Kajian Kes Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Pensyarah Di Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Teknik

Salimah Mohammad Ali

Hj. Yahya Panot

Zamzam Abdul Rashid

Sabariah Ibrahim

Dr. Jennifer Wee Beng Neo

Hj Syed Nokman Syed Abu Bakar

Jabatan Ilmu Pendidikan

 

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan. Kaedah yang digunakan berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A mengumpul maklumat diri  pelajar. Bahagian B pula dibahagikan kepada empat komponen yang merangkumi persediaan pensyarah, penyampaian dan pengeloloaan, profesionalisme pensyarah serta tugasan dan bimbingan berhala. Responden ialah 110 pelajar kumpulan Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Analisis data menggunakan statistik deskriptif. Kesemua empat komponen tentang prestasi pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan didapati adalah pada tahap sederhana. Kajian ini diharap dapat dijadikan garis ukur kepada pensyarah bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran.

 

Peranan pensyarah adalah penting dalam melahirkan guru permulaan yang berketerampilan dan berkesan. Oleh yang demikian, pensyarah perlu memainkan peranan dan memikul tanggung jawab yang berat untuk membentuk dan melengkapkan pelajar supaya mereka dapat menjalankan tugas mereka nanti secara berkesan. Pendedahan, bimbingan, dan latihan yang merangkumi kemahiran keguruan yang disampaikan oleh pensyarah selama tiga tahun tentunya mempengaruhi corak dan mutu pengajaran garduan ini.

Sepanjang kursus latihan, antara tugas-tugas yang pensyarah perlu jalankan ialah memastikan pelajar mereka menguasai kemahiran mengajar dan mempunyai ciri-ciri guru yang berkesan. Dalam usaha melahirkan guru permulaan yang berkesan pensyarah terlebih dahulu perlu mampu serta berkeupayaan tinggi menjalankan peranan mereka dengan cemerlang dan berkesan. Mengajar dengan bijak dan baik di samping mempunyai personaliti baik hati serta sentiasa bermotivasi tinggi ialah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkesan.

Ilmu Pendidikan adalah salah satu mata pelajaran teras dalam program latihan keguruan. Dengan demikian, Jabatan Ilmu Pendidikan telah membuat tinjauan untuk melihat sejauh manakah tahap keberkesanan pengajaran pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan menghasilkan guru yang mempunyai ciri-ciri berkesan. Pensyarah perlu terlebih dahulu menjadi pendidik berkesan supaya dapat melahirkan guru berkesan.

 

Latar belakang kajian

Semua pelajar kumpulan KDPM Semester Enam dipilih sebagai sasaran kajian kes kerana persepsi mereka sewajarnya persepsi yang matang dan berwibawa. Kumpulan ini telah mengikuti tempoh program kursus Ilmu Pendidikan seperti yang berikut:

1. Pendidikan di Malaysia - 35 jam

2. Psikologi Pendidikan - 60 jam

3. Pedagogi - 90 jam

4. Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran - 10 jam

 

Setiap semester, kumpulan ini wajib menyempurnakan tugasan kerja kursus sebagai satu syarat dalam latihan keguruan. Kumpulan ini akan tamat latihan kegururan KDPM pada bulan Mei 1999.

 

 

 

Penyataan masalah

Sejauh manakah berkesannya pengajaran pensyarah Ilmu Pendidikan melahirkan guru berkesan daripada persepsi pelajar?

 

Soalan kajian

1. Apakah persepsi pelajar terhadap persediaan mengajar pensyarah Ilmu Pendidikan?

2. Apakah persepsi pelajar terhadap penyampaian dan pengelolaan pengajaran pensyarah Ilmu Pendidikan?

3. Sejauh manakah tahap profesionalisme pensyarah Ilmu Pendidikan mempengaruhi keberkesanan pengajaran pembelajaran?

4. Adakah tugasan yang diberi kepada pelajar dapat memberikan pendedahan yang mencukupi bagi melahirkan guru permulaan yang berkesan?

 

Tinjauan literatur

Pensyarah ataupun guru diharapkan bukan sahaja setakat mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk sikap, nilai, dan akhlak manusia; memberikan contoh yang boleh dijadikan ikutan segala lapisan masyarakat; membawa pandangan-pandangan baru yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan atau dalam lain perkataan, menjadi agen perubahan.

