Tajuk :Persepsi Staf Akademik Maktab Perguruan Teknik Terhadap Pelaksanaan Penilaian Prestasi di bawah Skim Saraan Baru
Tahun dihasilkan : 1999
Maktab: Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur
Penyelidik: Faizah bt. Md. Ghazali(Ketua)
Fakir Mohd. b. Omar Din
Khir Johari b.Mohd. Ali
Rusmina bt. Ismail
Zubedah Hanam bt. Mohd. Thani
Ketua Penyelidik : Pn. Faizah bt. Md. Ghazali
ABSTRAK 4
 
Sistem Saraan Baru (SSB) telah diperkenalkan kepada kakitangan awam hasil dari Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam (JKK-MGSA) 1991.Dua unsur utama yang diberi penekanan dalam SSB adalah fleksibiliti dan galakan untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti perkhidmatan bagi mempercepatkan proses pembangunan negara.
Objektif kajian adalah untuk menganalisis persepsi pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan Teknik terhadap pelaksanaan penilaian prestasi di bawah SSB. Kajian ini adalah kajian tindakan (action research) dengan teknik soal selidik.Responden kajian terdiri daripada pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Sebanyak lapan puluh lima sampel telah diperolehi.
Hasil kajian mendapati bahawa pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan Teknik mempunyai sikap yang positif terhadap Sistem Penilaian Prestasi (SSB).Namun begitu, bentuk pelaksanaannya perlu lebih telus dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan agar rasa tidak puas hati pensyarah terhadap penilaian yang diberi dapat diminimumkan. Sebagai contoh, temu bual di antara pegawai penilai dan pegawai yang dinilai tidak harus diambil ringan dan perlu diadakan dalam proses penilaian prestasi. Pegawai dinilai juga memerlukan maklum balas mengenai prestasi mereka dari semasa ke semasa, bimbingan dan nasihat dalam melaksanakan tugas harian