Punca Kelemahan Dalam Pengajaran Daripada Perspektif Guru1

 

Lee Ley Hua
Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

 

Dr. Yee Sye Foong

Tn. Hj. Abdul Razak bin Ibrahim

Unit Penyelidikan dan Pembangunan

 

Kajian ini meneliti pendapat guru tentang punca kelemahan dalam pengajaran mereka sendiri. Satu soal selidik yang mengkaji tiga aspek pengajaran digunakan. Aspek-aspek pengajaran tersebut ialah persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran, serta pendekatan dan strategi pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pada amnya sedar yang persediaan mengajar mereka dapat dibaiki lagi jika mereka mengubah sikap daripada segi minat dan usaha. Para guru juga bersetuju bahawa punca kelemahan penyampaian pengajaran mereka ialah faktor peribadi guru seperti kebolehan kawalan disiplin dan pengurusan bilik darjah. Punca kelemahan pendekatan dan strategi pengajaran ialah faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, dan sikap guru. Aspek latihan keguruan kurang dipandang sebagai punca kelemahan pendekatan dan strategi pengajaran.

 

Penyataan masalah

Pemerhatian Guru Besar terhadap guru-guru di sekolahnya2 mendapati bahawa mereka menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan inovatif.  Guru Besar ingin tahu punca kelemahan ini.

 

Instrumen kajian

Soal selidik digunakan untuk mengkaji tiga aspek pengajaran: persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran serta pendekatan dan strategi pengajaran.  Setiap aspek tersebut dikaji daripada segi seperti yang berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cronbach Alpha dihitungkan untuk mengukur kekonsistenan dalaman atau repeatability bagi item-item dalam instrumen.  Kekonsistenan dalaman ini adalah berdasarkan korelasi antara satu item dengan item yang lain dalam instrumen tersebut.  Nilai yang diperoleh bagi komponen persediaan, penyampaian, dan pendekatan serta strategi pengajaran masing-masing ialah 0.69, 0.81, dan 0.87.  Nilai Cronbach Alpha bagi keseluruhan instrumen ialah 0.88.  Ini bermakna terdapat korelasi sebanyak 0.88 antara ukuran yang dibuat dengan menggunakan instrumen ini dengan ukuran yang dibuat dengan menggunakan semua instrumen lain yang mungkin yang mengandungi bilangan item yang sama yang digubal daripada suatu hypothetical universe bagi item-item yang mengukur komponen-komponen pengajaran yang dinyatakan.

  

Dapatan kajian

Penilaian kendiri guru terhadap pengajarannya.

Guru diminta menilai diri sendiri tentang kualiti pengajarannya berdasarkan skala 1(sangat lemah) hingga 5(sangat baik).  Min bagi ketiga-tiga aspek pengajaran yang dikaji adalah kurang daripada 4(baik). Hal ini bermakna guru sekolah A merasa persediaan, penyampaian serta pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan adalah di bawah tahap “baik”.  Dapatan kajian menunjukkan persetujuan antara persepsi guru besar tentang kualiti pengajaran guru-gurunya dengan persepsi guru-guru sendiri tentang kualiti pengajaran mereka.

 

Jadual 1

Penilaian kendiri guru tentang pengajarannya

Statistik

M

SD  

           Persediaan pengajaran

3.71

0.64

           Penyampaian pengajaran

3.78

0.51

           Pendekatan dan strategi pengajaran

3.64

0.48

 

 

 

 

 

 

 

Nota: N = 51

 

Pendapat guru tentang bagaimaan persediaan pengajaran dapat dibaiki.

Pendapat guru tentang punca kelemahan persediaan pengajarannya dikaji daripada segi faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan pengetahuan guru.  Guru diminta menunjukkan tahap persetujuannya berdasarkan skala 1(tidak bersetuju) hingga 5(sangat bersetuju).

Nilai purata min menunjukkan bahawa guru pada amnya bersetuju bahawa persediaan pengajaran dapat dibaiki lagi jika faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan pengetahuan guru dapat dimajukan daripada beberapa segi seperti yang disenaraikan dalam Jadual 2.  Perbandingan secara kualitatif antara nilai-nilai purata min menunjukkan bahawa guru merasa sikap guru (M=4.28; SD=0.46) dan pengetahuannya (M=4.26; SD=0.50) lebih merupakan kelemahan daripada pentadbiran sekolah (M=3.84; SD=0.81) dan faktor peribadi guru (M=3.98; SD=0.54).

Guru sekolah A sedar dan bersetuju bahawa pengajaran mereka dapat dibaiki lagi jika mereka mengubah sikap daripada segi minat dan usaha.  Mereka juga sedar pengetahuan mereka dalam mata pelajaran yang diajar perlu ditingkatkan.  Barang kali mata pelajaran yang diajar bukan mata pelajaran opsyen mereka.

 

Jadual 2

Pendapat guru tentang punca kelemahan persediaan pengajarannya

 

Punca kelemahan

NΕ

M

SD

A.   Faktor peribadi guru

           Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Penempatan sekolah saya lebih sesuai

51

4.02

0.68

2. Guru-guru lain bekerja sama

51

4.12

0.62

3. Masalah peribadi saya dapat dikurangkan

51

3.80

0.85

Purata M

51*

3.98

0.54

B.  Pentadbiran sekolah

          Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Jadual waktu mengajar saya kurang membebankan

51

4.04

1.02

2. Ada juruteknik seperti pembantu makmal dan jurutaip

49

3.51

1.34

3. Penglibatan saya dalam aktiviti sekolah selain mengajar dapat dikurangkan

51

3.94

1.03

Purata M

49*

3.84

0.81

C.  Sikap guru

           Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

               1.  Saya lebih minat mengajar

50

4.36

0.69

               2.  Saya lebih rajin berusaha

50

4.38

0.53

3. Ada lebih banyak insentif seperti  

            melanjutkan pelajaran

51

4.02

0.81

Purata M

49*

4.28

0.46

D.  Pengetahuan guru

S         Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Pengetahuan saya tentang isi kandungan mata pelajaran yang diajar dapat dipertingkatkan

51

4.18

0.48

2. Mata pelajaran yang saya ajar ialah mata pelajaran opsyen saya

50

4.46

0.81

3. Saya mempunyai buku rujukan yang mencukupi

50

4.08

0.92

Purata M

49*

4.26

0.50

 

 


 

 Nota:

Ε    N tidak tetap kerana ada guru yang tidak menjawab

*     Bilangan kes yang valid.

 

 Pendapat guru tentang bagaimana kelemahan penyampaian pengajaran dapat baiki.

Pendapat guru tentang punca kelemahan dalam penyampaian pengajarannya dikaji daripada segi faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan sistem pendidikan.  Guru diminta menunjukkan tahap persetujuannya berdasarkan skala 1(tidak bersetuju) hingga 5(sangat bersetuju).

 

Jadual 3

Pendapat guru tentang punca kelemahan penyampaian pengajarannya

 

Punca kelemahan

NΕ

M

SD

A.  Faktor peribadi guru

          Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Saya dapat mengawal disiplin murid

51

4.27

0.72

2. Pengurusan bilik darjah saya lebih baik

51

4.24

0.71

3. Saya dapat menyediakan bahan bantu mengajar

51

4.25

0.69

Purata M

51*

4.25

0.53

B.  Pentadbiran sekolah

          Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Bilangan murid dalam kelas dapat dikurangkan

50

4.24

1.06

2. Bahan bantu mengajar dari sekolah mudah diperoleh

48

4.15

0.95

3. Bahan bantu mengajar dari sekolah lebih sesuai dan mencukupi

51

4.22

0.90

Purata M

47*

4.24

0.70

C.  Sikap guru

          Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Respon murid terhadap penyampaian saya 

            lebih menggalakkan

51

4.39

0.63

2. Pihak sekolah dan ibu bapa tidak mendesak

    saya

50

4.22

0.77

                3. Saya dapat mengajar kelas yang lebih baik

51

3.47

1.12

 Purata M

50*

4.04

0.59

D.  Sistem pendidikan

          Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Sukatan pelajaran lebih relevan

50

4.26

0.66

2. Saya tidak perlu berkejar-kejar  menghabiskan sukatan pelajaran

51

4.31

0.71

3. Fokus terhadap peperiksaan dapat dikurangkan

51

3.65

1.11

Purata M

50*

4.07

0.59

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota

Ε  N tidak tetap kerana ada guru yang tidak menjawa

*  Bilangan kes yang valid.

  

Nilai purata min yang melebihi 4 menunjukkan bahawa guru pada amnya bersetuju bahawa penyampaian pengajaran dapat dibaiki.  Perbandingan secara kualitatif antara nilai-nilai purata min menunjukkan guru bersetuju bahawa punca kelemahan penyampaian pengajarannya ialah faktor peribadi guru seperti kawalan disiplin(M=4.27; SD=0.72), pengurusan bilik darjah(M=4.24; SD=0.71), dan kebolehan menyediakan bahan bantu mengajar(M=4.25; SD=0.69).  Guru juga menunjukkan persetujuan mereka dengan beberapa aspek pentadbiran sekolah seperti bilangan murid dalam kelas(M=4.24; SD=1.06) dan kesesuaian serta kekurangan bahan bantu mengajar(M=4.22; SD=0.90). 

 

Pendapat guru tentang bagaimaan pendekatan dan strategi pengajaran dapat dibaiki.