Selain daripada sikap yang sesuai terhadap ikhtisas perguruan, seseorang guru atau pensyarah itu perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengtahuan. Adalah sesuatu perkara ganjil kalau seseorang guru atau pensyarah yang hendak mengajar sesuatu pelajaran itu tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pelajaran tersebut. Mengikut Atan Long (1986) kerja-kerja pengajaran hendaklah dirancang terlebih dahulu dengan teliti sebelum sesuatu pengajaran dilakukan. Rancangan pengajaran hendaklah dibuat sebelum persekolahan bermula. Persediaan mengajar hendaklah dibuat dengan terperinci dan alat-alat mengajar hendaklah disiapkan sebelum pengajaran dimulakan. Persediaan yang rapi akan menyebabkan pengajaran seseorang itu sistematik, teratur dan terarah, sesuatu persediaan mengajar menunjukkan apa yang telah dibuat, ke arah mana murid-murid akan dibimbing dan apakah kerja-kerja yang mesti dilakukan dalam unit pelajaran itu. Persediaan mengajar sepatutnya menceritakan dengan cara yang mudah apa yang akan dilakukan oleh guru, bagaimana muid-murid dilibatkan dalam satu-satu masa dan bagaimana interaksi antara guru dengan murid berlaku (Atan Long, 1978).

Selain daripada penyampaian bahan yang menjadi fokus dalam pengajaran ialah cara penyampaian guru yang berstruktur dan menarik. Produktiviti guru atau pensyarah hanya boleh dilihat dari segi kejayaan dalam menyampaikan pengajaran. Mereka juga membimbing murid ke arah perkembangan sahsiah yang baik. Khususnya, produktiviti guru dalam konteks ini dilihat dari segi keberkesanannya sebagai guru, kejayaannya dalam menyampaikan pengetahuan mengenai mata pelajaran tertentu, dan juga membimbing murid ke arah alam dewasa. Mengikut Apelman (1986),

Productive teachers are those who can build a conducive learning climate in which students enjoy learning and can master what they are supposed to master. Teaching is looked upon as an art, and productive teachers are looked upon as artists who can motivate their students, and to nurture in them [the students] the interest to learn and find out more about the subject being taught. This can only be done when teachers know themselves as individuals and can adapt their own unique characteristics to the elements of the situation, and the context of their teaching (p.   )

 

Adalah menjadi tugas guru untuk menyampaikan pengajaran dan juga mengembangkan pengajarannya untuk merealisasikan potensi murid semaksimum yang boleh. Keberkesanan guru perlu dilihat bukan sahaja dari segi kejayaannya menyampaikan pengajaran di bilik darjah dengan erti kata berjaya mengajar atau meliputi semua yang digariskan dalam sukatan pelajaran, tetapi juga kejayaannya untuk membimbing muid menguasai pelajaran itu, dna membangkitkan minatnya untuk mempelajari lebih dari yang disenaraikan dan memulakan poses penimbaan ilmu dalam bidang-bidang tersebut (Rahimah Haji Ahmad, 1992).

Tahap profesionalisme guru atau pensyarah juga adalah penting dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan profesionalisme ini haruslah meliputi semua aspek pengajaran dan kepimpinan guru di sekolah, dari tahap perancangan pelajaran, pengembangan pelajaran, dan akhirnya penilaian murid untuk melihat pembelajaran mereka. Guru juga harsulah sentiasa bersedia untuk menambah pengetahuan asasnya, pengetahuan dalam mata pelajaran, dan pengetahuan dan penemuan baru dalam alam pendidikan.

Melalui usaha peningkatan profesionalisme guru, guru akan mengenali dirinya sendiri, mengetahui kekuatan dan kelemahannya dan mengetahui caragayanya sendiri untuk merealisasikan potensinya sebagai guru. Caragaya ini pula perlu disesuaikan dengan kerenah murid – iaitu boleh lentur (Rosenshine, 1970).

