Persepsi Guru Pelatih KDPM Terhadap Perlaksanaan Program
Pendidikan Luar

Oleh:  Maznah Hassan, Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihata

1.1 Pengenalan

Dewasa ini program–program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat. Kelab–kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kementerian Belia dan Sukan khususnya “Unit Rakan Muda” memperuntukkan belanjawan yang besar untuk aktiviti–aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pada tahun 1993 semua Guru Pelatih Kursus Perguruan Asas ( KPA ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI ) diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar (PPL). Setiap maktab perguruan telah mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan Program Pendidikan Luar.

Walau bagaimana pun program tersebut telah dihentikan pada tahun 1996. Sejak itu hanya guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar.

Bagi pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia major Pendidikan Jasmani (KDPM –PJ), Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Semua guru pelatih Major PJ dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar selama 7 hari dan 6 malam. Program tersebut mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani guru pelatih KDPM-PJ.

Mengikut Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (1993 ), program ini bertujuan untuk mencapai objektif–objektif berikut :

  1. Merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti - aktiviti pendidikan luar;

  2. Menguasai kemahiran–kemahiran asas kegiatan luar mengikut kemampuan diri;

  3. Menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semulajadi termasuk isu alam sekitar;

  4. Meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman–pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza–beza;

  5. Membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa;

  6. Menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan, kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat petriotisme; dan

  7. Mengembangkan sifat–sifat kreatif dan inovatif serta membuat keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.

 Untuk mencapai objektif tersebut setiap maktab perguruan diberi peluang untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan luar mengikut kesesuaian masa, persekitaran serta kemampuan dari aspek kemudahan, peralatan dan kepakaran. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993 )

Aktiviti yang dirancang perlulah merangkumi aktiviti air, seperti berkayak, snorkeling, berakit, keselamatan air dan aktiviti di darat seperti perkemahan, kajian alam sekitar, abseiling, treking dan orientering.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih KDPM terhadap Program Pendidikan Luar. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi guru pelatih terhadap Program Pendidikan Luar daripada aspek :

  1. Perancangan aktiviti yang diperlukan untuk memenuhi keperluan Program Pendidikan Luar yang berkesan.
    Jumlah waktu yang sesuai untuk Program Pendidikan Luar yang berkesan.

  2. Jumlah waktu yang sesuai untuk Program Pendidikan Luar yang berkesan.

  3. Sama ada Program Pendidikan Luar dapat memberi pengalman baru yang berfaedah kepada guru pelatih KDPM sebagai bakal guru permulaan.

  4. Sama ada Program Pendidikan Luar untuk KDPM patut diteruskan.

1.5 Persoalan Kajian

 Kajian ini cuba menentukan persepsi guru pelatih KDPM terhadap Program Pendidikan Luar (PPL) daripada aspek :

  1. Adakah rancangan aktiviti yang disediakan dalam Program Pendidikan Luar (PPL) mencukupi untuk memenuhi keperluan guru pelatih sebagai guru permulaan?

  2. Adakah jangka masa Program Pendidikan Luar (PPL) yang dijalankan bersesuaian untuk keperluan kerjaya guru permulaan KDPM?

  3. Adakah Program Pendidikan Luar (PPL) dapat memberi pengalaman baru yang berfaedah kepada guru pelatih KDPM sebagai bakal guru permulaan?

  4. Adakah Program Pendidikan Luar (PPL) untuk guru pelatih KDPM patut diteruskan?

1.6  Kepentingan Kajian

Di sekolah, aktiviti berbentuk pendidikan luar mahu pun rekreasi merupakan salah satu cabang kokurikulum yang penting. Oleh itu penyediaan guru permulaan yang berkemahiran dalam pengurusan pengendalian aktiviti luar adalah amat penting.

1.7 Operasi Definisi Istilah

1. Program Pendidikan Luar (PPL) ialah program yang mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani guru pelatih KDPM-PJ.

2. Soal Selidik Persepsi Guru Pelatih terhadap Program Pendidikan Luar (SSP) ialah satu instrumen yang disediakan untuk kajian ini bagi menilai persepsi guru pelatih terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar.

