Persepsi Guru Pelatih Terhadap
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur
Oleh:
Kajian ini
bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap penggunaan komputer dalam
pengajaran pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada guru pelatih semester empat
ambilan Jun 1998. Jumlah responden ialah 59
orang. Mereka terdiri dari kumpulan SNKT dan SNKH. Dapatan kajian dari segi min dan
sisihan piawai persepsi responden terhadap kesediaan menggunakan komputer, pengalaman dan
penglibatan dalam penggunaan komputer, dan kesesuaian penggunaan komputer dalam pengajaran
pembelajaran menunjukkan tahap kecenderungan yang tinggi. Analisis data menunjukkan bahawa
secara keseluruhan guru pelatih sedar tentang kepentingan penggunaan komputer dalam proses
pengajaran pembelajaran.
Komputer merupakan satu alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Komputer didapati sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran pembelajaran kerana komputer berkemampuan untuk menerima dan memproses data. Giesert dan Futrell (1990) menegaskan bahawa seseorang guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran pembelajaran boleh dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan kebolehan tambahan. Pengajaran yang disertakan dengan bahan bantu belajar yang terkini akan dapat menambahkan minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru ia akan mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran pembelajaran. Ini selaras dengan pendangan Heinich (1993) yang mengatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Komputer adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan. Sandholtz (1997) telah menyuarakan bahawa penggunaan teknologi boleh memudahkan pengajaran pembelajaran.
Banyak maktab perguruan telah dilengkapi dengan kemudahan komputer sebagai satu usaha menggunakannya dalam pengajaran pembelajaran. Persoalannya ialah sejauhmanakah penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran telah diterima dan diamalkan oleh guru pelatih di maktab perguruan. Oleh kerana tidak banyak kajian yang telah dijalankan atas isu ini, maka kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran.
Berdasarkan pernyataan permasalahan yang dikemukakan ini, objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti persepsi guru pelatih tentang sejauh mana kesediaan mereka menggunakan komputer dalam pengajaran pembelajaran.
2. Mengenal pasti persepsi guru pelatih tentang sejauh mana penglibatan mereka dalam penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran.
3. Mengenal pasti persepsi guru pelatih tentang kesesuaian penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran.
Dapatan kajian ini akan memberikan gambaran terhadap kesan dan hasil usaha pihak maktab perguruan yang cuba mengintegrasikan komputer dalam bidang pendidikan. Di samping itu, dapatan ini juga memberi gambaran dari aspek kesediaan, penglibatan dan pandangan guru pelatih terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran. Diharapkan dapatan kajian ini akan membantu pihak maktab dan Bahagian Pendidikan Guru merancang program latihan yang lebih berkesan.
Kajian ini terbatas kepada guru pelatih di Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Dapatan kajian ini merupakan persepsi guru pelatih semester empat daripada opsyen sains sahaja. Sebarang inferens dan kesimpulan daripada kajiam ini kepada guru pelatih selain daripada sampel kajian mestilah dibuat secara berhati-hati.
Bahagian ini membincangkan kepada pendapat yang menekankan penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran, persepsi guru terhadap penggunaan komputer dan peranan guru dalam penggunaan komputer dalam pendidikan. Ini adalah bertujuan untuk dijadikan panduan bagi menjalankan kajian ini dan juga untuk membuat perbandingan dapatan hasil kajian.
Penggunaan
Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran
Hilary Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Beliau menekan tentang kepentingan seseorang guru itu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah.
Diana Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal. Beliau berpendapat bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah.
Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan.
Persepsi Guru
Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran
Bliss (1986) mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran berbantukan komputer di kalangan guru. Antara isu yang penting ialah perubahan peranan guru. Melalui kajiannya, terdapat guru yang mempunyai sikap bimbang dan tidak yakin terhadap diri sendiri untuk menguasai teknologi baru.
Dalam aspek keyakinan dan keselesaan menggunakan teknologi komputer, Heywod dan Norman (1988) serta Blease dan Cohen (1990) mempunyai dapatan yang sama. Menurut dapatan mereka, apa yang dititikberatkan oleh guru adalah keyakinan dan keselesaan dalam menggunakan komputer. Somekh (1989) juga mempunyai dapatan yang hampir sama. Somekh mendapati bahawa pengalaman guru yang negatif atau tidak berkesan semasa mencuba menggunakan komputer akan mendorong guru untuk menolak inovasi komputer.
Rhodes dan Cox (1990) mendapati peningkatan beban kerja telah menghalang penggunaan komputer di kalangan guru. Di samping itu, kekurangan perisian yang berkualiti juga menyebabkan guru menganggap bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran tidak berkesan. Berdasarkan dapatan kajian, persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran adalah penting untuk menentukan kajayaan atau kegagalan penggunaan komputer dalam alam pendidikan.
Peranan Guru Dalam
Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan
Menurut Woodrow (1992), kejayaan dalam apa jua inovasi pendidikan atau program teknologi pendidikan banyak bergantung kepada sokongan dan sikap guru. Menurut Sufean (1991), sikap yang positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Keberkesanan penggunaan teknologi moden banyak bergantung kepada guru yang rela menukar dan mencuba kaedah pengajaran yang baru dan moden (German, 1997).
Dupagne dan Krendl (1992), semasa membuat ulasan karya tentang sikap guru terhadap komputer, mendapati bahawa pengalaman menggunakan komputer dapat memupuk sikap positif terhadap teknologi komputer. Guru memerlukan masa dan kefahaman tentang bagaimana teknologi dapat menolong mereka (Chin dan Hortin, 1996). Mengikut Gan (1991), guru hanya akan menggunakan komputer bila sudah biasa dan berasa selesa dengan penggunaannya.
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk deskriptif. Soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat latar belakang responden dan persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran.
Subjek Kajian
Subjek kajian terdiri daripada semua guru pelatih semester empat opsyen Sains. Seramai 59 guru pelatih terlibat dalam kajian ini.
Instrumen Kajian
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A bertujuan memperoleh maklumat tentang butir-butir latar belakang responden. Ini termasuk jantina, umur, bangsa, mata pelajaran pengkhusuan, dan pemilikan komputer pribadi. Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang persepsi responden terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran. Item-item ini disediakan dengan menggunakan skala likert 5 poin.
Pengumpulan Data
Data kajian telah diperolehi melalui soal selidik yang telah diedarkan dan ditadbirkan oleh pengkaji-pengkaji pada 17 April 2000 hingga 18 April 2000. Sebanyak 59 naskah soal selidik telah diedarkan dan ditadbirkan kepada responden. Sebelum guru pelatih menjawab item soal selidik, terlebih dahulu diberi penjelasan bahawa jawapan mereka adalah sulit dan oleh itu mereka dikehendaki menjawab dengan jujur.
Prosedur
Analisis Data
Maklumat yang diterima dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai. Latar belakang responden dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratusan. Persepsi responden dianalisis dengan menggunakan taburan min dan sisihan piawai.
Persepsi Responden
Terhadap Kesediaan Guru Pelatih Menggunakan Komputer
Jadual 1 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai persepsi guru pelatih terhadap kesediaan mereka menggunakan komputer dalam pengajaran pembelajaran. Responden menunjukkan tahap kesetujuan yang tinggi terhadap kesediaan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran (min keseluruhan ialah 3.92 dan sisihan piawai ialah 0.78). Hampir keseluruhan responden telah bersedia untuk mengetahui lebih lanjut tentang komputer (min 4.58; sisihan piawai 0.53) serta bercadang untuk mengambil kursus komputer (min 4.16; sisihan piawai 0.65). Responden juga menunjukkan minat untuk mempelajari penghasilan perisian pengajaran dan pembelajaran dengan min 4.02 dan sisihan piawai 0.72. Data juga menunjukkan kecenderungan ke arah setuju terhadap keyakinan menggunakan komputer dan boleh mengikuti perkembangan teknologi maklumat.
Jadual 1 : Statistik
Persepsi Responden Terhadap Kesediaan Guru Pelatih Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran
Pembelajaran
Bil. |
|
Min |
Sisihan
Piawai |
1 |
Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang komputer
|
4.58 |
0.53 |
2 |
Merasa selesa bekerja dengan komputer |
3.72 |
1.00 |
3 |
Saya bercadang untuk mengikuti kursus
komputer |
4.16 |
0.65 |
4 |
Saya yakin
apabila menggunakan komputer |
3.67 |
0.74 |
5 |
Saya rasa saya adalah jenis guru yang boleh
bekerja menggunakan
komputer |
3.73 |
1.10 |
6 |
Saya boleh mengikuti perkembangan
teknologi komputer |
3.58 |
0.72 |
7 |
Saya
amat berminat untuk mempelajari kemahiran menghasilkan perisian yang mudah bagi mata pelajaran yang saya ajar |
4.02 |
0.72 |
|
Keseluruhan |
3.92 |
0.78 |
Persepsi Responden
Terhadap Pengalaman Dan Penglibatan Guru Pelatih Dalam Penggunaan Komputer
Jadual 2 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai persepsi responden terhadap pengalaman dan penglibatan guru pelatih dalam penggunaan komputer. Pada keseluruhannya persepsi responden memperlihatkan kecenderungan ke arah negatif iaitu min keseluruhannya adalah 2.98 dengan sisihan piawai 1.01. Walau bagaimana pun terdapat persepsi persetujuanan yang tinggi terhadap pengalaman menggunakan komputer untuk menyediakan bahan pengajaran pembelajaran (min 3.42; sisihan piawai 1.12) Ramai responden pernah mencuba perisian pendidikan yang terdapat di pasaran (min 3.22; sisihan piawai 1.05) serta sering berbincang dengan rakan di sekolah tentang penggunaan dan keberkesanan komputer dalam pengajaran pembelajaran (min 3.33; sisihan piawai 0.94).
Jadual
2 : Statistik Persepsi Responden Terhadap Pengalaman Dan Penglibatan Guru Dalam Penggunaan
Komputer
Bil. |
|
Min |
Sisihan
Piawai |
1 |
Pernah
menggunakan komputer dalam pengajaran
pembelajaran dalam kelas |
2.25 |
0.91 |
2 |
Pernah
menggunakan komputer untuk menyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran |
3.42 |
1.12 |
3 |
Pernah
berbincang dengan guru komputer tentang
keberkesanan komputer |
2.60 |
0.91 |
4 |
Pernah
mencuba software pendidikan yang
terdapat di pasaran |
3.22 |
1.05 |
5 |
Pernah
mengikuti ruangan IT yang tersiar dalam suratkhabar |
3.06 |
0.97 |
6 |
Pernah
mengikuti kursus komputer dalam perkhidmatan untuk
guru |
3.00 |
1.18 |
7 |
Pernah
berbincang dengan rakan tentang penggunaan dan keberkesanan komputer |
3.33 |
0.94 |
|
Keseluruhan |
2.98 |
1.01 |
Persepsi Responden Terhadap Keberkesanan Komputer Terhadap Guru
Pelatih
Jadual 3 menunjukkan
taburan min dan sisihan piawai persepsi responden terhadap keberkesanan penggunaan
komputer. Kajian ini mendapati responden menunjukkan persepsi kecenderungan yang tinggi
terhadap keberkesanan penggunaan komputer bagi guru pelatih dengan min 3.7 dan sisihan
piawai 1.05. Data ini menunjukkan tahap kecenderungan yang tinggi bagi aspek penggunaan
komputer untuk meringankan beban tugas guru pelatih (min
3.05; sisihan piawai 0.99). Kajian ini juga mendapati bahawa bilangan responden
yang tinggi bersetuju terhadap keberkesanan penggunaan komputer sebagai media pengajaran
(min 3.96; sisihan piawai 0.61) dan
penggunaan komputer tidak menyusahkan kerja guru pelatih (min 3.60; sisihan piawai 0.59). Kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan
komputer dapat menolong guru pelatih belajar dengan lebih berkesan; dapat memberi motivasi
serta memupuk minat belajar dan boleh membantu guru pelatih dalam pengajaran pembelajaran.
Jadual 3: Statistik
Persepsi Responden Terhadap Keberkesanan
Penggunaan Komputer Terhadap
Guru Pelatih
Bil. |
|
Min |
Sisihan
Piawai |
1 |
Tidak
membebankan kerja |
3.05 |
0.99 |
2 |
Tidak
menyusahkan kerja |
3.36 |
0.98 |
3 |
Tidak mengambil
masa yang lebih lama untuk menyiapkan kerja |
3.34 |
0.94 |
4 |
Merupakan
media pengajaran yang berkesan |
3.96 |
0.61 |
5 |
Tidak
menyusahkan kerja sebagai
guru
|
3.60 |
0.59 |
6 |
Boleh
memotivasikan guru pelatih |
4.06 |
0.63 |
7 |
Boleh membantu pengajaran pembelajaran Tidak
akan mengganggu tumpuan pelajar semasa pengajaran pembelajaran |
4.30 |
0.60 |
8 |
3.50 |
0.99 |
|
9 |
Penggunaan
komputer memberi kesan baik kepada pengajaran pembelajaran |
3.90 |
0.69 |
10 |
Boleh memupuk
minat belajar |
3.56 |
1.08 |
11 |
Boleh belajar
dengan lebih berkesan |
3.77 |
0.66 |
12 |
Kesediaan
guru pelatih menggunakan komputer |
3.92 |
0.78 |
|
Keseluruhan |
3.70 |
1.05 |
Kajian ini dilakukan
untuk meninjau persepsi terhadap kesediaan, penglibatan dan penggunaan komputer di dalam
pengajaran pembelajaran di kalangan guru pelatih di Maktab Perguruan Teknik. Dapatan
kajian ini dapat memberikan pandangan menyeluruh terhadap usaha penyediaan dan penerapan
yang dibuat di peringkat maktab dalam proses
mengintegrasikan komputer dalam pengajaran pembelajaran.
Dapatan kajian ini adalah seperti yang berikut:
Analisis kajian mendapati secara keseluruhannya guru pelatih sedar tentang kepentingan menggunakan komputer dalam pengajaran pembelajaran dan telah bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam tentang penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran. Guru pelatih juga dapat mengikuti perkembangan teknologi komputer. Mereka juga bersedia untuk mengikuti kursus komputer untuk melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran. Guru pelatih berasa selesa bekerja dengan menggunakan komputer.
Dapatan kajian juga menunjukkan guru pelatih berminat untuk menguasai kemahiran penghasilan perisian pengajaran bagi mata pelajaran pengkhususan. Di samping itu, guru pelatih juga menyedari tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran.
Dapatan keseluruhan kajian ini menunjukkan bilangan responden yang tinggi bersetuju terhadap keberkesanan penggunaan komputer. Guru pelatih percaya komputer dapat memberi motivasi dan membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. Penggunaan komputer tidak menggangu pembelajaran malah dapat memupuk minat belajar. Persepsi guru pelatih dalam aspek ini telah dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Johnstone (1987) dan Margerat Cox (1990).
Perbincangan
Dapatan kajian ini dapat memberikan pandangan terhadap usaha penerapan inovasi penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran. Dapatan kajian ini akan membantu perancang, agen perubahan dan pelaksana kurikulum di peringkat kementerian, negeri, daerah, dan organisasi pendidikan untuk menjalankan tindakan susulan dan program yang lebih sesuai untuk memenuhi kehendak dan keperluan amalan inovasi ini.
Mengikut Bliss, Chandra dan Cox (1988), teachers perceptions of the use of computers were represented as driving or opposing forces. Justeru itu dapatan kajian ini telah menunjukkan guru pelatih di Maktab Perguruan Teknik akan menjadi perangsang dalam proses melaksanakan inovasi komputer dalam pengajaran pembelajaran. Daripada analisis data, didapati secara keseluruhan guru pelatih Maktab Perguruan Teknik mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran sebagai satu inovasi pendidikan. Dapatan ini sejajar dengan pendapat Olson (1982), the influence of the teacher is fundamental, Woodrow (1992), kejayaan dalam apa jua inovasi pendidikan atau program teknologi pendidikan banyak bergantung kepada sokongan dan sikap guru dan Sufean (1991), sikap yang positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang tinggi terhadap sesuatu perkara.
Di peringkat ini,
inovasi penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran telah diterima oleh guru
pelatih. Kesediaan guru pelatih menukar cara
pengajaran tradisional kepada yang terkini
merupakan kejayaan pelaksaanan inovasi komputer dalam pendidikan. Di samping itu, guru
pelatih yakin tentang keberkesanan komputer dalam pengajaran pembelajaran dan rela
mengikuti kursus dan mempelajari
kemahiran
supaya dapat mengintegrasikan komputer dalam pengajaran pembelajaran dengan lebih
berkesan.
Agnew, Palmer. (1996). Multimedia in the Classroom. Massachusetts: Allyu and Bacon
Needham Heights.
Cece Wijaya. (1988). Upaya Pembaharuan Dalam Pendidikan Dan Pengajaran: Bandung:
Remadya Karya.
Friske, Edward B. (1992). Smart Schools, Smart Kids. New York: Simon & Schuster.
Good, V.C. (1973). Dictionary of Education.New York: Mcgraw Hill.
Mohd Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Perkins, David. (1992). Smart Schools, Better Thinking and Learning for Every Child.
New York:Force Press.
Rowntree, D. (1981). A Dictionary of Education. London: Harper & Row.
Smart School Project Team. (1997). The Malaysian Smart School: A
MSC Flagship
Application: A Conceptual Blueprint. Government of Malaysia.
Teh Hon Seng, Lai Teo Kuan & Yap Swee Seng. (1997). Koridor Raya Multimedia.
Kuala Lumpur:PUC Founder (Min) Sdn. Bhd.
Van Dalen, D. (1979). Understanding Educational Research: An Introduction : New
York: Mcgraw Hill.
Bramble, W.J& Mason, E.J. (1985). Computer In School: New York: McGraw Hill.
Bruce Joyce and Marsha Weil. (1992). Models of Teaching. United States of America:
Prentice Hall
Chambers, J.A & Spencer, J.W. ( 1983). Computer-assisted
Instruction ,its use in
classroom. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Christopher Day, Pam Denicolo and James Calderhead (1993). Research
on Teacher
Thinking: Understanding Professional Development. Washington, D.C. : The
Falmer Press.
John Cave. (1986). Technology In School. Boston, London, Routledge & Kegan Paul
Publisher.
Rochester & Rochester. (1994). Computers for People. Boston Massachusets: Irwin
Publisher.
Wittich, Walter A & Schuler, Charles F. (1979). International
Technology. Its nature and
use. Harper & Row Publishers, New York.
Langhorne, M.J. et.at. (1989). Teaching with Computers: A New Menu For The 90.
London: Kogan Page.
Robert Heinich. (1988). The Use of Computers in Education: A Response to Streibel.
ECTJ, Vol. 36.