Tugasan ialah istilah yang umum digunakan bagi semua kerja yang dilakukan oleh murid-murid berhubung dengan sesuatu pelajaran yang telah atau sedang dipelajari. Di dalam sesuatu pelajaran yang baik, guru tidak hanya mengajar dengan bercakap atau memberi kuliah tetapi melibatkan murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, penglibatan secara menggerakkan murid-murid dengan menarik perhatian, menyoal, dan menggunakan pengetahuan sedia ada, memberi tugasan dan kerja-kerja lanjutan juga merupakan satu cara penglibatan yang langsung daripada murid-murid.

Sesuatu tugasan yang hendak diberikan kepada murid itu hendaklah releven dengan pelajaran yang sedang diajar dan mempunyai ojektif yang tertentu. Dengan mengetahui objektif sesuatu tugasan itu murid-murid akan dapat menjalankan tugas mereka dengan baik (Atan Long, 1980).

 

Metodologi kajian

Sampel kajian terdiri daripada pelajar kumpulan KDPM (ambilan Jun 1996) Maktab Perguruan Teknik. Saiz sampel ialah 110 orang, dipilih secara rawak daripada satu kumpulan penghkususan. Alat kajain ditadbirkan kepada pelajar sebaik sahaja mereka tamat menjalani sesi Praktikum IV.

Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang mempunyai dua bahagian, iaitu:

Bahagian A yang mengumpul maklumat tentang profil pelajar melalui 5 item yang menanya maklumat diri mereka. Bahagian B pula mengandungi 30 item yang mengumpul maklumat tentang persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah. Bahagian B tediri daripada empat bahagian: Persediaan pensyarah dalam tajuk pengajaran (6 item), Penyampaian pensyarah dan pengelolaan semasa dalam kelas (13 item), profesionalisme pensyarah sepanjang pengajaran dan pembelajaran (6 item), dan tugasan pelajar berkaitan dengan iklim dan budaya sekolah (5 item).

  

Soal selidik menggunakan skala 7-poin dengan poin 1 bagi “amat rendah” dan poin 7 bagi “amat tinggi”. Poin 4 dikenalpasti sebagai pertengahan atau cut-off point. Poin ini mencermikan kecenderungan pelajar untuk tidak memihak kepada mana-mana pihak. Analisis data mengambil kira min tertinggi dan terendah untuk membuat perbandingan dalam keempat-empat komponen soal selidik. Kesimpulan dibuat mengikut peratus tertinggi dan terendah untuk membuat perbandingan dalam kempat-empat komponen soal selidik.

 

Kesignifikanan kajian

Dapatan kajian ini akan membantu pensyarah Ilmu Pendidikan membuat persediaan dan penyesuaian pengajarannya dengan lebih berkesan. Dapatan kajian ini juga dapat membantu pensyarah Ilmu Pendidikan meningkatkan pelaksanaan pengajaran sejajar dengan keperluan sekolah yang terkini. Pensyarah Ilmu Pendidikan juga dapat disedarkan bahawa profesionlisme pensyarah yang tinggi membantu meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.

 

Dapatan kajian

Persediaan pensyarah merangkumi aspek-aspek keyakinan diri dalam pengajaran, langkah-langkah pengajaran, keperluan tajuk pengajaran, penggunaan bahan-bahan sokongan, tugasan kerja terarah dan terbimbing, dan pengajaran berpandukan rancangan kerja.

 

Jadual 1

Persediaan pensyarah

 

Bil

Item

Bersetuju

Sederhana

Setuju

Tidak

bersetuju

 

M

n

%

n

%

n

%

1

Keyakinan diri dalam pengajaran

70

63.6

39

35.5

1

0.9

5.6

2

Langkah-langkah pengajaran

56

50.9

53

48.2

1

0.9

5.28

3

Keperluan tajuk pengajaran

57

51.8

53

48.2

0

0.9

5.39

4

Penggunaan bahan-bahan sokongan

15

13.6

86

78.2

9

0.0

4.06

5

Tugasan kerja terarah dan terbimbing

56

50.9

54

49.1

0

8.2

5.32

6

Pengajaran berpandukan rancangan kerja

71

64.6

38

34.5

1

0.9

5.58

 

 

 

 

 

 

 

Purata M

5.21

  

Purata min bagi persediaan mengajar pensyarah Ilmu Pendidikan adalah sederhana (M= 5.21). Hal ini disebabkan min bagi item penggunaan bahan-bahan sokongan (M=4.06) adalah lebih rendah daripada purata min. Faktor ini mungkin diesbabkan pensyarah kurang menggunakan bahan-bahan sokongan dalam pengajarn mereka kerana kurangnya bahan-bahan sokongan yang terdapat di maktab atau di Jabatan Ilmu Pendidikan. Penggunaan bahan-bahan sokongan yang kurang menarik dan tidak memenuhi minat dan kebolehan pelajar juga menjadi petunjuk kepada min yang rendah.