Tinjauan Penulisan Berkaitan

Pendidikan Luar merupakan proses pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah. Keberkesanannya sesuatu pelajaran pendidikan luar banyak bergantung kepada alam semula jadi yang digunakan sebagai media bagi tujuan pembelajaran (Bahagian Pendidikan Guru, 1993). Pendidikan Luar juga melibatkan tiga domain penting, iaitu Domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor yang hanya akan tercapai melalui pengalaman secara langsung dan berterusan.

Menurut Whittaker ( 1983 ) Pendidikan Luar melibatkan aktiviti – aktiviti yang bersifat mencari ilmu secara tidak langsung seperti berlayar, abseiling, berkayak, ‘orienteering’, dan ‘rock climbing’ di mana kesemuanya melibatkan alam semula jadi seperti air, angin, batu, hutan dan sebagainya.

Shivers ( 1989 ) pula menyatakan bahawa Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi, yang banyak melibatkan alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula jadi tidak dapat dielakkan. Dalam proses pembelajaran melalui Pendidikan Luar, manusia mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat kebaikan daripada aspek pembelajaran melalui pengalaman.

Metodologi

3.1 Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 78 orang guru pelatih KDPM semester empat, iaitu 41 orang lelaki dan 37 orang perempuan.

3.2 Instrumen Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi membantu pelaksanaan Program Pendidikan Luar supaya program ini dapat dijalankan secara lebih berkesan.

Bagi memperoleh maklumat dalam kajian ini, semua guru pelatih yang terlibat dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar (PPL) dan menjawab soal selidik yang diedarkan.

3.2.1 Program Pendidikan Luar (PPL)

Satu Program Pendidikan Luar (PPL) selama 4 hari dan 3 malam telah dilaksanakan, bertempat di Teluk Batik, Lumut, Perak pada 21 hingga 24 April 1999. Aktiviti yang dijalankan meliputi Pendidikan Alam Sekitar, abseiling, kayak, perkemahan solo dan ‘camp-craft’.

3.2.2  Soal Selidik Persepsi Guru Pelatih Terhadap Program Pendidikan Luar (SSP)

Untuk mengetahui persepsi guru pelatih terhadap progam pendidikan luar yang diikuti, satu soal selidik yang mengandungi 40 soalan telah dibina. Semua guru pelatih dikehendaki menjawab soalan secara serentak sebaik sahaja tamat menjalani PPL. Guru pelatih dikehendaki mengembalikan soal selidik setelah tamat menjawab semua soalan.

Item – item mengandungi skor dari skala 1 hingga 5 iaitu :

Sangat bersetuju
Bersetuju
Tidak pasti
Kurang bersetuju
Tidak bersetuju

3.2 Prosedur Menganalisis Data

Data yang diperoleh dianalisis mengikut peratusan. Untuk tujuan menganalisis data item instrumen yang mempunyai 5 skala (ST, S, TP, KS, TS ) dikelompokkan kepada 3 skala iaitu:

Setuju (ST,S )

Tidak pasti (TP )

Tidak setuju ( KS, TS )

Maklum balas yang diperolehi dari setiap item akan membantu penyelidik menjawab soalan kajian. Jadual 1 menunjukkan item-item dalam Soal Selidik Persepsi Guru Pelatih Terhadap Program Pendidikan Luar (SSP) yang digunakan untuk mengukur setiap aspek Program Pendidikan Luar (PPL) yang dikaji dalam penyelidikan ini.

Analisis Data Dan Perbincangan

Bil

Aspek PPL

Item

1.

Perancangan aktiviti

3,4,5,6,9,12,13,14,20,29,30,33,34,35,36

2.

Jangka masa

32

3.

Pengalaman berfaedah

1,2,7,8,10,11,15,16,17,18,19,21,22,23,24,25,26,27,28,38,39,40

4.

Penerusan PPL

31

Jadual 1 Aspek PPL yang diukur oleh item-item dalam SSP

Jadual 2 memaparkan data yang dikumpul dengan menggunakan Soal Selidik Persepsi Guru Pelatih Terhadap Program Pendidikan Luar, SSP, bagi menjawab soalan kajian yang pertama, iaitu sama ada rancangan aktiviti yang disediakan dalam Program Pendidikan Luar, PPL, mencukupi atau tidak untuk memenuhi keperluan guru pelatih sebagai guru permulaan. Sebanyak 92% guru pelatih bersetuju bahawa aktiviti dalam Program Pendidikan Luar (PPL) perlu ditambah lagi. Dalam Soal Selidik Persepsi Guru Pelatih Terhadap Program Pendidikan Luar, SSP, guru pelatih telah diminta memberi persepsi mereka tentang beberapa aktiviti dalam program tersebut seperti Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar, Aktiviti Abseiling, Aktiviti Berkayak, Aktiviti Perkhemahan Solo dan Aktiviti Kerohanian.

