Make your own free website on Tripod.com
 
Tajuk: : Belajar Matematik Seronok
Tahun dihasilkan : 1999
Maktab: Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur
Penyelidik:Cik Oon Boey Lay
Ketua Penyelidik : Cik Oon Boey Lay
ABSTRAK 1
Satu pelajaran di kelas Tahun I Sekolah Rendah Ward End, Birmingham. Pelajaran bermula dengan permainan nombor yang dikendalikan secara lisan. Kelas kemudiannya dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut kebolehan; satu kumpulan bersama guru kelas, satu lagi bersama pembantu guru dan satu kumpulan lagi bersendirian. Tugasan seperti menambah tiga nombor diberi. Kanak-kanak digalakkan untuk menggunakan pelbagai cara untuk merekodkan jawapan mereka: kubus unifix, melukis bintik-bintik, dan juga menulis simbol. Mereka dikehendaki mengira secara mental sejauh mana boleh. Pada 10 minit terakhir, sesi pleno diadakan. Kanak-kanak bercakap tentang apa yang telah mereka lakukan dan berbincang tentang apa yang telah dirancang untuk hari berikutnya (The Independent dipetik dari The Star; 5 September, 1999).