Walau bagaimanapun, terdapat dua item yang minnya adalah paling tinggi, iaitu item keyakinan diri dalam pengajaran (M=5.60) dan item pengajaran berpandukan rancangan kerja (M=5.58). Item keyakinan diri dalam pengajaran mempunyai min yang sederhana tinggi mungkin disebabkan terdapat banyak pensyarah mempunyai pengalaman mengajar yang lama. Faktor ini mendorong mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Item pengajaran berpandukan rancangan kerja mempunyai min yang sederhana tinggi mungkin disebabkan keyakinan diri yang tinggi di kalangan pensyarah menyebabkan mereka dapat memenuhi kehendak kurikulum.

Penyampaian dan pengelolaan pengajaran pensyarah merangkumi aspek-aspek permulaan pengajaran, perkembangan isi pelajaran, penggunaan laras bahasa, intonasi suara, pengendalian kaedah pengajaran, penggunaan sumber pengajaran, aktiviti pengajaran pembelajaran, amalan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, pengemukaan soalan, penerapan nilai-nilai murni, penggunaan teknik penilaian, kawalan disiplin bilik kuliah, dan penutup pengajaran.

 

Jadual 2

Penyampaian dan pengelolaan

 

 Bil

Item

Bersetuju

Sederhana setuju

Tidak bersetuju

 

M

n

%

n

%

n

%

1

Permulaan pengajaran

35

31.9

69

62.7

6

5.4

4.78

2

Perkembangan isi pelajaran

48

43.7

60

54.5

2

1.8

5.16

3

Penggunaan laras bahasa

81

73.6

29

26.4

0

0.0

5.79

4

Intonasi suara

67

60.9

43

39.1

0

0.0

5.52

5

Pengendalian kaedah pengajaran

31

28.2

76

69.1

3

2.7

4.73

6

Penggunaan sumber pengajaran

24

21.8

80

72.7

6

5.5

4.50

7

Aktiviti pengajaran pembelajaran

40

36.4

65

59.1

5

4.5

4.79

8

Penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

46

41.8

59

53.7

5

4.5

5.05

9

Pengemukaan soalan

63

57.3

47

42.7

0

0.0

5.47

10

Penerapan nilai-nilai murni

45

40.9

65

59.1

0

0.0

5.24

11

Penggunaan teknik penilaian

54

49.1

56

50.9

0

0.0

5.24

12

Kawaaln disiplin bilik kuliah

59

53.6

49

44.6

2

1.8

5.26

13

Penutup pengajaran

48

43.7

59

53.6

3

2.7

5.08

 

 

 

 

 

 

Purata M

5.12

 

 

Purata min sebanyak 5.12 bagi penyampaian dan pengelolaan pengajaran mungkin disebabkan oleh sembilan item di dalam bahagian ini mempunyai min 5.00 dan ke atas manakala bagi empat item adalah 4.00 dan ke atas. Oleh yang demikian, hasil dapatan yang berpandukan min menunjukkan cara penyampaian dan pengelolaan pengajaran pensyarah Ilmu Pendidikan didapati berkesan pada kebanyakan aspek penyampaian dan pengelolaan pengajaran.

Empat item yang mempunyai min 4.00 dan ke atas adalah seperti yang berikut:

1. Permulaan pengajaran mempunyai min 4.78 mungkin disebabkan pensyarah Ilmu Pendidikan kurang memberi tumpuan dan persediaan sebelum memulakan pengajaran. Kelewatan pensyarah Ilmu Pendidikan masuk ke bilik kuliah turut menyebabkan permulaan pengajaran terganggu.

2. Pengendalian kaedah pengajaran menpunyai min 4.73. Hal ini menunjukkan bahawa pensyarah Ilmu Pendidikan kurang memberi tumpuan terhadap pengendalian kaedah pengajaran. Pensyarah Ilmu Pendidikan beranggapan kaedah pengajaran yang diamalkan sudah memadai dan memandang persoalan ini sebagai permasalahan yang remeh.

3. Penggunaan sumber pengajaran mempunyai min 4.79. Aspek penggunaan sumber pengajaran adalah lebih rendah daripada purata min memandangkan kurangnya minat pensyarah Ilmu Pendidikan berusaha mencari dan menghasilkan sumber pengajaran yang sedia ada. Kos penyediaan sumber pengajaran yang tinggi dan kurangnya inisiatif daripada pihak pengurusan menyumbang kepada kurangnya penggunaan sumber pengajaran.

4. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran mempunyai min 4.79. Aspek aktiviti pengajaran dan permbelajaran adalah lebih rendah daripada purata min kerana pensyarah Ilmu Pendidikan terlalu sibuk dengan tugas-tugas bukan pengajaran dan pembelajaran. Semua aktiviti yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran atau sebaliknya telah disediakan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan untuk dilaksanakan oleh pensyarah berkenaan. Masa yang diperuntukkan adalah suntuk. Implikasinya, pensyarah Ilmu Pendidikan lebih memberi tumpuan untuk menghabiskan sukatan pelajarn daripada mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Profesionalisme pensyarah merangkumi aspek-aspek personaliti, keperihatinan, motivasi dan iltizam, kesungguhan dan tanggung jawab, inovatif dan kreatif, dan perawakan dan kewibawaan.

 

Jadual 3

Profesionalisme pensyarah
 

 

Bil

Item

Bersetuju

Sederhana setuju

Tidak bersetuju

 

M

n

%

n

%

n

%

1

Personaliti

56

50.9

53

48.2

1

0.9

5.32

2

Keperihatinan

40

36.4

68

61.8

2

1.8

5.03

3

Motivasi dan iltizam

56

50.9

53

48.2

1

0.9

5.30

4

Kesungguhan dan iltizam

56

50.9

54

49.1

0

0.0

5.34

5

Inovatif dan kreatif

46

41.8

63

57.3

1

0.9

5.15

6

Perawakan dan kewibawaan

82

74.6

28

25.4

0

0.0

5.85

 

 

 

 

 

 

Purata M

5.33

 

  

Purata min 5.33 bagi profesionalisme pensyarah mungkin disebabkan oleh kesemua enam item bahagian ini mempunyai min 5.00 dan ke atas. Oleh yang demikian, hasil dapatan menunjukkan profesionalisme pensyarah berada pada tahap sederhana tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan mempunyai min pengalaman mengajar di sekolah sebanyak 9.5 tahun dan min pengalaman sebagai pensyarah di maktab perguruan sebanyak 8.8 tahun.

Ini terbukti melalui dapatan untuk item 25, iaitu perawakan dan kewibawaan pensyarah adalah pada min 5.85. Bagaimanapun, bagi item 21, iaitu keperihatinan pensyarah adalah pada min 5.03. Hal ini menunjukkan masih banyak ruang untuk meningkatkan lagi keperihatinan terhadap kebajikan pelajar di dalam dan di luar bilik kuliah.

Tugasan pelajar merangkumi aspek-aspek tajuk tugasan, isi kandungan tugasan, bimbingan tugasan, peruntukan masa tugasan, dan kemudahan bahan rujukan.

 

Jadual 4

Tugasan pelajar

 

Bil

Item

Bersetuju

Sederhana setuju

Tidak bersetuju

 

M

n

%

n

%

n

%

1

Tajuk tugasan

80

72.7

30

27.3

0

0.0

5.83

2

Isi kandungan tugasan

85

77.3

25

22.7

0

0.0

5.97

3

Bimbingan tugasan

52

47.2

56

51.0

2

1.8

5.30

4

Peruntukan masa tugasan

63

57.3

43

39.1

4

3.6

5.26

5

Kemudahan bahan rujukan

42

38.2

63

57.3

5

4.5

4.85

 

 

 

 

 

 

Purata M

5.43

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Purata min bagi tugasan pelajar sebanyak 5.43 mungkin disebabkan kesemua empat item bahagian ini memperoleh min 5.00 ke atas. Oleh yang demikian, hasil dapatan menunjukkan tugasan pelajar adalah pada tahap sederhana tinggi. Namun begitu, item 5, iaitu kemudahan bahan rujukan memperoleh min 4.85, iaitu pada tahap sederhana rendah.

Hal ini menggambarkan bahawa pensyarah kurang membantu pelajar mendapatkan maklumat berkaitan dengan bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber dan media.

 

Rumusan dan cadangan

Daripada hasil kajian dapat dirumuskan bahawa:sebahagian besar pelajar berpendapat bahawa persediaan mengajar pensyarah adalah pada tahap sederhana tinggi. Namun begitu kajian mendapati bahan sokongan yang digunakan adalah kurang menarik dan mencabar kebolehan pelajar. Permulaan pengajaran pensyarah juga didapati pada tahap sederhana. Selain daripada itu, pengajaran pensyarah kurang mengikut rancangan kerja yang telah ditetapkan.

Secara amnya, keproaktifan pensyarah terhadap persediaan mengajar adalah sederhana. Sebahagian besar pelajar berpendapat bahawa penyampaian dan pengelolaan pengajaran pensyarah adalah pada tahap sederhana. Antara aspek-aspek yang didapati pada tahap sederhana ialah kemahiran dalam set permulaan, pengendalian kaedah, penggunaan sumber pengajaran dan aktiviti pengajaran.

Untuk menjadi role model, pensyarah Ilmu Pendidikan perlu meningkatkan  lagi kemahiran mereka dalam penggunaan sumber pengajaran yang pelbagai dan strategi pengajaran yang terkini.

Sebahagian besar pelajar mendapati pensyarah Ilmu Pendidikan mempunyai ciri-ciri profesionalisme yang sederhana tinggi. Walau bagaimanapun masih terdapat ruang untuk meningkatkan lagi sifat profesional di kalangan pensyarah. Pensyarah-pensyarah Ilmu Pendidikan juga mempunyai ciri-ciri dan personaliti yang sederhana tinggi. Sebahagian besar pelajar berpendapat pensyarah mempunyai kemahiran menyediakan tugasan pelajar pada tahap sederhana tinggi. Kajian ada menunjukkan pensyarah masih kurang mahir dalam membantu mereka memperoleh bahan-bahan rujukan. Selain daripada itu, pensyarah pendidikan mempunyai kemahiran menyediakan tugasan terhala pada tahap sederhana tinggi.

 

Kajian mendapati pengalaman pensyarah Ilmu Pendidikan mengajar di sekolah dan di maktab serta pengalaman lama mengajar mampu mempengaruhi pendapat pelajar terhadap profesionalisme pensyarah. Ini membawa implikasi bahawa pensyarah Ilmu Pendidikan yang berpengalaman mampu melahirkan guru berkesan.

Kajian juga mendapati bahawa kursus Ilmu Pendidikan KDPM yang dijalankan selama tiga tahun mampu melahirkan guru berkesan. Keberkesanan pengajaran pensyarah Ilmu Pendidikan adalah pada tahap sederhan tinggi. Hal ini bererti masih ada potensi meninggikan pengajaran pensyarah Ilmu Pendidikan ke tahap yang lebih tinggi untuk memastikan guru permulaan adalah guru yang benar-benar berkesan.

 

 

 

Bibliografi

Apelman, M. (1986). Working with teachers : The advisory approach. In Zumbwalt, K.K.

Improving teaching: ASCD Yearbook. pp. 1-14. Virginia:

Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Cambone, J. (1990). Teachers and teaching: Tipping the balance. Harvard Educational

Review, 60(2), 217-236.

Rahimah Hj. Ahmad (1992). Peningkatan produktiviti guru: Sasaran dan tindakan.

Masalah Pendidikan: Jurnal Pendidikan, 16,       .

Rosenshine, L. J. (1985). Artistry in teaching. New York: Random House.

Rahimah Hj. Ahmad (1990, Jun 23). Pendidikan bermutu, masyarakat sejahtera. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Forum Hari Guru Wilayah Persekutuan, Universiti Islam Anatarbangsa, Kuala Lumpur.