telah meningkat 2 kali ganda iaitu dari 18% kepada 36%. Peserta perempuan juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 25% kepada 50%. Manakala peratus kedua-dua peserta lelaki dan perempuan yang mencapai pangkat Gangsa telah menurun dari 46% kepada 9% dan 25% kepada 12%.

 Jadual 7

Perbandingan Peratus Ujian Pasca Antara Lelaki dan Perempuan

Jumlah mata

Pangkat

Ujian Pasca

Perbezaan %

Lelaki %

Perempuan  %

21ke atas

Emas

55

38

17

15 – 20

Perak

36

50

14

6 – 14

Gangsa

9

12

3

6 ke bawah

-

-

-

-

 

 

100

100

 

             Keputusan yang meningkat ini telah menunjukkan bahawa PLKF yang dirancangkan telah membawa kesan ke atas tahap kecergasan kedua-dua jantina peserta kajian.  Di sini boleh dirumuskan bahawa tahap kecergasan peserta kajian sama ada lelaki atau perempuan dapat dipertingkatkan melalui program latihan kecergasan yang terancang.

Ujian t sekali lagi digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan tahap kecergasan antara perlajar lelaki dan perempuan. Daripada Jadual 8, didapati semua nilai statistik F adalah tidak signifikan. Ini bermakna kedua-dua peserta lelaki dan perempuan mempunyai varians yang homogen iaitu skor peserta lelaki mempunyai serakan yang hampir  sama dengan skor peserta perempuan. Oleh itu, ujian t boleh dijalankan. Kedua-dua statistik t bagi skor pra dan pasca UKJK didapati tidak signifikan pada p<0.05 atau p<0.01. Ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam  peningkatan tahap kecergasan antara peserta lelaki dan perempuan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa jantina bukan faktor yang mempengaruhi dalam peningkatan tahap kecergasan peserta kajian.  

Jadual 8

Min, Varians & Keputusan Ujian-ujian Kesignifikan Antara Min dan Varians Skor Pra & Pasca UKJK Lelaki dan  Perempuan.

Skor

Lelaki

n = 11

Perempuan

n = 8

Ujian Kesignifikan

Min

Varians

Min

Varians

F

t

 

Pra UKJK

 

17.18

 

34.57

 

15.88

 

56.70

 

0.186

 

0.43*

Pasca UKJK

 

19.18

16.97

18.63

30.80

0.424

0.25*

Nota: * Semua nilai t adalah tidak signifikan pada p <0.05 atau p <0.01

                 Ujian F menguji Kehomogenan Varians

                 Ujian t menguji kesignifikan perbezaan antara min.

Bagi pelajar yang mengikuti program pendidikan jasmani, kalau dibandingkan dengan pelajar pengkhususan lain, mereka perlu menunjukkan kebolehan fizikalnya untuk mencapai objektif sukatan KDPM minor PJK yang disediakan. Oleh itu, mereka perlu menjaga, mengekal dan meningkatkan tahap kecergasan mereka melalui PLKF. Ini dapat membantu mereka mencapai prestasi yang lebih baik di sepanjang pengajian mereka di maktab dan diharap akan berterusan apabila mereka keluar dari maktab nanti.

Rumusan

Secara keseluruhan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam skor tahap kecergasan pelajar KDPM minor PJK seperti yang diukur oleh UKJK. Program Latihan Kecergasan Fizikal yang dirancang juga telah memberi kesan yang signifikan kepada tahap kecergasan peserta kajian pada keseluruhannya. Walau bagaimana pun  statistik kajian menunjukkan bahawa PLKF yang dirancangkan itu hanya dapat meningkatkan tahap kecergasan peserta lelaki sahaja. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dalam peningkatan tahap kecergasan antara peserta lelaki dan perempuan. Ini bermakna jantina tidak merupakan faktor yang mempengaruhi peningkatan tahap kecergasan guru pelatih.

Cadangan

Peserta Kursus Diploma Perguruan Malaysia yang memohon untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani perlu menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan. Untuk mengekal dan meningkatkan kualiti guru pendidikan jasmani, hanya mereka yang mencapai gred perak dan gred emas sahaja layak diterima untuk mengikuti program tersebut.

Selain daripada itu, program latihan kecergasan yang terancang harus diadakan sepanjang pengajian mereka di maktab untuk mengekal dan meningkatkan tahap kecergasan mereka. Satu senarai semak juga hendaklah digubal untuk menyenangkan proses pemantauan latihan tersebut.

Program latihan kecergasan fizikal yang terancang bagi pelajar perempuan perlu dikaji dan direkabentuk semula supaya program tersebut dapat meningkatkan tahap kecergasan pelajar perempuan.

BIBLIOGRAFI

 Charles, B. C., & Ruth, L. (1990)  Concepts of Physical Fitness with Laboratories,. California; Wm.C. Brown Publisher.

Clarke, H. H. (1979)  Applikcation of Measurement to Health and Physical Education. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

 Dick, F. W. [1980]  Sports Training Principles. London: Lepus Books.

 Giam, C. K., & Teh, K. C. (1988)  Sports Medicine. Exercise and Fitness – A Guide For  Everyone. Singapore; PG   Publishing.

Kementerian Belia dan Sukan (1988) Buku Panduan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan. Kuala Lumpur.

 Morgan,  W.P., & Goldston, S.E. (1987) Exercise and Mental Health. New York: Hemisphere.

Montoye, H. J. (1978)  An Introduction to Meassurement in Physical Education. Boston:  Allyn and Bacon, Inc.

 Rousseau, P. (1989)  Exercise in the Elderly. Postgraduate Medicine 85 (1989):113

 Salmah, A. (1994)  Pergerakan Kreatif Dan Pendidikan. Petaling Jaya; Flo Enterprise.

 Sarjit Singh, B., & Sheikh Kamaruddin S. A. (1987)  Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1.  Petaling Jaya; Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia.

 Sarjit Singh, B., & Sheikh Kamaruddin S. A. (1987)  Buku Sumber Kecergasan  Fizikal Tahap 2.  Petaling Jaya; Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia.