Tajuk :PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBINGSEKOLAH DAN PENSYARAH MAKTAB SEMASA PRAKTIKUM : SATU.KAJIAN KES
Tahun dihasilkan : 1999
Maktab: Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur
Penyelidik: Kalwant Kaur (Ketua)
Zainon Bt. Esa
Khalip B.Hamzah
Rashidah Bt. Abdul Rahim
Nihayahtul Husna Bt. Mohd. Salleh
 
ABSTRAK 3

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana bimbingan yang diberi oleh guru pembimbing sekolah dan pensyarah maktab semasa praktikum mencukupi bagi membolehkan guru pelatih memperoleh dan menguasai kemahiran mengajar. Kajian ini merupakan satu kajian kes jenis deskriptif. Kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang berdasarkan Borang Penilaian Praktikum keluaran Bahagian Pendidikan Guru. Jumlah responden yang digunakan ialah seramai 60 orang guru pelatih yang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah di Maktab Penguruan Teknik. Data dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif .Secara umum keputusan kajian telah memberikan kesimpulan-kesimpulan berikut; kebanyakan daripada guru pelatih mendapati bimbingan yang diberikan oleh guru pembimbing sekolah dan pensyarah maktab adalah mencukupi;

Sebahagian besar daripada guru pelatih juga mendapati pembimbing sekolah kurang memberi bimbingan dalam aspek menyebatikan unsur-unsur kemahiran berfikir, memilih dan mengendalikan bahan bantu mengajar serta melaksanakan set induksi; dan
Sebahagian besar daripada guru pelatih mendapati pensyarah maktab kurang memberi bimbingan dalam aspek menggunakan bahasa dan suara, menilai kekuatan dan kelemahan diri serta melaksanakan set induksi.Kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah maktab untuk meningkatkan lagi mutu program praktikum di maktab.