Daripada persepsi guru pelatih, Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar nampaknya paling belum memenuhi keperluan mereka sebagai guru permulaan. Ini kerana seramai 52% guru pelatih berasa bahawa Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar adalah tidak mencukupi. Perasaan tidak puas di kalangan guru pelatih tentang Aktiviti Berkayak yang telah dirancangkan dicerminkan oleh 41% daripada guru pelatih tersebut yang tidak bersetuju bahawa aktiviti ini adalah mencukupi bagi keperluan mereka di sekolah kelak.

Aktiviti Kerohanian juga dipersepsikan sebagai tidak mencukupi dengan hanya 48% yang mengatakan rancangan aktiviti dalam PPL berupaya memenuhi kperluan mereka.

Aktiviti-aktiviti dalam PPL yang dipersepsikan dapat memenuhi keperluan guru pelatih sebagai guru permulaan ialah Aktiviti Perkhemahan Solo dan Aktiviti Abseiling. Pada pendapat seramai 79% guru pelatih, Aktiviti Perkhemahan Solo dirancang dengan baik dan teliti. Semua guru pelatih yang menjawab SSP bersetuju bahawa Aktiviti Abseiling sesuai untuk membina keyakinan diri. Guru pelatih juga mengatakan bahawa kemampuan fasilitator dalam pengendalian aktiviti ini adalah amat baik. Seramai 96% guru pelatih mengatakan bahawa langkah-langkah keselamatan yang diambil semasa Aktiviti Abseiling memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktiviti tersebut. Pemerhatian seperti ini melahirkan kemungkinan wujudnya perkaitan antara cara pelaksanaan sesuatu aktiviti dengan persepsi guru pelatih bahawa aktiviti berupaya memenuhi keperluan mereka sebagai guru permulaan.

Jadual 2 juga menunjukkan bahawa guru pelatih mengatakan aktiviti yang dirancang dalam PPL adalah sesuai dengan kemampuan diri mereka. Ini boleh dirumuskan daripada persetujuan 90% daripada guru pelatih ini tentang perkara tersebut. Seramai

88% daripada guru pelatih yang menjawab SSP berpendapat bahawa peralatan yang disediakan untuk PPL adalah sesuai dan selamat digunakan. Mereka juga mengatakan bahawa makanan yang dibekalkan adalah sesuai dan seimbang.

Soalan kajian yang kedua bertujuan menentukan sama ada jangka masa PPL bersesuaian atau tidak dengan keperluan kerjaya guru permulaan KDPM. Jadual 3 menunjukkan seramai 63% guru pelatih yang menjawab SSP berpendapat bahawa PPL selama 4 hari 3 malam tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan profesionnya. Hanya 26% yang bersetuju dan 12% yang tidak pasti. Dapatan ini membuka jalan bagi kajian lanjut tentang jangka masa PPL yang paling sesuai. Jangka masa ini mestilah merupakan suatu kompromi antara keperluan yang dipersepsikan oleh guru pelatih dengan kekangan daripada segi pentadbiran dan kewangan yang dihadapi oleh pihak maktab dan Bahagian Pendidikan Guru serta keperluan profesionalisme perguruan itu sendiri.

Tujuan soalan kajian yang ketiga adalah untuk menentukan sama ada PPL berupaya memberi pengalaman baru yang berfaedah kepada guru pelatih KDPM sebagai bakal guru permulaan. Hal seperti ini adalah petanda baik kepada semua pihak yang terlibat dengan PPL kerana 100% guru pelatih yang menjawab SSP berpendapat bahawa PPL secara keseluruhannya telah memberi manfaat kepadanya. Maklumat ini dipaparkan dalam Jadual 4. Sebanyak 99% guru pelatih berpendapat bahawa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh melalui PPL adalah berfaedah. Kebanyakan guru pelatih juga berpuas hati dan seronok menyertai keseluruhan program ini. Lapan puluh dua peratus guru pelatih yang telah melalui PPL ini menyatakan hasrat mereka untuk menjadi fasilitator program pendidikan luar jika diberi peluang. Akan tetapi hanya seramai 76% guru pelatih berasa yakin mereka dapat merancang dan mengelolakan program pendidikan luar di sekolah. Ini menunjukkan rancangan program aktiviti lanjutan untuk meningkatkan keyakinan diri amat diperlukan sebagai persediaan bagi bakal fasilitator PPL.