Pendapat guru tentang punca kelemahan dalam pendekatan dan strategi pengajarannya dikaji daripada segi faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan latihan keguruan.  Guru diminta menunjukkan tahap persetujuannya berdasarkan skala 1(tidak bersetuju) hingga 5(sangat bersetuju).

Nilai purata min yang hampir sama menunjukkan bahawa guru bersetuju bahawa faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan latihan keguruan merupakan punca kelemahan pendekatan dan strategi pengajaran.  Antara empat aspek ini, latihan keguruan nampaknya kurang dilihat sebagai punca kelemahan yang dipersepsikan oleh guru dengan min 4.19 dan sisihan piawai 0.59.  Guru merasa pendekatan dan strategi pengajarannya dapat dibaiki jika dia dapat mengajar mata pelajaran opsyennya(M=4.49; SD=0.73).

 

Batasan kajian

“Punca kelemahan” dalam kajian ini merujuk kepada sebab kelemahan pengajaran  

seperti yang dipersepsikan oleh guru sendiri. Punca kelemahan hanya dikaji daripada empat aspek bagi setiap komponen pengajaran.  Contohnya, persediaan pengajaran hanya mengkaji faktor peribadi guru, pentadbiran sekolah, sikap guru, dan pengetahuan guru.  Setiap aspek pula hanya dikaji daripada tiga segi seperti yang  disenaraikan dalam Jadual 2, 3, dan 4.  Hal ini bermakna ada aspek-aspek lain yang wujud tetapi tidak dikaji oleh penyelidik.

 

Kajian lanjut

“Punca kelemahan” seperti yang dipersepsikan oleh guru sendiri mungkin merupakan sebab mereka tidak dapat mengajar secara lebih berkesan.  Menangani punca kelemahan ini mungkin dapat meningkatkan prestasi guru dalam pengajaran.  Sebagai contohnya, bahan bantu mengajar dari sekolah (rujuk jadual 3) dipersepsikan oleh guru sebagai salah satu sebab penyampaian pengajaran kurang baik.  Tindakan yang sewajarnya boleh diambil untuk menentukan sama ada penyampaian betul-betul menjadi lebih baik.  Kajian berbentuk eksperimen dicadangkan.

  

Jadual 4

Pendapat guru tentang punca kelemahan pendekatan dan strategi pengajarannya

 

Punca kelemahan

NΕ

M

SD

A.  Faktor peribadi guru

          Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Saya dapat menghadiri kursus-kursus yang berkenaan

51

4.33

0.71

2. Pengetahuan saya tentang strategi dan pendekatan yang terbaru dapat dipertingkatkan

50

4.56

0.51

3. Saya masih ingat apa yang disampaikan semasa latihan perguruan

51

4.00

0.80

Purata M

50*

4.22

0.60

B.  Pentadbiran sekolah

          Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Tahap kemahiran murid dalam setiap kelas dapat diselaraskan

50

3.94

0.91

2. Bilangan murid dalam setiap kelas adalah lebih sesuai

51

4.31

0.76

3. Saya diberi kebebasan mencuba teknik pengajaran yang saya rasa adalah sesuai

51

4.41

0.64

Purata M

50*

4.22

0.60

C.  Sikap guru

          Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Saya dapat menerima perubahan yang baru

           dalam pendekatan dan strategi pengajaran

50

4.26

0.69

2. Saya tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur

            negatif daripada guru lain

50

4.36

0.74

3. Usaha saya dihargai oleh pihak-pihak yang

    berkenaan

49

4.10

0.85

Purata M

47*

4.21

0.64

D.  Latihan keguruan

          Saya dapat membaiki lagi jika ……..

 

 

 

1. Pendedahan kepada strategi dan pendekatan pengajaran semasa menjalani latihan perguruan adalah mencukupi

51

4.08

0.80

2. Senario sekolah membolehkan saya mengaplikasikan apa yang telah disampaikan semasa latihan keguruan

51

4.00

0.92

3. Saya dapat mengajar mata pelajaran opsyen saya

51

4.49

0.73

Purata M

51*

4.19

0.59

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota:  Ε   N tidak tetap kerana ada guru yang tidak menjawab

     *   Bilangan kes yang valid.

 

 Nota kaki:

1. Program Khidmat Komuniti ialah salah satu program yang dikelolakan oleh Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Maktab Perguruan Teknik, Kuala LumpurProgram ini bertujuan menawarkan khidmat kepakaran pensyarah di MPT kepada masyarakat umum di sekitar kawasan maktab terutamanya sekolah. Penyelidikan ini ialah hasil bantuan kepada sekolah untuk menyelesaikan masalah pentadbiran, masalah pengajaran dan pembelajaran, dan sebagainya.

2. Nama sekolah dirahsiakan kerana sebab-sebab tertentu.  Sekolah yang berkenaan akan dirujuk sebagai “sekolah A” dalam laporan ini.