Aktiviti abseiling mendapat sambutan yang hebat daripada segi sebagai pengalaman baru kerana sebanyak 99% ingin melakukan lagi Aktiviti Abseiling. Guru pelatih juga gemar dengan Aktiviti Berkayak seperti yang ditunjukkan oleh seramai 96% daripada mereka yang berpendapat bahawa aktiviti ini berjaya memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru yang berguna kepadanya. Seramai 89% guru pelatih percaya dan yakin bahawa Aktiviti Perkhemahan Solo dapat membantunya menghadapi cabaran hidup masa depan. Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar dirasai oleh guru pelatih sebagai kurang memuaskan berbanding dengan aktiviti-aktiviti lain seperti yang dicerminkan oleh hanya 59% daripada mereka berpendapat mereka lebih peka dan prihatin terhadap keindahan dan kekayaan flora dan fauna di kawasan persekitaran setelah mengikuti Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar dalam PPL. Peratus guru pelatih yang mengatakan Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar telah memberi pengetahuan dan pengalaman yang baik dan berguna kepadanya adalah paling rendah berbanding dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Peratus itu hanya 82%. Oleh itu adalah penting komponen ini dalam PPL dikaji semula; baik daripada segi kandungan mahu pun cara pelaksanaan.

Soalan kajian keempat dan terakhir cuba menentukan sama ada PPL untuk guru pelatih KDPM patut diteruskan atau tidak. Adalah amat menggalakkan untuk memerhati bahawa seramai 91% guru pelatih berpendapat bahawa program seperti ini perlu diadakan pada masa akan datang. Peratus yang kurang setuju dan peratus yang tidak pasti ialah 6% dan 3% masing-masing.

Rumusan Dan Cadangan

5.1 Rumusan

Sebanyak 92% guru pelatih bersetuju bahawa aktiviti dalam Program Pendidikan Luar (PPL) perlu ditambah lagi. Seramai 63% guru pelatih yang menjawab SSP berpendapat bahawa PPL selama 4 hari 3 malam tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan profesionnya. Adalah sangat merangsangkan kepada semua pihak yang terlibat dengan PPL kerana 100% guru pelatih yang menjawab SSP berpendapat bahawa PPL secara keseluruhannya telah memberi manfaat kepadanya. Adalah amat menggalakkan untuk memerhati bahawa seramai 91% guru pelatih berpendapat bahawa program seperti ini perlu diadakan pada masa akan datang.

5.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjut

Ada kemungkinan wujudnya perkaitan antara cara pelaksanaan sesuatu aktiviti dengan persepsi guru pelatih bahawa sesuatu aktiviti berupaya memenuhi keperluan mereka sebagai guru permulaan. Ini boleh merupakan kajian lanjutan bagi meningkatkan keberkesanan Program Pendidikan Luar

Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar mungkin dipersepsikan sebagai kurang memuaskan berbanding dengan aktiviti-aktiviti lain kerana peratus yang berasa mereka lebih peka dan prihatin terhadap keindahan dan kekayaan flora dan fauna di kawasan persekitaran setelah mengikuti Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar dalam PPL adalah agak rendah. Peratus yang berpendapat Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar telah memberi pengetahuan dan pengalaman yang berfaedah kepadanya adalah paling rendah berbanding dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Oleh itu adalah mustahak supaya komponen ini dalam PPL dikaji semula daripada segi kandungan dan juga cara pelaksanaan serta kepelbagaian lokasi kajian seperti kawasan bakau, kawasan bekas perlombongan, kawasan marin, perkampungan nelayan atau orang asli dan sebagainya.

Analisis Data Dan Perbincangan

Jadual 1 memaparkan data yang dikumpul dengan menggunakan Soal Selidik Persepsi Guru Pelatih Terhadap Program Pendidikan Luar, SSP, bagi menjawab soalan kajian yang pertama, iaitu sama ada rancangan aktiviti yang disediakan dalam Program Pendidikan Luar, PPL, mencukupi atau tidak untuk memenuhi keperluan guru pelatih sebagai guru permulaan. Sebanyak 92% guru pelatih bersetuju bahawa aktiviti dalam Program Pendidikan Luar (PPL) perlu ditambah lagi. Dalam Soal Selidik Persepsi Guru Pelatih Terhadap Program Pendidikan Luar, SSP, guru pelatih telah diminta memberi persepsi mereka tentang beberapa aktiviti dalam program tersebut seperti Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar, Aktiviti Abseiling, Aktiviti Berkayak, Aktiviti Perkhemahan Solo dan Aktiviti Kerohanian.

Daripada persepsi guru pelatih, Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar nampaknya paling belum memenuhi keperluan mereka sebagai guru permulaan. Ini kerana seramai 52% guru pelatih berasa bahawa Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar adalah tidak mencukupi. Perasaan tidak puas di kalangan guru pelatih tentang Aktiviti Berkayak yang telah dirancangkan dicerminkan oleh 41% daripada guru pelatih tersebut yang tidak bersetuju bahawa aktiviti ini adalah mencukupi bagi keperluan mereka di sekolah kelak.

Aktiviti Kerohanian juga dipersepsikan sebagai tidak mencukupi dengan hanya 48% berpendapat rancangan aktiviti dalam PPL berupaya memenuhi kperluan mereka.

Aktiviti-aktiviti dalam PPL yang dipersepsikan dapat memenuhi keperluan guru pelatih sebagai guru permulaan ialah Aktiviti Perkhemahan Solo dan Aktiviti Abseiling. Pada pendapat seramai 79% guru pelatih, Aktiviti Perkhemahan Solo dirancang dengan baik dan teliti. Semua guru pelatih yang menjawab SSP bersetuju bahawa Aktiviti Abseiling sesuai untuk membina keyakinan diri. Guru pelatih juga berpendapat bahawa kemampuan fasilitator dalam pengendalian aktiviti ini adalah amat baik. Seramai 96% guru pelatih merasa bahawa langkah-langkah keselamatan yang diambil semasa Aktiviti Abseiling memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktiviti tersebut. Pemerhatian seperti ini melahirkan kemungkinan wujudnya perkaitan antara cara pelaksanaan sesuatu aktiviti dengan persepsi guru pelatih bahawa aktiviti berupaya memenuhi keperluan mereka sebagai guru permulaan.

Jadual 1 juga menunjukkan bahawa guru pelatih berpendapat bahawa aktiviti yang dirancang dalam PPL adalah sesuai dengan kemampuan diri mereka. Ini boleh dirumuskan daripada persetujuan 90% daripada guru pelatih ini tentang perkara tersebut. Seramai 88% daripada guru pelatih yang menjawab SSP berpendapat bahawa peralatan yang disediakan untuk PPL adalah sesuai dan selamat digunakan. Mereka juga berpendapat bahawa makanan yang dibekalkan adalah sesuai dan seimbang.

Soalan kajian yang kedua bertujuan menentukan sama ada jangka masa PPL bersesuaian atau tidak dengan keperluan kerjaya guru permulaan KDPM. Seramai 63% guru pelatih yang menjawab SSP berpendapat bahawa PPL selama 4 hari 3 malam tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan profesionnya. Hanya 26% yang bersetuju dan 12% yang tidak pasti. Dapatan ini membuka tirai bagi kajian lanjut tentang jangka masa PPL yang paling sesuai. Jangka masa ini mestilah merupakan suatu kompromi antara keperluan yang dipersepsikan oleh guru pelatih dengan kekangan daripada segi pentadbiran dan kewangan yang dihadapi oleh pihak maktab dan Bahagian Pendidikan Guru serta keperluan profesionalisme perguruan itu sendiri.

Tujuan soalan kajian yang ketiga adalah untuk menentukan sama ada PPL berupaya memberi pengalaman baru yang berfaedah kepada guru pelatih KDPM sebagai bakal guru permulaan. Adalah sangat merangsangkan kepada semua pihak yang terlibat dengan PPL kerana 100% guru pelatih yang menjawab SSP berpendapat bahawa PPL secara keseluruhannya telah memberi manfaat kepadanya. Sebanyak 99% guru pelatih mengatakan bahawa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh melalui PPL adalah berfaedah. Kebanyakan guru pelatih juga berpuas hati dan seronok menyertai keseluruhan program ini. Lapan puluh dua peratus guru pelatih yang telah melalui PPL ini menyatakan hasrat mereka untuk menjadi fasilitator program pendidikan luar jika diberi peluang. Akan tetapi hanya seramai 76% guru pelatih berasa yakin mereka dapat merancang dan mengelolakan program pendidikan luar di sekolah. Ini menunjukkan rancangan program aktiviti lanjutan untuk meningkatkan keyakinan diri amat diperlukan sebagai persediaan bagi bakal fasilitator PPL.

Aktiviti abseiling mendapat sambutan yang hebat daripada segi sebagai pengalaman baru kerana sebanyak 99% ingin melakukan lagi Aktiviti Abseiling. Guru pelatih juga gemar dengan Aktiviti Berkayak seperti yang ditunjukkan oleh seramai 96% daripada mereka yang berpendapat bahawa aktiviti ini berjaya memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru yang berguna kepadanya. Seramai 89% guru pelatih percaya dan yakin bahawa Aktiviti Perkhemahan Solo dapat membantunya menghadapi cabaran hidup masa depan. Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar dirasai oleh guru pelatih sebagai kurang memuaskan berbanding dengan aktiviti-aktiviti lain seperti yang dicerminkan oleh hanya 59% mengatakan mereka lebih peka dan prihatin terhadap keindahan dan kekayaan flora dan fauna di kawasan persekitaran setelah mengikuti Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar dalam PPL. Peratus yang mengatakan Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar telah memberi pengetahuan dan pengalaman yang baik dan berguna kepadanya adalah paling rendah berbanding dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Peratus itu hanya 82%. Oleh itu adalah penting komponen ini dalam PPL dikaji semula; baik dariapda segi kandungan mahu pun cara pelaksanaan.

Soalan kajian keempat dan terakhir cuba menentukan sama ada PPL untuk guru pelatih KDPM patut diteruskan atau tidak. Adalah amat menggalakkan untuk memerhati bahawa seramai 91% guru pelatih mengatakan bahawa program seperti ini perlu diadakan pada masa akan datang. Peratus yang kurang setuju dan peratus yang tidak pasti ialah 6% dan 3% masing-masing.

Rumusan

Sebanyak 92% guru pelatih bersetuju bahawa aktiviti dalam Program Pendidikan Luar (PPL) perlu ditambah lagi. Seramai 63% guru pelatih yang menjawab SSP berpendapat bahawa PPL selama 4 hari 3 malam tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan profesionnya. Adalah sangat merangsangkan kepada semua pihak yang terlibat dengan PPL kerana 100% guru pelatih yang menjawab SSP berpendapat bahawa PPL secara keseluruhannya telah memberi manfaat kepadanya. Adalah amat menggalakkan untuk memerhati bahawa seramai 91% guru pelatih berpendapat program seperti ini perlu diadakan pada masa akan datang.

Cadangan Untuk Kajian Lanjut

Ada kemungkinan wujudnya perkaitan antara cara pelaksanaan sesuatu aktiviti dengan persepsi guru pelatih bahawa sesuatu aktiviti berupaya memenuhi keperluan mereka sebagai guru permulaan. Ini boleh merupakan kajian lanjutan bagi meningkatkan keberkesanan Program Pendidikan Luar.

Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar mungkin dipersepsikan sebagai kurang memuaskan berbanding dengan aktiviti-aktiviti lain kerana peratus yang berasa mereka lebih peka dan prihatin terhadap keindahan dan kekayaan flora dan fauna di kawasan persekitaran setelah mengikuti Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar dalam PPL adalah agak rendah. Peratus berpendapat Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar telah memberi pengetahuan dan pengalaman yang berfaedah kepadanya adalah paling rendah berbanding dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Oleh itu adalah mustahak supaya komponen ini dalam PPL dikaji semula daripada segi kandungan dan juga cara pelaksanaan serta kepelbagaian lokasi kajian seperti kawasan bakau, kawasan bekas perlombongan, kawasan marin, perkampungan nelayan atau orang asli dan sebagainya.